Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Mixed Fruit Cake .... kegemaran menantu.


Ya Allah...tiada kebahagiaan yang dapat kami rasakan pada hari ini atau kesenangan yang kami terima, kecuali semuanya itu adalah dari Mu...

Dengar suara anakku di hujung telinga, bertanya khabar dan memberitahu yang mereka akan pulang sempena cuti Maal Hijrah. Kalau macam tu...kenalah aku mengukus kek buah kegemaran menantu.

Aku ingat stok mixed fruit tu masih ada. Rupanya dah abes. Jadi pagi-pagi ku keluar mencarinya. Tersenyum sipu bila anakku memberitahunya tentang tujuan aku keluar. Cari punya cari di pagi hari...jumpalah di kedai kecil. Tapi jumpa yang 100gm jer. Harganya RM3.40. Apa nak buat.....kita penguna Malaysia. Kenalah tambah sendiri bahan-bahannya tu.


Sementara dia masuk Singapura...mak mertuanya mengukus kek kegemarannya. Buat kek buah ni dah banyak kali. Ada yang terlembut dan ada kala terkeras. Yang itu kena catit dalam buku resepi kita. Kenapa terlembut dan kenapa terkeras. Yang macam mana yang terbaik. Sukatan dan caranya itu kena catit. Adakalanya resepi yang dibahagi itu tidak semestinya menjadi. So cuba dan cuba lagi.

Kek Kukus Buah
Sumber : MybakingclassbyAzie

Bahan-bahannya :
500gm  tepung gandum
500gm butter
250gm gula castor ( pakai 200gm aje)
500gm mixed fruit
5 biji telur
250gm gula pasir (jadikan gula hancur)
1 tsp vanila
1 tsp bicarbonate of soda
1 tsp cream of tartar
1 tsp ovalette
1 biji buah pala (ditumbuk halus)
1 tsp esen oren ( guna parutan kulit oren 1 biji )

Cara membuatnya :

Bahan A:
Ayak tepung gandum bersama bicarbonate of soda, cream of tartar dan buah pala.

Bahan B :
Gaul mixed fruit dengan sedikit tepung.

Bahan C
* Pukul butter dengan gula castor hingga gebu sedikit
* Masukkan telur satu per satu
* Masukkan ovalette, vanila dan esen orange kacau hingga sebati
* Masukkan Bahagian A dan gaul rata.
* Akhir sekali masukkan Bahan B.
* Tinggalkan adunan tu sekejap.
* Masak gula pasir hingga berwarna perang.
* Biarkan mendidih sekejap.
* Masukkan gula hangus yang panas-panas ke dalam adunan tadi.
* Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
* Tuang adunan ke dalam Loyang 8x8 dan tutup dengan aluminium foil.
* Kukus selama 4 jam.


Bila cukup saja masa mengukus, tanpa lengah-lengah lagi aku terus mengangkat kek itu dari kukusan dan buka aluminium foil yang panas-panas itu. Aduhaiiii.....bertakung air kukusan dalam loyang kek itu. Aku rasa macam nak menangis.

Apa dah jadi ni? Bungkus foil tu pun dah cukup kemas. Tak mungkin air masuk. Nahh...tu dia. Konon nak jimat aluminium foil. Bukan apa. Hari tu aku nampak kawanku buat begitu. Dia recycle aluminium foil tu. Nak ikut cara dia lah. Mak! o Mak! hati menjerit-jerit memanggil mak ku. Apa nak buat ni? Otakku dah ligat berfikir. Menantu aku dah menunggu nak balik ke KL dah ni...

Buang airnya dan terus masukkan ke dalam oven. Alhamdulilah. Tapi tawarlah sikit. Air gula hangus tu dah keluar bersama dengan air kukusan. Huahuahua.....


Haru hati dibuat menantu. Sanggup juga bawa balik walaupun kek kukusku berendam dalam sawah. Baik punya menantu. Kasihan sangat tenguk dia yang mengharap(Haah,aku ni memang mudah kasihan dengan orang. Muka bengis tapi hati macam tisu )

' Takpe ya...nanti masa nak ke Langkawi, ibu buat lagi. Ibu bekal macam-macam kek nanti.'

Buat janji. Macam ibu dengan anak kecil. Hah..janji?! Tak tunai berdosa. Salah satu tanda munafik..bila berjanji dia mungkiri. Ya Allah..jadilah aku orang yang mengota janji.


Hai...kek buahku sayang. Dalam keadaan diri kau yang basah kemudian kering ini, sempat juga ku jadikan hidangan bila Tok Penguluku datang...singgah dalam perjalanan balik ke kampungku. Tiada apa nak dikirim kepada adik iparku, yang lemah lembut, berbudi bahasa itu. Lalu ku bungkus seperempat dari baki tadi kepada isteri penghulu ni bersama dengan cheese cupcakes yang sudah mula menjadi kegemaran anak buahku yang montel.


Paginya bila ku potong untuk hidangan sarapan pagi sebagai pemanis mulut, aku dapat panggilan telefon. Ustazah dari sekolahku ingin datang untuk dapatkan tandatangan Gurantee Letter. Ustazah yang sering mentarbiahkan aku dan tak kering gusi kalau bercakap dengannya. Ada aja gurau sendanya.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari rumahku, ku hulurkan tupperware yang berisi dengan kek kukus tadi. Tiada apa yang nak diberi kepadanya. Malu-malu dia nak menerima pemberianku.

Aku mengambil baki yang ada di piring. Belum merasa lagi keknya tu.

'Hmmmm....Siska, masih sedap lagi walaupun berendam air, dikukus dan kemudian dibakar.'
Maidku ini tersenyum. Diam-diam dia mengambil dan makan.

Wahai kek ku...banyak benar kau berbakti pada orang. Walaupun ada masalah dalam pembuatan mu, dirimu  paling banyak berjasa. 

Moga mereka yang menerima masih dapat merasai kesedapan kek kukus bakar ini. Resepi baru..hehehehee.


Haaaa....satu pengajaran yang perlu dicatat dalam dairi masakanku. 
Anyway not so bad afterall. It still makes my day.
Tada...
























Sunday, November 20, 2011

Renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar..


Assalamualaikum...
.....bermulanya cuti sekolah, bau nasi minyak memenuhi ruang udara. Paluan kompang kedengaran di sana sini. Bunga manggar berkilau-kilau dipanah mentari, menambah seri warna dunia. Pengantin tersenyum sipu di atas pelamin. Tetamu berpakaian cantik meraikan hari yang bersejarah itu.


....seronoknya jadi raja sehari ni. Bertambah seronok lagi bahagia bila kita yang dah berusia ni masih menikmati kehidupan seperti raja sehari ni. Namanya dah sehari. Satu hari ajelah jadi raja. Esok...yang perempuan jadi dayang, yang lelaki jadi hulubalang. Siapa rajanya? Siapa lagi....anak-anaklah. Nak susu. Nak baju. Nak mandi. Semuanya dayang dengan hulubalang yang uruskan. Tak layan, menangis.


Masing-masing sibuk. Mak Andam, tukang masak, penangah, makbapak pengantin, para tetamu termasuklah bakers. Sibuk buat kek pengantin. Macam-macam rupa bentuk, warna dan rasa. Ikut permintaan raja tadi. Sayapun tumpang-tumpang sibuk...menyelit sama di celah-celah bakers yang pro. Mencuba nasib...mane tau ade orang berkenan dengan hasiltangan kita ni. Tapi taklah sampai tutup periuk nasi bakers yang lain. Sian pulak...habis bakers yang hebat-hebat gulong tikar. Taklah begitu sekali. 


Fuhhh....begitu meletihkan. Lepaknya buat kek kawin ni. Perlu teliti dan halus. Jika penat, berhenti dulu...pesan Sifu Azie saya. Tapi sifu saya yang sorong ni tak tau berhenti...jalan terus. 


Ada juga yang berkenan ya? Ada juga yang minta share resepinya. No problem. Sharing itu berkat. 

Buttercream
Resepinya :
700gm krimwell
350gm shortening
300gm icing sugar

Cara membuat :
Semua bahan di atas dipukul perlahan selama 1 minit dan kemudian pukul laju selama 8 minit sehingga ia gebu dan halus.

Cara membuat steamed buttercream
1. Masak buttercream yang dipukul gebu secara double 
    boilder di bawah api yang sederhana hingga cair. (jangan
    terlalu cair)
2. Siram buttercream yang sudah cair tadi di atas kek 
    seluruhnya.
3. Goyangkan sedikit kek itu supaya buttercream itu jatuh
    rata.

Itu aja. Kemudian hiaslah kek itu mengikut kreativiti ibu-ibu.
Happy sharing...


Thursday, November 10, 2011

Blueberry Cake seblue hatiku...

Assalamualaikum....
....sudah lewat malam. Jam di komputer saya menunjukkan kurang satu minit pukul dua belas. Saya baru boleh duduk, meluruskan urat. Sejak tengahari tadi hingga sekarang saya baking.

....tentunya ibu-ibu semua sudah nyenyak diulit mimpi. Atau ada yang tidak sempat bermimpi kerana keletihan bekerja di siang hari.



Sejak dua minggu yang lepas, saya tiada kesempatan untuk mencuba apa-apa resepi yang dikongsi oleh kawan-kawan kita. Masa yang ada padat dengan tugasan kerja rasmi dan tempahan.

image dari google

Salah satu  tempahan  sudah selesai dibuat dan baru sahaja empunya diri datang mengambilnya. Dengan budget yang diberi, saya buat kek Blueberry bersaiz 12 inci (permintaannya) dan cheese cupcakes (saya sendiri punya keputusan...hihihi). Cupcakes ini memang in hot demand. 3 minggu berturut-turut.....tempahan cheese cupcakes saya tidak putus-putus. Alhamdulillah...itu namanya rezeki.



Kepada ibu-ibu yang suka dengan rasa blueberry ni, bolehlah mencuba kek ini sebagai hidangan keluarga di hujung minggu.


Resepinya :
Bahan untuk kek


375gm tepung vanila sponge mix
75gm butter cair atau minyak jagung
75gm air
5 biji telur
1 tsp vanilla


Cara membuat :
Putar gebu kesemua bahan di atas. Kemudian masukkan ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 175c selama 45 minit.


Untuk filling dan coating:
500gm blueberry + 2 sudu piping jelly
300gm whipped cream ( saya pakai jenama RICHS)-pukul dengan kelajuan tinggi.


Cara menghias:
Potong kek kepada 3 bahagian. Pada lapisan pertama sapu sedikit air gula. Kemudian sapu whipped cream dan letak blueberry filling di atasnya.Ulang cara yang sama hingga lapisan ke 3. Akhir sekali sapu whipped cream pada keseluruhan kek dan hias dengan blueberry.



Beginilah rupa dalam kek bila dipotong. First time buat, saya pipekan choklat di tepi kek tu. Tetapi sekarang....saya suka blueberry filling itu sendiri mengalir jatuh dari tepi kek. Nampak soft sikit touchingnya. Rasa 'blue' bila memandangnya. Dah tua camni masih blue lagi ke? Tentu sekali. Maklumlah bila hormon dah tak stabil.


Orait ibu-ibu....hari ni boleh check up bahannya. Lepas tu boleh get going dengan bakingnya. Selamat mengebukan badan di hujung minggu segebu blueberry cake ini. 

See you soon in my next entry.
Happy baking :)








Monday, November 7, 2011

Kek Choklat Nurdiyana

Assalamualaikum......
......pagi ni awal-awal dah hujan. Rahmat dari Allah swt. Menyejukkan bumi, menyegarkan udara serta menyuburkan tumbuh-tumbuhan. Kitapun turut merasai menikmati pemberian ini dari Allah swt. Syukran Ya Allah.

Sementara nak masuk dapur, saya ambil peluang dengan kelapangan masa ini, cuti yang tinggal sehari  untuk post satu entry di blog saya. Berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang melawat blog saya.

Ibu-ibu,
.....dari hasil pembacaan komen samada di blog atau FB, terdapat komen-komen yang menyatakan bahawa mereka tidak pandai membuat sesuatu resepi itu. Malahan ada di antara mereka yang merasa rendah diri kerana kurang mahir dalam bidang ini. Lalu saya terfikir untuk memberi sedikit buah fikiran saya mengenai isu ini.


Ibu-ibu lihat choklat ini. Inilah choklat yang saya buat kali pertama dan tidak pernah buat lagi setakat ini. Buat inipun tergesa-gesa...tak pernah menyertai kelas pembuatan choklat. Ketika membuat ini.....niat saya untuk bekalan cucu tersayang pulang ke Kuala Lumpur. Biarpun tidak sehebat dan seterror ( rosak bahasa ) dengan mereka yang terror....tapi memadailah untuk keluarga kita.

Cupcakes yang tidak seberapa tapi hati tersenyum lebar.

Nawaitu saya ketika keluar belajar membuat kek adalah untuk anak-anak dan cucu-cucu saya ataupun cicit saya. Itupun jika dipanjangkan usia dan kudrat masih ada buat mereka. Memadai dengan niat membuat sesuatu itu untuk keluarga. Menyediakan sesuatu makanan dari air tangan kita sendiri. Biarpun tidak seindah dan sehebat mereka yang di luar sana, memadailah untuk hidangan orang-orang tersayang kita. Pada masa yang sama, jangan putus asa. Tingkatkan usaha dan rajin-rajin mencuba. Pasti tukang-tukang masak dan chef yang hebat bermula dengan kekurangan seperti yang kita miliki.

Tidak pernah pergi kelas cupcakes so cupcakes saya comot dan tidak cantik tapi oraitkan ?

Maka ibu-ibu tidak perlu rasa malu atau segan dengan hasil tangan  yang tidak seberapa. Lihat gambar cupcakes saya di atas. Tidak cantikpun. Ini adalah cupcakes pertama saya. Untuk cucu saya. Pengkritik makananpun kehilangan idea untuk mengkritik cupcakes saya yang sebegini rupa. Tetapi bila tenguk cucu kita makan dan menghabiskannya, nilaian pujian atau kritkan orang maupun wang ringgit tiada nilainya. 

Baru cuba-cuba belajar menghias cupcake. YouTube sumber saya.

Kita tak perlu bandingkan diri kita dengan mereka yang hebat. Kalau kita sendiri sudah pandaipun, tidak perlu bersaing atau cuba menunjuk-nunjuk kepandaian kita. Pastinya yang hebat itu ada lagi yang hebat. Yang paling hebat tentunya ada yang MAHA Hebat iaitu Allah swt. Segala ilmu masakan ini adalah datang dariNya, diberi kepada hambaNya mengikut kehendakNya. Yang ini diberi sedikit, yang ini diberi banyak, yang itupula diberi hebat. Dan ada yang tidak diberi langsung tapi jika dicuba dan diusahakan akan memperolehi ilmu itu.

Rajin mencuba tangga kejayaan. 

Justru itu, ilmu lebih diberkati bila berkongsi. Kita saling memberi dan menerima. Saling menunjukajar dan bertukar idea. Bukan untuk menunjuk diri pandai tetapi berkongsi ilmu dan idea. Di sini, saya telah mencuba kek choklat, idea dari Puan Nordiyana. Saya buat kek ini untuk hari jadi cucu saya. Kata Nordiyana, keknya mudah dan simple. Tak perlu perlu pakai mixer. Jest kodek-kodek aje. Jadi saya namakan kek choklat saya ini Kek Choklat Nordiyana.


Kek Choklat versi Kukus, Nurdiyana


Kek Choklat (kukus atau bakar)
sumber : Kongsi Resepi Sedap
by : Nurdiyana Abdul Rashid


Resepinya :

Bahan A


2 cwn tepung gandum

1 1/2 cwn gula halus

1 sd teh garam

2 sd teh baking powder

2 sd teh soda

(semua diayak)


Bahan B

1/2 cwn minyak

1 cwn susu cair

2 biji telur

(digaul sebati)



Bahan C

1 cwn air panas


Cara membuatnya :



1. Ayak bahan A dan letakkan ketepi dahulu.



2. Satukan kesemua bahan B dan gaulkan sebati.



3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.



4. Apabila Bahan A dan B sudah sebati, masukkan Bahan C.


5. Boleh dibakar atau dikukus. Saya memilih untuk kukus.


6. Kukus 1 jam


7. Jika dibakar, suhu 130 C selama 30 minit.




* Kek ini saya layerkan dengan chocolate whipping cream 


  jenama RICH. Saya letak chocolate jejari di atas cream tu.


  Sedaapppp...




Kesimpulannya ibu-ibu, buangilah jauh-jauh rasa rendah diri.

Rendah diri tidak patut wujud dalam diri kita. Yang patut ada

ialah rendah hati. Itu sifat terpuji. Usaha didik diri kita untuk

rajin mencuba dan menimba ilmu walaupun diri kita sudah 

tua dimamah usia. Pada masa yang sama, hindari sifat iri

hati serta dengki khianat dengan kehebatan kawan-kawan

kita. Usah juga kita mendabik dada dengan kehebatan kita

kerana apa yang kita miliki itu mungkin anugerah atau ianya

juga mungkin musibah (ujian Allah)

So.....teruskan usaha ibu-ibu untuk meningkatkan ilmu

memasak. Insya Allah...pasti berjaya.

Kepada mereka yang rajin berkongsi ilmu, teruskan usaha

murni anda itu kerana ianya sifat terpuji. 

Wallahualam.

Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum ibu-ibu...
.......apa khabar? Dah seminggu saya tidak buka blog. FBpun sebentar cuma. Tempahan cheese cake, versi saya mengikatkan masa saya untuk blogging. Alhamdulillah. Hobi ini menjadikan rezeki tambahan buat saya. 

Saya mencuri masa untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua.


........kebelakangan ini hari berwajah suram. Langit kelam bermuram durja. Namun kedukaan langit itu janganlah diambil hati hingga mencorakkan wajah hati kita pula.

......jiwang saya eh. Sebenarnya sejak dahulu kalapun  saya memang jiwang. Kata orang sekarang. Kata orang sastera pula, berjiwa puitis.


Ibu-ibu.....apapun cabaran yang kena tempuhi dalam hidup kita walaupun segentir  mana sekalipun, usahalah agar wajah kita tetap tersenyum dan ceria. Bak pepatah mengatakan........bibir tersenyum , hati menangis. Jiwang lagi..

Tetapi seriously saya ingin berkongsi ilmu dengan ibu-ibu....bila kita gembira, badan kita akan turut menikmati kegembiraan itu. Maka kita akan awet muda dan sihat sejahtera. Ketika saya membaca maklumat ini, terasa  ingin dikembalikan saya ke usia muda agar saya boleh mempraktikkan petua ini. Namun tidak terlewat bagi ibu-ibu serta adik-adik untuk mengamalkan gaya hidup sihat wanita ini.



Banyaknya kerja dapur yang nak dibuat. Dalam perancangan sudah bersusun. Nak buat birthday kek untuk cucu dan anak bongsu saya. Nak buat kek kukus buah kerana menantu saya suka. Nak buat puding roti pelangi, kegemaran anak dara saya. Cheese kek, nasib baik banyak tempahan. Boleh tumpang yang sendiri punya. Itu kegemaran anak perempuan saya yang tengah berbadan dua. Mampu tak saya buat ni dengan badan yang sudah kurang tenaga. Mudahan, dengan izin Allah.



 Insya Allah....sempena Hari Raya Qurban ni...ibu-ibu berkorban masa dan tenaga di dapur. Jadi jika tidak mampu 'buat Quran', usah bersedih. Qurban itu sendiri luas pengertiannya. Berkorban masa, tenaga dan material untuk anak-anak dan keluarga semata-mata mengharapkan keredhaan Allas swt itu juga korban.



Ibu-ibu...,
kek ini ditempah oleh seorang ibu yang masih dalam pantang bersalin. Tetapi Allah menguji imannya dengan mengambil anaknya sebaik sahaja dia selamat melahirkannya. Dalam keadaan berdukacita ini, sempat lagi dia sms saya untuk buat apa-apa kek sempena hari jadi suaminya.

Ketika saya menghantar kek ini...suaminya belum pulang. Sedih sayu hati saya mendengar kekuatan dia menghadapi ujian Allah ini. Dia meminta saya menulis di atas kek....kata-kata yang dapat mengambarkan situasi yang dialami. Macam-macam idea yang keluar. Kawan serta anak sayapun turut memberi ilham masing-masing. Masih panjang. Saya nak ringkas, padat dan memberi makna kepada suami bila dia membacanya. Alhamdulillah...ilham datang ketika saya memandu pulang dari kerja. Last minute idea. 



Beberapa jam kemudian, dia sms saya. Suaminya sangat gembira dengan kejutan yang dibuat. Suaminya siap pergi gunting rambut, balik dari kerja. Tak sangka dalam keadaan berdukacita, isterinya masih mampu mengembirakan hati suaminya. Inilah sebahagian contoh korban, ibu-ibu. Pastinya saham akhirat sudah dimiliki oleh ke dua mereka. Tentunya arwah anaknya ini sentiasa merindui dan menunggu kedatangan kedua ibubapanya di pintu syurga kelak. Insya Allah. Wallahualam.

Selamat Hari Raya Adha buat semua.
Maaf kepada yang masih belum dapat terima tempahan 
kek masing-masing. Lepas raya ya. Insya Allah. Moga bahagia di hari korban.









Sunday, October 23, 2011

Orange Marmalade Cake

Assalamualaikum.....
....dan salam percutian sempena perayaan Deepavali. Begitulah kehebatan dan keistimewaan negara kita yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Orang Hindu raya, kita tumpang cuti. Orang Cina raya, kitapun cuti. Bila kita raya, India dan Cina pulak turut bercuti.

Seronoknya cuti Deepavali kali ini adalah sebagai bonus bagi kitorang yang penat bersukan sejak berminggu-minggu yang lalu. Berlatih pagi dan petang. So semalam kejadiannya dan hari ini, bercuti sampai Rabu ni. Wahh..seronoknya.


Resepi Orange Marmalade kek ini saya dapat ketika menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Puteri Islam Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kasihankan cikgu-cikgu yang bekerja selang Sabtu, maka saya dengan sukarelanya menggantikan mereka ke seminar ini. Terima kasih saya kepada salah seorang daripada guru Penasihat PPIM yang sanggup bersama saya juga. Berbanyak maaf saya mohon kepada cikgu ini kerana tidak habis baca surat makluman seminar itu. Di mana kami beruniform PPIM sedangkan sebenarnya boleh berpakaian biasa. Hahahaha...saya scan aja surat tu. Tenguk tajuk surat, tempat dan masa serta yang terlibat. So bila kami berjalan balik, macam Puteri Umno plak. Hahahaa....soori.


Penceramah tu bermurah hati share resepinya dengan kitorang. So saya share pulak dengan ibu-ibu di sini. 

Resepinya :
4 cawan tepung
1 tsp baking powder
2 cawan gula
2 cawan butter
6 biji telur gred A
2 biji oren yang dibuang kulitnya.

Cara membuat :
Mula-mula pukul gula dengan butter hingga gebu. Kemudian masukkan telur yang sudah diblend dengan 2 biji oren. Bila sudah sebati masukkan tepung yang diayak dengan baking powder beberapa kali. Akhir sekali masukkan kulit oren yang dihiris nipis-nipis. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang 7 x 7. Bakar dengan kepanasan suhu 160 hingga masak.

Layer :
Apabila kek itu sudah masak, keluarkan daripada loyangnya.
Biarkan sejuk. Kemudian potong kek itu dan sapu dengan marmalade seperti gambar di bawah.


Kek ini saya buat untuk seorang insan yang malang nasibnya. Mendengar cerita dari ibu, hati saya bagai ditusuk sembilu. Mengenangkan hidupnya yang terbiar dan tersisih. Hanya menumpang kasih pada seorang nenek yang tidak berdaya. Segera saya menelefon orang lelaki saya. Ajak dia pergi menziarahi insan ini. Gembiranya dia melihat kami datang dengan buah tangan yang dia suka.


Inilah kek yang sudah dipotong. Gebu dan berkrim. Tak sangka famili saya suka bangat dengan kek ini. Terasa orennya. Sesuai sangat untuk minum petang. So cubalah...