Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Mozzarella Baguette....truly drooling.



Hunting for my new born grandson's cot with my children, Syida and Gie at JJ Tebrau last night. After going in and out of those shopping lots, we settled down with a blue, practical one. It is light and portable. The salesgirl...the best salesgirl I've ever met. Informative, soft-spoken, patient, helpful and all the best thought I could think of. The next time I wish for something, I'm sure I'll find myself going back to her again.


The thought of making special breakfast for my children as tomorrow is their last day of CNY holiday, I bought some French bread.  There is a recipe I've been saving for them....Mozzarella Baguette. Sounds nice, isn't it?  I'll use Pizza Mozzarella cheese this time. I'm sure the cheese will make them droool....

Taken from a recipe book but I did some changes according to the have and have not in my kitchen. Afterall I am not a pro..just a novice and will always be a novice.

Mozzarella Baguette 
Source : Sedap Magazine
( with a few changes by me )

Ingredients
* 1 loaf of French bread, sliced into 15 pieces
* 125gm Mozzarella cheese
  (I used Pizza Mozzarella cheese)
*  25gm butter (spreading)

Topping
* 100gm beef mince
* 1 onion ( finely chopped)
* 2 garlic cloves (minced)
* 1/2 green capsicum (diced)
* 1/2 red capsicum(diced)
* 2 tomatoes (boiled and chopped)
* 1 tbsp tomato sauce
* 1 tbsp chilli sauce
* 1/2 tsp ground black pepper
*1/4 tsp salt
*1/4 tsp sugar
* 1 tsp oregano
* 1 tsp butter 

Methods
1. Melt  1 tsp of butter on a frying pan. Once melted, 
    fry onion and garlic and cook until brown.
2. Add  the minced beef and cook until it turns 
    colour.
3. Add the capsicum, tomato, chilli sauce, tomato 
    sauce, salt, ground black pepper and sugar. Mix 
    and let until they are well cooked.
4. Lastly, add in oregano.
5. Take a slice of bread and spread butter on it.
6. Put a spoon full of the topping onto the bread.
7. Sprinkle mozzarella on top of it.
8. Bake in preheated oven at 170 C for 12 minutes 
    or until it turns brown and the cheese melts.


My children couldn't wait. All heads were at the oven. Once out of the oven, I didn't have much time to click my camera. By the third shot, they said it was enough before the baguettes became cold.  They wanted it hot as it went into their mouths. It was truly drooling and they simply couldn't resist it, not even for one minute.

So, bon appetite.












Friday, December 30, 2011

Welcoming a distant cousin of Cream Puff.....Eclairs.


Beautiful sunny Saturday. My meeting with my long-lost friend canceled. Received sms from someone, on behalf of her saying that she is up with  a terrible gastric. Hope she gets well soon.

Setiap jodoh dan pertemuan, ajal maut semuanya dalam ketentuan Allah. Siapa sangka persahabatan yang terjalin di sekolah menengah dulu kembali bertaut setelah masing-masing membawa diri dengan kerjaya masing-masing. Itulah dia kebaikan Facebook...siratulrahim yang terputus, dapat disambung kembali.

Bercerita pasal Facebook ni...saya amat bersetuju dengan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus yang menyarankan agar menggunakannya dengan sesuatu yang memberi pahala dan kebaikan buat kita, berkongsi ilmu, menyambung siratulrahim, menyampai info, ingat mengingati dan seribu kebaikan yang boleh kita fikir.

Usahlah kita guna FB ini untuk perkara-perkara maksiat yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan rumahtangga. Ada kawan saya yang mengadu hal perilaku suaminya yang bercinta dengan dua wanita melalui FB. Adakalanya chatting lagi. Sedihnya, wanita-wanita itu sudah bersuami. Kalau wajah dan gayanya macam artis tu, munasabahlah kalau lelaki tergoda. Tetapi bila kita tenguk photo-photonya nampak begitu 'decent.' aje. Memanglah lelaki juga bersalah dalam hal ini, tetapi kita juga sebahagian dari punca isunya.

Wahai anak, adik ataupun kakak yang terlibat dalam perkara sebegini, kembalilah kita ke pangkal jalan. Hargai suami kita. Ada di antara kita ni yang ingin bersuami tetapi jodohnya belum ada. Kita yang ada ni, jangan sia-siakan suami kita. Dikuatiri Allah akan ambil suami dari kita, baru kita sedar betapa berertinya suami itu pada kita. Ramai lagi kawan-kawan sejenis yang boleh kita jalin persahabatan.  Takutilah Allah kerana siksaanNya sangatlah pedih. 


Banyakkan aktiviti yang sihat menggunakan Facebook ni. Hubungan kekeluargaan yang jauh didekatkan dengan upload gambar-gambar keluarga yang membangkitkan nostalgia. Kita ketawa dan bersenda gurau dengan keluarga melalui gambar tersebut. Gambar-gambar tu pun boleh diprivatekan juga. Bila kita fikirkan yang positif maka jadi positiflah ia.

N3 kali ni saya menyambung siratulrahim Cream Puffs dengan sepupu jauhnya, Eclairs. Eclairs ni sama adunannya dengan Cream Puffs. Bezanya, dia ada topping choklat masakan. 

Resepi Eclairs ni saya dapat dari Kak Wan yang hebat di dapurnya, Citarasawan. Terima kasih berkongsi. Cuma sepupu di belah Kak Wan cerah-cerah sikit. Belah saya, sepupunya berkulit gelap pulak. Tapi gelap-gelap si tampok manggis, sungguhpun gelap dirasa manis.

ECLAIRS
Sumber : Citarasawan
By          : Kak Wan


60gm marjerin (saya pakai butter)
120ml sugar segar
75gm gandum
1/4 sudu teh garam
2 biji telur B 

Hiasan:
100gm coklat masakan hitam atau putih, cairkan secara double boiler.
Mani Hundred thousand atau coklat rice jika suka.

Cara Membuatnya :

1. Masak susu segar, garam dan mentega hingga mendidih, tutup api. Masukkan tepung
    gandum dan kacau dengan cepat hingga menjadi segumpal doh. Buka api dan kacau
    2 - 3 minit lagi hingga terbentuk lapisan nipis di dasar periuk. Tutup api dan biarkan
    suam/

2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan gaul hingga licin menggunakan senduk kayu.
    Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair dan boleh mengekalkan bentuk apabila 
    dipaipkan.

2. Masukkan ke dalam piping bg yang telah diletakkan dengan muncung nozzle yang disukai.
    Picit panjang 6sm ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan parchment paper
    atau kertas minyak yang telah digriskan terlebih dahulu.

3. Bakar di rak atas pada suhu 180C selama 15 minit kemudian tukar suhu pada 160C dan
    bakar selama 15 minit sehingga kekuningan. Sejukkan.

4. Potong di tengah Eclairs itu, jangan putus kerana akan diisikan dengan krim dan celupkan
    dengan choklat masakan.


KRIM KASTAD

Bahan-Bahannya:
150ml susu cair
50ml whipping cream
25gm gula pasir
1/8 sudu teh garam
20gm tepung jagung
1 kuning telur, pukul ringan
1/4 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Sejukkan dahulu
   sebelum dipipekan ke dalam Eclairs.

Sepupu Cream Puffs belah KakWan...berkulit cerah, menarik.
Sesiapa yang berminat sepupu berkulit cerah, bolehlah melawat citarasawan.



Saya punya Eclairs topping chokat jer. Whatever your choice is....Eclairs tetap delicious when they enter your mouth. Creamy dengan kastad and chocolate. Close your eyes and enjoy the taste. Hmmmmmm............





Sunday, December 25, 2011

Welcoming Them Home...... Cream Puffs and Eclairs.


I remember this is my son's favourite before he left for US. It's also his brothers' liking too. So making these to welcome them home is a great joy for me. Watching them feasting over these delicacies while playing PS3 brought warmth in my heart.


Remember mula-mula belajar buat cream-puffs dengan kawan. Serious kami di dapur ketika itu. Buat punya buat. Masuk je dalam oven. Dohnya berbuih. Hahahaa...tak naik dan keras boleh baling ke dinding. Frustrated. Kononnya nak belajar buat so that by the time my son balik, the known-how of making these dah mastered. 


Bukan mudah nak buat jika tidak ada asas. Just following those in the internet tak guarantee jadi. Kena jugalah berguru. Unless memang dah ada background bakers. But kali ni, wanna try cream puffs version My Resipi.

Bahan-Bahannya:

100ml air
45gm butter suhu bilik dan dipotong 1cm
60gm tepung diayak
200gm/2biji telur

Cara membuatnya:

1. Masukkan air dengan butter ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana. Kemudian
    kuatkan hingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.

2. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

3. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis
    terbentuk.

4. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.

5. Pipekan doh dalam piping beg and picit mengikut saiz yang kita mahu.

6. Bakar dalam oven dengan suhu kepanasan 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu
    kepada 180C selama 25 minit.

7. Apabila sudah sejuk, guntingkan di tengahnya untuk dimasukkkan krim kastadnya.




Cara buat kastadnya:
Sumber : My Resepi.

Bahan-Bahan ( lebih kurang 300ml)

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cup atau 200 cc  susu segar 
1 biji telur saiz besar
1 sudu besar mentega

Cara membuatnya:

Masukkan tepung dan tepung jagung serta gula ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan  1 hingga 2 sudu susu dan kacau hingga jangan berketul-ketul. Masukkan telur dan masukkan baki susu dan kacau lagi. Kacau hingga pekat dan berkilat.



Syukran Ya Allah for this beautiful life. Being with them is the best thing in my life. We enjoy our togetherness. Moga kegembiraan dan kebahagiaan  ini ada pada setiap keluarga muslimin dan muslimat. Amin.


Friday, December 2, 2011

Tanduk apakah itu....dipotong-potong, dimasak, kemudian dimakannya ia?


Firman Allah swt yang bermaksud....."dan Kami wajidkan manusia berbuat kebaikan kepada ke dua  ibubapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempuh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)


Pagi-pagi aku bergegas pulang ke kampung. Keperluan harian bondaku sudah kehabisan. Sudah menjadi tanggungjawab memenuhi harapan arwah ayahandaku dan memegang amanah Allah. Tambahan lagi aku anak sulong dalam keluarga. Berasa bertanggungjawab atasnya, segala keperluannya ku cuba penuhi. Cuma satu yang aku tidak mampu...membawa dia tinggal bersamaku. Seminggu berada di rumahku sudah tidak betah lagi mahu pulang.  Dikatanya rumahku sempit. Pergerakannya terbatas. Tapi pada pandangan anak ini, sememangnya pergerakannya sudah terbatas kerana dia sudah berkerusi roda. Segalanya terpaksa diangkat dan didukung. Tapi yang dimaksudkan ialah 'the sense of belonging' tu bukan di rumahku tapi di rumahnya sendiri.


Dalam perjalanan ternampak pisang tanduk, hmmmm....kegemaranku ni selain dari pisang nangka. Payah jumpa pisang nangka sekarang ni.  Jadi singgahlah beli sebatang. Tu pun tak abes. Berapa orang je kat rumah. Pisang nangka tak ada. Ganti dengan nangka. Nangka tu kegemaran orang lelakiku. Jadi adillah...dalam pengat tu dua-dua ada.


Sumber : Memandai sendiri

Pengat Pisang Nangka bersagu
( Ni lah dia. Tanduk yang boleh dipotong-potong dan dimakan. Pisang Tanduklah)


1/2 batang pisang tanduk (dipotong-potong)
6 ulas nangka ( dihiris )
2 sudu sagu biji
1 1/2 cawan santan pekat.
1 keping gula nisang
sehelai daun pandan
secubit garam

Cara saya buat :
1. Rebus pisang tanduk dengan 2 cawan air
2. Bila pisang itu kelihat separuh masak, masukkan sagu.
3. Kemudian masukkan nangka yang dihiris dan gula nisang
4. Biarkan mendidih, baru masuk santan pekat dan secubit garam.
5. Kecairan kuah bergantung kepada diri sendiri.


Nyamannya tekak ni bila pisang tanduk dan nangka meluncur masuk. Terasa biji-biji sagunya. Sambil melayan mata melihat ikan-ikan menari-nari...menayangkan ekornya yang panjang itu, tak sedar semangkuk pengat dah licin di tangan. Tak sedar berat badan perlahan-lahan menambah. Sedar tak sedar bila nak bangun kepayahan...baru tersedar betapa comelnya badan ini.

Takpe..azam 2012. Aku MESTI kuruss!!!






Monday, October 24, 2011

Pulut Serawa Durian

Assalamualaikum...
......senyap jer? Tido ke semua? Tengahari begini memang sedap menjamu mata. Suasana sunyi sepi. Angin sepoi-sepoi bahasa. Lali mata dibuatnya. Beruntunglah bagi mereka yang pandai tidur siang. Saya kurang sikit bab ni. Ada juga sekali sekala. Itupun kalau terlalu letih. Habis-habis saya buat, guling-guling atas katil jer. Menikmati kesejukan bantal dan tilam.

Jadi masa ibu-ibu berlayar di lautan mimpi, saya melayari senduk saya dalam periuk kat dapur. Hehehee... Ni tengah sibuk buat serawa.

Tak rancang nak buatpun. Kebetulan nak beli kelapa muda, lalulah kat gerai durian. Orang lelaki sayapun mencuit-cuit saya. Kalau begitu, tau lah saya. Nak saya beli durian dan buat apa yang sepatutnya. Apa lagi kalau tak serawa durian dimakan bersama pulut. Langsung belilah bahan-bahan yang diperlukan. Orang lelaki saya kata...tunggu saja kat sini. Tunggulah saya dan dia datang dengan semua keperluannya. Rajin dia kalau pasal serawa derian ni.


Rasanya nak buat serawa ni, ramai ibu dah tau. Tentunya banyak versi. Zaman mak saya muda-muda dan sihat, saya tenguk dia letak serbuk kayu manis. Zaman saya tak payah, sebabnya MALAS...nak tumbuk. Hehehee...tapi sedap juga tau. So saya letak jugalah resepi saya kat sini. Manalah tau ada anak dara ataupun bakal-bakal pengantin nak belajar buat serawa. Atau ada juga ibu-ibu yang nak cuba versi saya kan?


Resepinya :
4 biji isi durian ( nak isi dengan bijinya sekali pun orait )
3 cawan santan cair.
1 cawan santan pekat
2 keping nisang (bahasa Terengganu ..hihihihi)
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
beberapa helai daun pandan

Cara saya buat :
1. Mula-mula saya letak tepung gandum dan telur ke dalam bekas yang berisi 1 biji kelapa. Perah dan ambil santan pekat 1 cawan. Ketepikan.

2. Kemudian perah lagi untuk dapatkan 3 cawan santan cair. Masukkan santan cair itu ke dalam periuk. 

3. Selepas itu masukkan durian, gula nisan dan beberapa helai daun pandan ke dalam periuk yang berisi santan cair. Masak sehingga santan menjadi pekat dan isi durian masak.Masukkan secubit garam jika suka untuk beri rasa lemak. Akhir sekali masukkan santan pekat.


Hah....beginilah rupanya bila mereka bertemu dalam periuk. Belum mesra lagi tu. Tunggu lama sikit bila api  memanaskan mereka. Mereka akan jadi pekat, likat, lemak dan manis. Bila disiram atas pulut....hulamak!!! 

Cuba jangan tak cuba....








Tuesday, September 27, 2011

Cornflakes Honey Cups

Assalamalaikum semua....

Apa khabar semua? Harap-harap sihat dan tidaklah seperti saya. Kebelakangan ini saya letih. Adakah kerana berpuasa Isnin, letihnya membawa ke hari ini? Almaklum bila usia sudah menjelang senja...pelbagai nikmat ditarik Allah swt perlahan-lahan. Kalau dulu saya lincah di dapur, sekarang ni pergerakan terbatas. Mengangkat benda-benda berat, adakalanya tak sempat tunggu tenaga lelaki. Kalau merajuk dengan suami, almari besar dan katil yang berat boleh diangkat macam Si Badang. Tu tika merajuk........

Nak kejadi cerita buat kudapan ni di malam-malam begini, anak perempuan bongsu sayalah. Datang dari dapur dengan sekotak cornflakes. Dah lama dia bercakap nak buat. Tapi nak juga tunggu saya. Janji lepas saya tuition malam nanti. Turun aje ke bawah, semuanya dah menanti. Dalam kelat-kelat mata yang dah mengantuk..dibuat jugalah  dengan bantuannya.



Buat kudapan ni...senang sangat. Sambil ngantukpun boleh buat. Resepi ni sesuai bagi remaja yang ingin hendak mula belajar-belajar memasak. Bahan-bahan yang diperlukan di bawah ni tak semua saya ikut sebab anak saya tak suka letak kacang dan kismis. Kalau kacang badam bolehlah. Tapi yang siap hirisan badam takde. Kenalah panggang dan potong-potong kasar. Pecah biji mata saya ni kalau nak buat tu seme. Jadi ceri ajelah ya..

Bahan-bahan A
200 gm mentega
150 gm gula
4 camca besar madu

Bahan-bahan B
200 gm Cornflakes
100 gm kacang badam (dipanggang), dihiris kasar-kasar
100 gm kismis
60 gm ceri merah, dicincang
60 gm ceri hijau, dicincang

 Cara saya buat :

Mula-mula saya cairkan mentega bersama gula dan madu. Dikacau hingga pekat likat. Matikan api. Kemudian masukkan esen vanila. Lepas itu masukkan bahan B dan gaul sebati. Sudukan aduan tadi ke dalam kertas cawan yang kecil dan bakar dengan suhu kepanasan 160C selama 10 minit. Lepas tu......jadilah seperti di dalam gambar di bawah ini.


Bila dah sejuk, sebelum masuk ke dalam bekas-bekasnya...sayapun suruh mereka berposing depan kamera saya sekejap. Berbagai-bagai aksi dibuatnya. Cuma selepas diedit sana-sini, yang bertuah saja yang terpilih untuk keluar dalam blog saya ni. Selesai saja sessi shooting ni, tenguk-tenguk anak bongsu perempuan saya dah senyap. Tinggallah saya dalam kepekatan malam. Di luar sana, dah terdengar desiran angin. Langsir-langsir saya dah melayang-layang ditiupnya Pintu-pintu dan tingkap bergegar. Tanda-tanda macam nak hujan. Hmmm...sedap tidur malam ni. So everyone....good nite n sleep tight.