Kiwi Panna Cota As it slides down my throat, hmmm.....it's pure bliss. |
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Sebaik sahaja pintu kamarku buka, mataku tertumpu kepada satu objek terbaring di atas katil yang bercadar putih. Subhanallah. Alhamdulilah. Spontan mulutku menyebut. Sekelip mata Allah mengembalikannya. Baru semalam aku berbisik padaNYA. Jika ianya memang milikku, maka ia akan kembali padaku...Ku angkat perlahan-lahan, ku usap dan ku cium. Ia dijumpai di antara beg tangan yang ada oleh Siska. Terasa lapangnya duniaku. Kesedihanku lenyap ditelan angin. Ia kembali di saat aku memerlukannya. Wristlet Coach sudah kembali kepangkuanku.
Bila hati dah senang, bersantailah di tepi kolam. Menikmati kehijauan alam sambil merasai kesejukan Kiwi Panna Cota. Kiwinya yang masam manis dimakan dengan lapisan susu yang lemak manis itu. Apabila ia meluncur ke dalam tekak ni...matapun terpejam. Sejuk dan nyaman macam berada di benua salji Kutub Utara.
Maafkan daku kerana kurang jelas dan kurang tersusun resepinya. Menaip N3 di waktu malam hari. Mata nenek ni malam aje jadi macam mata burung puyuh. Kalau jadi mata burung hantu tu terang benderang tapi siangnya buta pulak. Slow-slow baca ok..
Hohoho....tak lelap tidor malam ni. Esok aku akan membelahi lebuhraya ke Utara. Yehaaa....aku bercuti akhirnya. Siapkan tempahan majlis bertunang staff HSI sebelum packing dan kemudiannya Zzzzzzzzzzzzz...
See you all again after my holiday.
Take care while I'm gone...
salam ziarah dan kenal..
ReplyDeletewslm Norlieharumaini. Salam diterima dengan hati yang gembira.
ReplyDelete