Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Nasi Butter....a simple rice dish and yet so yummy.


Alhamdulillah. Syukurku yang tiada terhingga kepada Tuhanku, Allah Yang Esa yang memberiku kesihatan. Sebaik sahaja ku bangkit subuh tadi, badanku terasa ringan. Sakit yang ku tanggung setiap pagi berkurangan. Syukuran Ya Allah.

Bila dah sihat ni, apa lagilah. Tenguk dapur mula operasi mengubahsuai. Ubah sana, pindah kat sini. Tukar deco. Biarpun dapurku tak seindah mana. Tapi itulah dapurku, duniaku. Sesuailah dengan ukuran di badan sendiri. 

Bila sibuk memasak untuk hidangan tengahari...tetiba saja nak mencuba resepi nasi. Tiada resepi spesifik. Cuma teringat pada masa diri ini masih budak lagi...tenguk-tenguk majalah mak, ada resipi Nasi Planta. Tapi cara buat tu simple sangat. So ubahsuailah mengikut keadaan dapurku ini.


Bahan
2 cawan beras, dibasuh dan ditos
1 biji bawang besar, dicincah halus
1 sudu besar minyak makan
1 sudu besar mentega
rempah tumis 4 sekawan
air secukupnya
garam

Cara membuat

1. Tumis rempah tumis hingga terbit aromanya
2. Masuk bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Apabila bawang besar sudah layu, masukkan beras dan gaul sebati.
4. Goreng sekejap dan masukkan air secukupnya dan sedikit garam.
5. Masaklah seperti biasa.
6. Apabila nasi sudah masak, masukkan butter dan kacau rata.
7. Nasi itu akan kelihatan berkilat dan berkrim


Hahahahaaa....anak-anak bujuangku ketawa melihat ibu mereka dok shoot sesenduk nasi. Maybe it looks funny. They often laughed when I was busy with my shooting.

Haa...hah! Bila mereka makan.....sedapnya bu! Baru tauuu...Well....a simple rice dish and yet so yummmy...



Friday, December 2, 2011

Mengamal Gaya Hidup 1Malaysia Dengan Hidangan Nasi Ayam Hainan


Ya Allah.....aku menyerahkan diriku kepada Engkau dan aku menghadapkan mukaku kepada Engkau, dan aku menyerahkan urusanku kepada Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Hmmm....pagi ni terasa macam nak kurangkan makan. Dah banyak kali berjanji pada diri sendiri. Bila makanan di depan mata, segala janji itu berkecai macam debu-debu gunung berapi. Hari ni memperbaharui janji lagi. Sarapan dengan biskut  tawar aja. A good start for the day.


Nasi ke yang mengemukkan?  Apatah lagi nasi goreng, nasi ayam dan berbagai jenis nasi lagi. Nasi ayam ni, kalau makannya di luar, boleh dikira dengan jari berapa kali aku memesannya. Kurang minat betul. Sanggup lagi makan benda lain. Tapi ahli rumah ni kalau berkumpul.....nasi ayam.

Kalau macam tu, aku tukar makan roti je lah. Hahahahaa...teringat cerita anak lelakiku yang belajar di luar negara. Bila anakku makan tiga keping roti, omputih tu semua terkejut. Dierang makan sekeping atau dua keping aje. Tak boleh nak dibayangkan bagaimana reaksi omputih ni jika dierang tenguk aku yang makan roti. Bukan sekeping, almost sebantal kecil tu habis. Nak-nak disapu butter dengan marmalade. Phewww....nyaman. Pepatah kata orang Labuan.


Tapi bila dah masuk tengahari.....waduhhhh. Perutku pun mula berkerongcong. Badan mula gigil. Ni yang paling aku tak suka. Bila breakfastku ringan sangat, menjelang pukul sebelas pagi, badan dah mengeletar. Pada hal bukan berdiet sangat-sangatpun. Anakku pulak dah ke dapur. Bertanyakan makanan tengahari. Apa ya yang nak dimasak hari ni? Akupun blogwalkinglah. Selalunya blog MasamManis, blog Ita yang memang terkenal di jejari bloggers. Hebat orangnya. Tenguk latest post dia...Nasi Ayam Hainan.


Malaysia memang terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk. Tidak hairan, orang Melayu makan nasi ayam, orang Cina boleh makan roti canai dan orang India makan nasi lemak. Tidak hairanlah kalau tenguk orang Cina beli petai dan makan sambal belacan.

Masa zaman aku sekolah dulu, integrasi kaum ini lebih terasa. Kawan baikku Siew Eng dan Ghanasegaran. Aku boleh menangis bila tenguk Ghana (panggilan aku padanya) memakai jubah peguamnya. Kisah hidupnya yang susah itu dikongsi dengan aku. Bila aku ada duit atau bekalan, kami makan sama-sama. Tidak timbul soal cinta ketika itu. Tak macam budak sekarang.

Sebelum aku pindah ke Labuan, setiap kali aku bersalin, dia datang melawat. Bila aku tidak ada di kampung, dia akan singgah ke rumah, menjenguk ibuku. Paling melucukan...dia sanggup melanggar pantang  semata-mata kerana aku. Pada hari perkahwinannya, dia tak boleh keluar bilik. Macam kita juga, pengantin duduk dalam bilik. Tapi kerana aku datang untuk memberitahu aku akan berpindah, dia sanggup keluar. Maknya hanya mengeleng kepala.

Walaupun dia berlainan bangsa dan keturunan denganku, tetapi aku bangga melihat kejayaannya. Simbol kekuatan jiwa dan perjuangan hidup. Bersemangat melawan kemiskinan dan akhirnya mengenggam kejayaan. Ghanasegaran sekarang seorang peguam yang hebat miskipun pada suatu ketika dulu  dia hanya anak kampung yang dhaif hidupnya. Siapa kata orang miskin tak boleh berjaya. Sekarang dengan berbagai bantuan sedangkan dulu rata-rata kami sakit perut kerana kelaparan. Pokoknya..'tepuk dada tanya selera.'


Laaaaaa....macam orang politik pulak dia. Berapi-api. Macam nak lelah dah nafas. Asalnya nasi ayam Hainan je. Hehehee...iyalah. Budak sekarang kalau tanya tentang orang Cina ni. Dia tau Cina aje. Tanya tentang India, dia tau orang India tu orang India aje. Tetapi Cina ni dia ada Cina Hainan, Cina Kantonis, Cina Kek dan macam-macam lagi. Perkahwinan Hainan digalakkan dengan orang Hainan je. Sebab tak mau hilang nama keturunannya. Tetapi sekarang ni tak tau. Begitu juga dengan India. Dierang ada kasta. Tertingginya Brahmin. Mereka ni tak makan benda berdarah. Tetapi bila dah majmuk..semuanya jadi rojak. Senang nak sebut dan dikenali....kita kata kita ni 1Malaysia. Itulah saranan PM kita. Macam nak berkempen je? Taklah oiiii...


Nasi Ayam Hainan
Sumber : MasamManis
By          : Azlita Aziz
( tapi ubahsuai sikit mengikut keadaan dapurku )

Bahan-bahan :
Seekur ayam saiz kecil
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 inci halia (dihiris)
1 kiub ayam
sedikit garam

Cara membuat :

Mula-mula masukkan seekur ayam itu ke dalam periuk. Isikan isi sehingga tenggelam ayam itu. Masukkan bawang putih yang ditumbuk lumat, halia, kiub ayam dan sedikit garam. Rebus selama setengah jam. Angkat ayam tu dan ketepikan sekejap. Perap ayam itu dengan sedikit kicap cair dan minyak bijan. Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar sekejap. Potong ayam itu apabila masuk dimakan.

Bahan Nasi :
2 cawan nasi (saya pakai beras siam wangi - dibasuh dan ditos)
1 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih (dititik)
2 inci halia (dihiris)
1 sudu minyak bijan
Rempah tumis 4 sekawan
Daun pandan yang disimpul.
2 1/2 cawan air rebusan ayam tadi

Cara Saya Membuat :

Masukkan minyak masak ke dalam periuk. Apabila minyak itu sudah panas, tumis rempah 4 sekawan. Bila terbit bau, masukkan bawang putih yang telah dititik. Garingkan bawang putihnya, baru masukkan halia.Kemudian masukkan beras yang telah ditos dan digoreng seketika. Apabila sudah dikacau rata, masukkan air rebusan ayam tadi, diikuti dengan daun pandan. Masukkan sesudu kecil minyakbijan.Kemudian pindahkan ke dalam periuk elektriknya.

Sopnya :

Panaskan balik air rebusan tadi 
Kemudian tapis untuk dapat air sop yang jernih.

Sos Ladanya :
3 biji lada merah
seulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil minyak bijan.

Blend ke semua bahan sos di atas dan rasalah keseimbangannya.


Huuuhhh....sedap rupanya nasi ayam Hainan ni. Bolehlah aku masak lagi bila anak-anak balik.
Sorilah ayam. Malu dia diambil gambar tak berbaju. Kepalanya disorok celah-celah daun salad. Oraitlah..ambk gambarpun bahagian tertentu je. Bahagian censored takpun didedahkan. Aku jaga juga auratmu itu.

Sedapnya. Yum...yum..yum...aku dah terlupa masalah berat badanku.






Sunday, September 25, 2011

Nasi Lemak Halba Kukus

Assalamualaikum ....

Tengahari begini....lepas makan, matapun layu. Sedapnya jika ketika ini ada orang sorong bantal. Kalau takde, kita sendirilah cari bantal. Cuaca di luar nampak mendung. Gelap macam nak hujan. Biasalah tu...jika ikut lumrahnya. Musim tengkujuh dah nak sampai. Berhujanlah kita ya....Mulalah kita menyimpan ubi sebagai bekalan musim begini. Sedap dimakan dengan ikan masin.

Tak penah tidur sampai ke petang. Mungkin gara-gara kekenyangan makan nasi lemak tadi. Saya ni bukan pengemar nasi lemak. Tapi keluarga suka sangat. Hari ini atas permintaan anak perempuan bongsu saya yang tinggal dengan saya ni....saya masak nasi lemak. Jemu dengan resepi biasa, saya mengintai-intai dapur kekawan bloggers. Jumpa resepi nasi lemak Masam Manis, Puan Azlita yang terkenal dengan kehebatannya di dapur.

Saya pun bergeraklah ke dapur dengan misi tersebut. Menyediakan nasi lemak kukus ni untuk santapan tengahari. Bila kaum Adam takde di rumah ni..menu tu simple aje di hujung minggu begini.

Jika berminat untuk mencuba kelainan dalam pembikinan nasi lemak, cubalah nasi lemak ini.

NASI LEMAK HALBA KUKUS

1kg beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
5 cwn santan
3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
2 inc halia - dihiris
1 camca halba
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
secubit garam - atau secukup rasa

Cara Azlita buat :
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga beras sebati dgn santan. Biarkan nasi separuh masak atau sehingga santan kering. Pindahkan nasi kedlm kukusan. Alas kukusan yg berlubang dgn daun pisang supaya nasi tidak jatuh. Kukus sehingga naik wap selama 30 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnyer. Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dgn sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, ayam goreng dan timun sebagai ulaman. Selamat mencuba.


Tersandar ke dinding kekenyangan. Sedap rupanya nasi lemak halba kukus ni. Kata anak saya, bolehlah kita buat masa abah ada nanti. Tentu abah suka. Saya pun suka. Bila kukus dialas daun pisang, ada daun pandan...baunya wangi dan rasanya .....nyaman ( kata orang Labuan ) Maksudnya sedappp!

Selamat mencuba ya!



Saturday, September 3, 2011

Nasi Briyani

Assalamualaikum......Masih sibuk beraya?

 Iyalah...selagi ada Syawal selagi itu kita beraya. Kalau begitu ......sebulan bulan Syawal ni kenalah ada 30 helai baju raya. Hehehehe....terburai poket dibuatnya. Tapi jangan terkejut orang lelaki Brunei ada yang sampai 8 pasang  baju raya. Ini kerana mereka ni kalau beraya pakai baju Melayu. Mula-mula terkejut juga dengar. Tetapi rupanya memang sudah kebiasaan mereka begitu.  Bagi kita di sini baju Melayu tu hanya dipakai di pagi raya pertama saja.

Hari ni saya rasa seperti beraya di  hari raya pertama. Bertenaga dan gembira. Kegembiraan saya ni  kerana anak perempuan saya balik beraya dengan ibunya di sini. Walaupun hari ini sudah hari raya ke empat. Si ibu ni pun mulalah memasak sesuatu yang istimewa menyambut dia pulang. Beginilah kita ni..... ya ibu-ibu. Kerana anak, ibu sanggup buat apa saja. Mudahan bila saya tua nanti, sudi jugalah dia menjaga saya. Memang dah tua pun ni...tengah menunggu cucu ke tiga.

Saya pun mulalah membuka buku nota kecil yang saya catat ketika berbual dengan staff  ofis saya. Sekadar berbual-bual, membantu dia hilangkan ngantuk di bulan puasa. Sambil dia mencetak kertas periksa, saya bertanya-tanya tentang resepi itu dan ini. Dia ni hebat juga dalam memasak.Selalu dipanggil orang kampung untuk memasak kenduri kawin. Tapi orangnya 'low profile.' Ibarat padi, makin tunduk makin menjadi.
So saya pun menerai (rosak bahasa)...marah Samad Said...resepi ni untuk dibuat masa anak saya balik nanti.

Sebelum memasak...sehari awal saya dahpun menyemak bahan-bahan yang perlu saya ada untuk membuatnya. Marilah  tenguk catatan yang saya tulis tempohari.


NASI BRIYANI

Bahan-bahannya:

1 kilo beras Basmathi
1 tin kecil minyak sapi (saya pakai Ghee)
sedikit minyak jagung
2 biji bawang besar dimayang
8 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu tomato paste
1/2 tin susu cair

Cara membuat :
Mula-mula berasnya saya rendam selama 20 minit dan tos. Saya masukkan Ghee dan minyak jagung. Tumis bawang besar yang dimayang. Apabila layu sedikit, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Bila dah garing atau terbit bau, saya masukkan tomato paste. Masukkan beras yang ditos tadi. Lepas tu, saya masukkan susu cair dengan sedikit sunquick. Lastly masukkan sedikit kuah daging briyani dan kacau rata. Letak sehelai daun pandan untuk mewangikan nasi.

Apabila nasi sudah nak masak, buat satu lubang ditengah-tengah dan letakkan daging dan kuah briyani. Tutup balik dengan nasi. Biarkan hingga ia masak. Opps...lupa...renjis sikit pewarna kuning.


Kata Encik Hassan, sebelum masak nasi briyani ni, eloklah dulu kita masak lauk briyaninya supaya kuahnya itu boleh digunakan untuk nasi. Dia tidak bagi saya sukatan yang tepat...anggaran yang sesuai dengan kuantiti daging yang saya guna. Sayapun memandai-mandai membuat anggaran sendiri. So kalau ibu-ibu atau adik-adik nak buat, kenalah agak-agak sukatannya dengan daging atau ayam yang nak dimasak. Untuk lauk briyani saya ni, saya pilih daging sebab saya suka daging. Kebetulan di petang raya tu, ada jual daging segar di pasar berdekatan dengan rumah saya.


Daging Briyani
Bahan-bahannya:
* 2 kilo daging lembu atau kambing
* Bawang besar dimayang
* Bawang merah - dikisar
* Bawang putih - dikisar
* Halia  - dikisar
* Lengkuas - dikisar
* Lada merah & hijau - dikisar
* Gajus dan badam - digoreng dan dikisar
* Daun pudina & daun ketumbar - dihiris halus dan dikisar
* Rempah briyani
* Sos tomato
* Sos cili
* Tomato puree
* Tomato juice
* Minyak Ghee
* Susu cair
* Madu
* Garam secukupnya
* Kismis - untuk hiasan
* Gajus - untuk hiasan
* Daun sop - untuk hiasan

Cara membuat :
Mula-mula saya panaskan minyak sapi. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar yang sudah dimayang bersama dengan bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas yang sudah diblend. Setelah terbit bau, masukkan lada besar yang dikisar tadi dengan diikuti daun pudina dan ketumbar. Kacau rata. Kemudian masukkan rempah briyani. Selepas itu masukkan badam dan gajus. Masukkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan sos tomato, sos cili, tomato puree dan juice tomato (4 biji tomato diblend). Masukkan daging. Lastly, masukkan susu cair, madu dan garam. Masak dengan api yang kecil hingga pecah minyaknya.


Sejujurnya, inilah kali pertama saya cuba. Tak pernah buat nasi briyani atau nasi minyak. Tapi berkat ikhlas tunjukajar dari Encik Hassan ni ..... MENJADI. Menantu saya sampai bertambah makan. Seronoknya jadi ibu mertua rupanya...hahahahaa. Anak saya yang tengah berisipun turut berselera.

Inilah keistimewaan air tangan ibu. Memasak untuk anak-anak. Dijamin bersih, halal dan segar. Boleh dimakan tanpa was-was malahan berkat dengan izin Allah swt. Marilah kita, ibu-ibu...didik anak-anak kita dengan air tangan kita.  Mudah-mudahan, anak-anak kita akan membesar dengan baik. Insya Allah.