Bila membuat kek choklat ini, yang ditempah oleh kawanku untuk hari jadi anaknye. Teringat kat cucuku yang sangat suke dengan kek ini. Terdengar-dengar di telefon, die bertanye...'Nenek, ade kek tak?'
Resepi kek yang ku buat ni, kek choklat kukus. Sangat lembap dan basah. Lemak, manis berchoklat. Tentu comot mulut cucuku ini bile makan kek ini. Kek ini adalah kegemaran anak-anak terutama pengemar choklat. So kepada ibu-ibu yang ingin membuat sendiri kek chocolate moist ini, bolehlah cuba. Insya Allah....menjadi.
Kek Choklat Lembap Kukus
2 cawan gandum
2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan butter cair atau minyak jagung
1 cawan air mendidih
1 tin susu pekat
5 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonat
Cara membuat :
Satukan ke semua bahan kecuali air didih. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan air panas itu perlahan-lahan. Kukus selama 2 jam.
Cara membuat :
Satukan ke semua bahan kecuali air didih. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan air panas itu perlahan-lahan. Kukus selama 2 jam.
Senangkan membuatnye. Untuk hiasan, pelbagai cara boleh saje janji keknye tu cantik dimakan. Hiasanku ini bergantung pada mood. Jika mood bagus, oklah hiasannye. Kalau tak mcm tu aje.
Kepada yang berminat....selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment