Assalamualaikum.....
........sehari dua ni masa saya terikat dengan tempahan kek. Kesibukan itu membuat bekalan food di dapur berkurangan. Saya perhatikan dah berapa kali, orang lelaki saya keluar masuk dapur, mengintai sana sini. Freezer tu sudah berapa kali dibuka dan ditutup. Rasa bersalah bila dia bertanya boleh tak makan roti dengan jem. Saya bertanya balik untuk siapa. Untuk anak yang tengah berpantang makan tu ke. Katanya untuk diri sendiri. Ketawa besar saya dibuatnya.
Jadi selepas maghrib, saya bertanya apa dia nak buat malam ni. Dia kata nak nonton Tv. So saya pun mintak izin ke dapur. Hai....nak ke dapurpun mintak izin? Mintak iziiiin. Maklum jelah sejak kebelakangan ni selalu dengar ceramah agama. Sayapun mengumpul azam nak cuba tingkatkan diri menjadi isteri mithali. Dah separuh umur baru nak jadi isteri mithali? Selagi nyawa masih ada, peluang untuk men 'upgrade' kan diri sentiasa terbuka.
Inilah dia yang saya buat untuknya. Puding Epal Longan. Selalunya selepas makan sambil berehat di hadapan TV, dessert ini menyempurnakan makan tengaharinya. Maklumlah cuti Deepavali. Dia cuti, kita tak...
Berminat tak dengan resepinya? Tak minat? Tak minat, takpe. Kita letak je kat sini. Manalah tau tetiba je hati berubah. Minat pulak. Iyalah....pantaipun boleh berubah inikan pula hati manusia. Jeling-jelinglah ya..kalau tak minatpun. Heheheee...
Resepinya :
Sumber dari Majalah Sedap
Bahan I
600ml jus epal segera
6gm serbuk agar-agar
15gm gula pasir
1/2 sudu teh selasih (rendam)
Bahan II
250ml susu cair
6 gm serbuk agar-agar
50gm gula pasir
2 biji putih telur
1/8 sudu garam
30gm gula pasir
35gm ceri merah (potong-potong kecil)
Bahan III
250ml susu cair
6gm serbuk agar-agar
50gm gula pasir
3 titik pewarna merah muda
1/4 sudu teh esen vanila
2 biji putih telur
1/8 garam
30 gm gula pasir
80gm longan dalam tin, potong 4 bahagian
*** If ibu-ibu nak buat potong-potong puding tu, eloklah
kekalkan serbuk agar-agar 6gm sebab dia keras sikit.
Jika buat dalam gelas, serbuk agar-agar tu dikurangkan
separuh supaya dia lembut sikit.
Cara membuatnya :
1. Bahan I : rebus jus epal, serbuk agar-agar dan gula pasir
sambil dikacau sehingga mendidih. Tuangkan setengah
bahagian ke dalam loyang bersaiz 18x 18x 7cm. Biarkan
setengah beku. Taburkan selasih.
2. Bahan II : rebus susu cair, serbuk agar-agar dan gula
pasir sambil dikacau sehingga mendidih. Biarkan suam.
3. Pukul putih telur dan garam sehingga setengah kembang.
Masukkan gula pasir sambil dipukul sehingga kembang.
4. Tuangkan rebusan agar-agar sedikit demi sedikit sambil
dipukul dengan kecepatan rendah. Campurkan ceri
merah. Kacau rata.
5. Tuangkan di atas puding I. Biarkan setengah beku.
6. Bahan III : rebus susu cair, serbuk agar-agar, gula pasir
dan pewarna merah muda sambil dikacau sehingga
mendidih. Ketepikan.
7. Pukul putih telur dan garam sehingga setengah kembang.
Masukkan gula pasir dan esen vanilla sambil dipukul
kembang. Tuangkan rebusan agar-agar sambil dipukul
dengan kecepatan yang rendah.
8. Tuangkan di atas bahan II. Taburkan longan.
9. Untuk bahagian terakhir, lapis dengan bahan I yang telah
dipanaskan dan dicampurkan dengan 1 sudu makan air.
Bekukan.
Saya kurang pandai makan tanpa sos kastad. Jadi saya memandai menambahkan sos kastad pada puding ni. Jangan ikut saya ya....nanti SEDAP marah.
Dalam majalah Sedap. puding ini dipotong. Tetapi oleh kerana mata orang tua ni kurang jelas, bila potong, bentuknya tak lurus. Jadi saya buat terus dalam gelas. Bagaimana pula kalau Cik Azlita dan Cik Rima kita yang buat puding ni ya? Mereka ni seni orangnya dan hasiltangan mereka halus. Saya sangat mengagumi mereka.
So bolehlah ibu-ibu cuba di hujung minggu nanti....
Selamat mencuba...
nak order untuk Hari Raya Haji ni boleh ke Kak Sal?
ReplyDelete