Sunday, February 27, 2011

Baking Class.



Hari Sabtu yang lalu, 26hb Februari 2011, aku bergegas dari ILP, Pasir Gudang ke Larkin Perdana. Pastinya mesti sampai sebelum jam 2 petang. Hasrat aku untuk keluar awal dari auditorium tu. Hahahahaa....kedudukan tempat duduk yang jelas dapat dilihat oleh Puan PPD dari pentas ucapan menyebabkan hasrat aku untuk keluar 20 minit awal terbantut. Sebaik sahaja sampai di rumah anak kawanku, suamiku sudah menunggu. Aku skip lunch demi satu ilmu yang aku cari-cari dan ingin kuasai.

Walaupun aku melalui kesesakan di kawasan Pandan tetapi jalanraya lenggang di persimpangan  Kg. Melayu menyebabkan aku sampai just on time. Masa tu hanya ada beberapa orang je. Kemudian beransur-ansur ramai, memenuhi bilik kecil itu. Padat. Aku duduk di bahagian depan bersebelahan dengan seorang kenalan dari Singapore. 18 tahun dalam dunia baking. Aku terasa insan kerdil disisinya. 

Chef Tan, sifu aku kali ini. Ada bergambar dengannya tetapi agaknya kat mana di kamera itu yang dipetik oleh pembantu kedai, Indon tu. Apabila aku nak transfer, gambar dengan Chef ni tidak ada. Hanya yang boleh aku kongsi di sini, gambarnya tengah buat demo.

So kali ini, aku belajar buat Cheese Cake ( baked), Tiramitsu, Butter Cream Cake dan Yummy Sponge Cake. Semuanya pakai bahan-bahan yang ada di kedai Bake Well. Mungkin untuk promotion. Kata Hamidah, kenalan baruku dari Taman Daya, dia lebih suka menggunakan bahan-bahan sendiri daripada menggunakan bahan segera. Aduh! Terpukul aku dengan kata-katanya. Aku hanya bergantung dengan bahan siap, segera katakan. Tetapi dengan murah hati, dia bersedia untuk mengajarku. Alhamdulilah.

Kelas berakhir jam 5 petang. Tetapi masing-masing sibuk membeli bahan-bahan yang baru belajar tadi. Termasuklah aku juga. Tempahan tiramitsu sudah ada.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku yang sanggup mengorbankan masanya selama sehari melepaskan aku menghadiri kelas ini walaupun kami hanya bertemu seminggu sekali. Maaf bebanyak kerana hari itu, dia juga terpaksa membeli makanan di luar dan makan sendirian. Aku amat menghargai pengorbanannya.

2 comments:

  1. Lat doakan semoga Berjaya....InsayAllah pasti ada rezeki yang datang...Amin..lat dh follow sudi2 lah tengok blog lat ye..

    ReplyDelete
  2. Insya Allah...sama-sama kita doakan. Memang hari-hari singgah kat blog Lat.

    ReplyDelete