Tuesday, February 5, 2013

Red Velvet Kek



As salam. Lama sungguh tidak blogging. Masa untuk blogging mengurang. Mood untuk blogging pun beh kurang begitu. Mungkin buka sekolah ni, kerja banyak sikit. Fikiran tak boleh fokus pada blogging lagi.Tapi hati ni asyik teringat pada seorang kawan FB yang minta saya sharekan resipi Red Velvet Cake.

Cerita bab share ni...lain orang lain pendiriannya. Apapun pendirian mereka, mereka ada sebab yang tersendiri. Justru itu kita harus hormati dan terima sebab musabab mereka yang tak mau kongsi. Adapun yang mau berkongsi, bukan semua resipi yang diberi itu boleh digunapakai. Sudah macam-macam resipi yang dicuba melalui blog ataupun terus daripada orangnya. Tapi tak menjadi. Bahan yang dimasukkanpun macam-macam. Cara buatpun macam-macam. Iyalah ...ada orang tenguk kat majalah atau blog, terus jadi. Sentuhan tangan memasing.


Anak-anakpun kata...jika dah ramai customers order Red Velvet Cake ibu, lebih baiklah ibu pergi kelas untuk dapatkan resipi sebenar. Walaupun satu resipi tu beratus tetapi berbaloi. Mendengar nasihat mereka ini, sayapun attendlah kelasnya. Berpandukan pelan, saya drive all the way ke kelas tu sendirian. Apa nak takut...omputih sendirian kat tempat kita ni, orait je. Yang penting...apabila nak melangkah keluar, berdoa dan bertawakkallah. Inshaallah...perlindungan itu akan datang.

So inilah dia..wahai sahabat FBianku

Red Velvet Cake

Bahan A
250 gm butter
280 gm brown sugar

Bahan B
2 biji telur
1 sudu teh vanila

Bahan C (ayak sekali)
250 gm tepung superfine
15  gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk nescafe

Bahan D (campurkan sekali dan biar selama 10 minit)
200 gm Buttermilk
2 sudu besar pewarna merah cair + 1 sudu besar pewarna orange merah

Bahan E
1 sudu teh white vinegar
1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara
1. Pukul A sampai kembang. Masukkan telur sebiji, diikuti dengan vanila
2. Masukkan C berselang-seli dengan D. Kacau sebati
3. Campurkan E dan terus masuk ke dalam adunan tepung dan butter
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit
5. Apabila sudah masak..biarkan sekejap dan masukkan ke dalam chiller selama 1/2 jam



Cream Cheese Topping

Bahan A
600 gm whipping cream dipukul sehingga kaku. Ketepikan

Bahan B (pukul sebati)
350 gm Phildelphia cream cheese
60 gm gula aising

Cara
1. Pukul A. Ketepikan.
2. Pukul B. Masukkan A ke dalam adunan B. Kacau sebati.

* Cream cheese jenama lain pun boleh pakai, tapi jenama Phildelphia ni sangat sedap      
    digunakan untuk Red Velvet kek ini.


This is one of my Red Velvet Birthday Cake dear Iman Mutiara.




Sekarang ni pun tengah tunggu Red Velvet Cake yang baru dibakar tu sejuk untuk dimasukkan ke dalam chiller selama beberapa jam. Barulah boleh potong (slice) untuk filling dan deconya.

So Iman Mutiara...Happy Baking!








3 comments:

  1. Salam kak...

    saya pon blom ade keberanian nk wat RVC nih....penah wat skali x menjadi trus frusttt..... ade gak beberapa list rvc buat rujukan nti...leh ler try akk nyer version yerr..... TQ share resepi yer kakk.....

    ReplyDelete
  2. Such an amazing post
    Nice work
    check this for more-http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/13/october-2017-moon-phases-calendar/ and
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/06/october-2016-printable-calendar-templates/
    You may love it
    Thank You!

    ReplyDelete
  3. A very interesting post. Will come again for sure. Checkout just once mine one @
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/10/17/september-2017-islamic-calendar/

    ReplyDelete