Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Jus Epal Asam Boi-Pertemuan Barat dan Timur.

Assalamualaikum...
......ibu-ibu dan Lydia Honey,   pemiliki resepi minuman ini. Moga semuanya sihat dan dirahmati Allah hendaknya.

Kesihatan kita perlu dijaga kerana kita adalah individu yang penting dalam struktur organisasi keluarga. Tiada kita, kuranglah seri rumahtangga itu.



Alhamdulillah...inilah manfaat berFB dan berkongsi resepi. Walaupun Lydia Honey berada di Al Farwaniyah Kuwait tetapi dengan kemajuan teknologi, kita mampu membina siratulrahim dan berkongsi ilmu di ruangan FBnya yang lebih dikenali sebagai Matbahna AlArabi. Saya ingin mengucapkan 'Tahyati' (betul ke tidak ni ...hihihi) kepada Lydia Honey dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan akak.


Dah lama nak buat resepi minuman ni. Beli epalnya, tak jumpa asam boi merah ni. Beli asam boi, epal dalam fridgenya dah kena ngap. Tunggu punya tunggu, baru hari ni ianya dapat dibuat. Itupun bila anak-anak tanya, 'Pe air untuk lunchnya....bu?'


Minuman ini adalah pertemuan jodoh antara pasangan Timur dan Barat. Epal dari Barat dan asam boi dari Timur. Perekanya atau penemu jodohnya dari Asia Barat. Heheheee....Memang mengancam rasanya. Mengancam...mengancam jugak. Resepi jangan lupa... Mana tau ada orang Jepun nak cuba.

image dari Google.
Jus Epal Asam Boi
Sumber : Matbahna Al Arabi
by : Lydia Honey

Resepinya :
4 biji epal hijau
1 cawan air
3 biji asam boi (direndam dan diambil isinya)
10 biji limau kasturi (diambil airnya)
gula secukup rasa.

Cara membuat:
Mula-mula potong epal hijau. Masukkan ke dalam blender dan blend bersama air limau kasturi, isi asam boi, gula dan air. Masukkan jusnya ke dalam bekas minuman. Adjust masam dan manisnya. Jika suka masukkan beberapa ketul ais. ( Saya guna air dingin kerana anak saya jaga perut.)

Senangkan? 


Lepas minum air ni, cakap dah felat-felat omputih sikit. Tapi mata tetap hitam..sebab ginatik Timur Barat. Hehehee...gurau je. 

So jumpa lagi di lain entry.
Credit to Lydia Honey...thanks dear.


Friday, October 28, 2011

Ice Blended Mango Yogurt

Assalamualaikum .....
......alhamdulillah. Kita menikmati cuaca yang cerah. Walaupun ada kala hujan ribut. Memang begitulah lumrah kehidupan. Allah sudah hiasi kehidupan kita sedemikian rupa.

...tak boleh berceloteh panjang. Ada hal kat dapur. Ompuan memang kat situlah tempatnya bila di rumah.

...tapi tak senang hati juga bila tenguk orang lelaki saya sibuk menolong saya dari mencuci kereta, mengemas di tingkat atas dan sekarang ni kat bilik belakang. Bilik yang dahulunya librari saya, dah jadi macam stor. Anak-anak bawa balik barang dia dan tinggalkan di bilik tu juga.

Pesan nenek saya, sebelum dia minta..lebih elok kita sediakan awal-awal minumannya.

Saya nak surprisekan dia dengan minuman dari buah yang dia suka. Mango..kata omputih. Mempelam kat orang Johor. Orang Kelantan dan Terengganu kata buah pauh.


Simple je resepinya tetapi hmmmmm...nyaman.

Resepinya :
I biji mempelam, separuh dimasukkan kedalam ais dan
separuh lagi dipotong dadu.
1 paket serbuk yogurt
1 cawan ais
3 sudu besar gula (boleh kurangkan, kalau tak mau kena
kencing manis, hahahaa...)
1 cawan ais.

Cara membuat :
Masukkan ke semua bahan di atas di dalam blender dan kisar hingga sebati. Jangan guna blender yang baru kisar lada, len rasa jadinya pulak. Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam gelas minuman mengikut pilihan ibu-ibu. Hiaslah dengan potongan buah mempelam.



Lepas tu....ziut, ziut,ziut...ape tu? Aii...bukan buang angin la, shoot gambar. Kan nak share. Saya pun membawanya ke bilik belakang. Muka seriousnya tu cerah apabila memandang air dingin di tangan orang rumahnya. Butir-butir air di luar gelas sudah cukup untuk dia mencapai pantas dari tangan saya. 


'Camne?' kata saya. Memang kuat minta puji. Aiiii...ngan suami takpe. Tuhan tak marah. 'Hmmmm...berbaloi kerja teruk-teruk ni  kalau airnya macam ni'. 

Fulamak....menyeringai saya kesukaan. Kembang hati bila dipuji begitu. Ompuan...kata Ustaz..memang pantang dipuji. Terus ke dapur membanting tulang untuk makan tengahari dan minum petang.

So ok...kita jumpa lagi. Saya sibuk, ibu-ibu lagilah sibuk.
Daaa....

Wednesday, October 26, 2011

Ais Jeli Raspberi

Assalamualaikum....
.....masih bercuti lagi bagi sebahagian anak-anak yang bersekolah. Isnin depan baru sekolah dibuka. Bagi sekolah saya, esok dah sekolah. Kenapa? Sebab kami rajin. Ece..ceh..masuk bakul angkat sendiri. Hahahaa...

Walau bagaimanapun, bagus juga dibuka sekolah cepat. Dapatlah cikgu-cikgu membuat ulangkaji  dalam tempoh tiga hari ni sebelum peperiksaan akhir tahun bermula pada hari Selasa. Takkan nak beraya lama...orang lain raya, kita pulak yang lebih. Lain bunyinya? Jeleslah tu tak dapat cuti panjang macam orang lain. Hahahaha....


Seronok menghabiskan cuti akhir Deepavali ni dengan menyediakan minuman ni. Ais Jeli Raspberi. Orang lelaki saya sibuk bertanyakan air. Kalau dia tanya begitu,  taulah saya,air apa yang dia mahu. Resepi air ni pun sudah lama ditenguk-tenguk, ditenung-tenung, hari ni baru dapat cuba.


Lepas makan tengahari, memang sedap dan lengkap hidangan tu bila dihidangkan dengan minuman sebegini. Kebetulan adik saya datang dengan kawannya. Hmmm...langkah kananlah, kata orang tua-tua.


Ohhh...hampir terlupa nak share resepi tu kat sini. Tapi sebenarnya resepi asal guna strawberi. Saya guna raspberi. Rasanya pun lebih kurang aja. Strawberi masam sikit. Raspberi ni ada yang manis dan ada yang masam.



Resepinya :
Diadaptsi dari Majalah Sedap

Bahan jeli raspberi :
300ml air
1/2 bungkus jeli segera
30ml sirap raspberi
50gm raspberi, dipotong dua

Bahan air :
200gm nata de coco
1 susu teh selasih
1 tin isi buah mata kucing
1 tin kotel buah-buahan

Bahan sirap :
1000ml air
5cm kayu manis
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan air perahan lemon

Bahan pelengkap :
400gm ais kisar
200gm susu pekat

Cara membuatnya :
1. Jeli : letakkan sepotong raspberi di dalam acuan ais 
    separuh bulat
2. Rebus air, jeli segera dan sirap raspberi sambil dikacau
    sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan. Bekukan.
3. Rebus bahan sirap sehingga mendidih di atas api kecuali
    air perahan lemon. Kacau rata. Masukkan air perahan
    lemon. Kacau rata.
4. Masukkan nata de coco, selasih, buah mata kucing dan
    kotel buah-buahan. Sejukkan.
5. Hidangkan jeli ais buah bersama air kisar dan susu pekat 
    manis.


Hilang penat bila hasil tangan kita dimakan orang dengan seleranya. Berbaloi. Insya Allah...adalah ganjaran yang disediakan oleh Allah untuk kita, kaum wanita. Berkhidmat untuk keluarga tanpa pencen. Maknanya tu...tak ada duit pencenlah. Hai nasib wanita.....tapi pahala banyak jika kita ikhlas. 


Macam biasalah...dah siap masak, shooting pun bermula. Tapi kali ni krew saya yang sorang ni dalam pantang. Bukan pantang bersalin. Pantang berpotong. Shhhh...cakap perlahan-lahan sikit. Nanti ada orang malu. So hari ni sayalah pengarah, prosedur dan krew. Hero dan heroin ikut aje. Senang arah diorang ni. Dengar kata. Menitik peluh dibuatnya. Berapa shot ambk dah. Shoot, cut, shoot, cut. Bukan mudah jadi pengarah ni ya....jadi cikgu jelah! Heheheee.....






Sunday, October 23, 2011

Ais Jeli Kelapa Hijau

Assalamualaikum....
........selamat bersantai semua. Esok masih cuti.Yehaaa...bestnya. Dapatlah meluruskan urat-urat badan yang lenguh turun naik tangga sambil memikul buku-buku murid tu. Macam manalah ya nanti bila umur 60 tahun nak bawak buku sambil pegang tongkat daki tangga. Hilang gaya, bertaburan buku ngan tongkat, nenek jatuh tangga. Hehehee....

Nenek ni sebenarnya dah lama nak buat resepi ni. Nak suruh Toki rasa. Hehehehee.... jadi semalam lepas habis aja Majlis Kejohanan Sukan Sekolah, terus ajak orang lelaki saya pergi beli kelapa muda. Nak cuba buat jeli kelapa hijau perasa pandan ni. Hmmm...kelapa muda ni memang favouritenya.


Panas-panas balik dari Desaru, nyaman sekali bila tekak  disirami dengan air dingin ni. Kelapa muda bersama dengan jeli melungsur jatuh ......terangkat kepala. Jika teringin nak alami bagaimana rasa terangkat kepala, silalah cuba resepi ni. Hehehee....

Resepinya :

2 biji kelapa muda
1 liter air kelapa muda
1 paket agar-agar
1 sudu biji selasih
1 cawan gula
1 cawan ais
1 cawan susu pekat
daun pandan secukupnya.
pewarna hijau.

Cara membuat :
1. Mula-mula masak agar-agar serbuk dengan 1 liter air kelapa. Bila sudah mendidih, matikan api dan tuangkan ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk dan membeku. Apabila sudah keras, carik-carikkan dengan garpu atau potong dadu.

2. Masak secawan gula dengan 1 liter air untuk dijadikan sirap. Masukkan perahan air pandan dan pewarna hijau ke dalam air gula tadi.

3. Masukkan sesudu biji selasih ke dalam cawan yang berisi air panas. Banyak airnya cukup sekadar untuk mengembangkan biji selasih tu.

4.Isi kelapa  dipotong panjang-panjang dan masukkan ke dalam gelas. Kemudian masukkan biji selasih tadi dan air sirap,  disusuli dengan agar-agar yang telah dicarikkan. Akhir sekali masukkan ais yang diblend dengan susu pekat tadi.


Hmmm....sedapnyee. Tambahan pula menikmatinya di tepi kolam dengan sepiring orange marmalade kek sambil melihat ikan-ikan bermain di celah-celah batu. Bersantai di bawah payung besar terasa seperti Cleopatra bersantai di samping kekasihnya, Caesar. Hehehee..




Sunday, October 9, 2011

Ais Laici Jagung Nata De Coco

Assalamualaikum.....
........saya baru sahaja selesai trimming pokok anggur. Buang daun-daun kering serta mana-mana yang merimbun. Sudah ada beberapa gugus buah yang keluar. 

.......tetapi ketenangan berkebun di taman yang besarnya tak seberapa ni tergugat dengan bunyi kelentang kelentung kayu yang orang lelaki saya ambil dari hutan kecil berhadapan dengan rumah saya.

Sebenarnya dia memasang kayu-kayu penongkat pokok anggeriknya. Saya beri dia kawasan luar rumah untuk dia  mengekpresikan ilhamnya. Dah beberapa kali tak sependapat bila berbincang dengan susunan idea di taman ni. Jadi biarlah dia buat apa saja dia suka di luar pagar rumah. Dengan tanah di lereng bukit yang kecil ni, dia menghabiskan masa hujung minggu dia. Manalah tau Majlis Perbandaran berkenan dengan designnya. Maka diambil sebagai pekerja sambilannya.

Bunyi kayu yang dicampaknya ke tanah tu buat rasa teringat pesan arwah nenek saya. Bila suami dah lama buat sesuatu kerja, cepat-cepat sediakan air buatnya. Lalu saya berhenti kerja, terus ke dapur.


Hajat hati nak buat Ais Jelly Kelapa Cincau. Tetapi sibuk melayani hajat anak...yang lelaki nak beli baju dan tie. Anak perempuan saya, sorang nak beli kasut dan sorang lagi nak beli maternity pants. Terfikir dalam hati, nape tak beli je kat KL. Iyalah...bukan mudah nak keluar membeli kalau balik kerja dah malam. Akhirnya terlupa nak beli kelapa muda.


Buka kabinet, tenguk apa yang boleh dibuat dengan yang ada. So cuba semak senarai keperluan di bawah ni, ada tak juga dalam kabinet dapur ibu-ibu.

Bahan-bahan:
* 1 tin laici, toskan airnya.
* 300 ml air laici
* 200gm jagung manis, rebus.
* I tin Nata De Coco
* 1 biji lemon
* 200ml sirap laici
* 500 gm ais kisar
* 1 bungkus serbuk agar-agar.

Cara saya buat :
Mula-mula rebus serbuk agar-agar dengan satu liter air. Bekukan. 
Rebus jagung manis.
Satukan jagung manis, nata de coco dan laici di dalam bekas kaca.
Masukkan sirap laici dengan ais kisar ke dalam bekas jagung.
Perah 1/2 biji lemon dan airnya masukkan ke dalam sirap laici tadi.
Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan agar-agar (dadukan atau carik-carikkan)
Hiaskan dengan baki lemon ( dipotong, bulat-bulat nipis) dan jika mau masukkan ke dalam air tadi.


Rasa lemon ni lebih lembut jika dibandingkan dengan limau kasturi. Bila digabungkan dengan laici, dia ada rasa masam-masam manis. Bila kita minum air ni, kita dapat rasa kekenyalan nata de coco dan agar-agar yang dicarik-carik bersama ais yang diblend. Hmmmmm....mendinginkan di hari yang panas begini.










Saturday, October 1, 2011

Jelly Limau Kasturi

Assalamualaikum.....
Bertemu kembali di hujung minggu. Cuaca di luar sungguh cerah. Tenang dan tenteram. Pintu utama dikuak luas. Bunyi desiran air jatuh ke dalam kolam begitu mendamaikan. Dalam keheningan pagi begini, baru jelas pandangan mata melihat ikan-ikan berenang. Alhamdulilah...ketenangan ini kurniaan Allah swt.

Saki-baki keletihan semalam masih terasa. Walaupun semalam, sepetang mengulit mimpi di siang hari. Nasib baik tidak mengigau, bangun dan mandi serta bersiap pergi ke sekolah macam anak saya. Heheheee....

Pagi ni, sementara diorang berkebun di luar, diri ini sibuk di dapur, menyediakan nasi lemak halba kukus. Hari ini, ahli keluarga akan menikmatinya di atas daun pisang. Hmmmm....nyaman!

Tapi hari ni, hanya nak share resepi minuman. Sebenarnya resepi ni sejenis jelly. Saya pernah menikmatinya semasa majlis perkahwinan anak perempuan saya. Katerer tu sediakan jelly ini sebagai dessert para tetamu. Dia ada memberi saya resepi serta bahan jelly segera  untuk saya cuba. Mahal juga jelly segera tu rupanya.

Bila intai-intai dapur Cik Ita, terjumpa resepi jelly limau kasturi ni. So hari ni saya nak cubalah. Almaklum di luar tu, tengah berpanas pagi. Tentu sejuk tekaknya  bila  disirami dengan jelly dingin ni. Mudahan, sejuk pandangan matanya melihat saya. Hihihiiii...Tambahan lagi, kawan saya yang berkebun limau kasturi ni memberi saya seplastik besar. Baiknya budi kawan saya ni. Moga Allah swt memperluaskan rezekinya. Amin.


Jelly Limau Kasturi
resepi diambil dari Azlita Aziz
tetapi diubahsuai dan ditokoktambah mengikut selera saya pula.

Agar-agarnya :

Untuk buat agar-agarnya, saya rebus satu paket serbuk agar-agar putih dengan 3 liter air. Bila sudah hancur, masukkan ke dalam bekas dan sejukkkan. Bila sudah sejuk, carik-carikan atau dipotong dadu.

Minumannya :

20 biji limau kasturi
6 biji asam masin
1 kg gula pasir
1 tin buah-buahan campuran
Beberapa ketul ais
strawberry untuk hiasan

Limau kasturi dibelah dua dan diperah untuk mendapatkan airnya. Buang bijinya. Masukkan asam masin ke dalam air perahan limau tadi. Kemudian masukkan air gula ( gula pasir yang dimasak dengan 3 liter air ). Selepas itu masukkan buah-buahan campuran dan agar-agar yang sudah dihancur atau didadukan. Akhir sekali masukkan beberapa ketul ais.


Masukkan jelly limau tadi ke dalam bekas minuman. Tak kiralah bentuk dan saiznya bekas tu. Hiasilah dengan potongan buah strawberry. Boleh juga dipotong dadu dan dimasukkan sekali ke dalam jelly.


Rasanya? Sama dengan dessert jelly yang dihidangkan kepada tetamu majlis perkahwinan anak saya tu. Jadi jika saya nak menghidangkan jelly ini kepada tetamu yang bertandang ke rumah saya, tidak perlu risau lagi. Sudah ada resepi minuman yang segar lagi sedap. Bila minum, sejuk kepala dibuatnya. Pemandangan terasa seperti di kutub utara.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan saya yang memberi limau ini dengan banyaknya. Free lagi tu. Saya teringat pada suatu ketika, saya dibawa ke kebun limaunya dan berpeluang memetik terus dari pokoknya. Pengalaman yang indah lagi menyeronokkan. Macam memetik epal dari ladangnya gitu!