Syawal sudah mulai merangkak pergi. Harap memasing semuanya sihat walafiat. Maklumlah selepas berjamu selera dengan pelbagai juadah. Lemang, rendang, ketupat, sambal kacang, nasi briyani, nasi minyak, ayam masak merah dan bermacam lagi. Seramai orang mengunjungi rumah terbuka, begitu ramailah juga orang pergi ke klinik. Doktor buat duit lepas raya. Kiranya doktor dapat duit raya lah tu.
Tadi bercerita pasal raya. Cerita tentang juadah raya. Cerita tentang rumah terbuka dan klinik. Kenapa pulak tetiba keluar gambar kelapa ni? Lari dari tajuk lagi. Kalau buat esei ni...dah kena marah dengan cikgu. Selalunya cikgu ajar kalau nak buat esei kena ada pendahuluan. Ni nak buat pendahuluan lah ni..cikgu. Hihihiii..
Kelapa ni buah yang serba guna. Kelapa muda atau kelapa tua....dua-dua berguna. Kelapa tua orang nakkan santannya. Digunakan untuk buat lauk atau kuih. Hari rayalah waktu orang beratur beli santan. Santan ni makin tua kelapanya makin bagus santannya. Berbeza dengan orang, makin tua makin sakit. Hahahaa...
Kelapa muda ni pun apa kurang hebatnya. Kita boleh buat macam-macam. Paling mudah boleh buat minuman. Ambik isi muda dengan airnya. Kemudian diminum bersama ais....punyelah sedap dan nyaman. Minum di bawah pokok ketika cuaca panas. Tak sedar satu pokok buahnya habis.
Itulah yang berlaku bila balik kampung. Pokok kelapa rendah di tepi dapur rumah mak saya, buahnya habis dikerjakan. Sedar-sedar gondol pokoknya. Pastu baru sedar badan bisa sana sini. Siapa yang susah? Sayalah. Jadi tukang urut.
Apa yang lebih sedap, kelapa muda ini boleh digunakan untuk buat puding. Puding kelapa. Susahnya saya nak dapatkan resepi ni. Mintak dengan kawan. Katanya kena guna 25 biji kelapa tua dan muda. Ternganga mulut saya dibuatnya. Kebetulan pula saya ada kawan yang punya restoran. Dia jual puding kelapa ni sebiji RM8.00. Saya pun hulur duit 'under table.' Hihihihiii......Barulah dapat. Seronoknya keluarga saya selepas itu. Menikmati kesejukkan puding kelapa yang lembut dan sejuk membasahi tekak tika dimakan di bawah pokok mempelam belakang rumah. Ini membangkitkan nostalgia kami dengan rumah sewaan di Labuan.
Saya share resepi puding ni kat sini.
Puding Kelapa
3 liter air kelapa muda
17gm agar-agar tali
1 sudu teh agar-agar serbuk
2 cawan gula pasir ( ikut rasa manis sendiri )
1 tin susu cair Ideal
1 cawan santan pekat
1 sudu teh perasa laici
Cara saya buat :
Mula-mula saya rebus agar-agar tali dengan air kelapa sampai hancur. Baru saya masukkan agar-agar serbuk. Kemudian masukkan gula. Bila gula itu sudah hancur, masukkan susu, santan dan perasa laici. Jika nak lebih terasa kelapanya, masukkan agar-agar yang sudah masak tadi ke dalam kelapa muda. Bila kita sudukan puding itu, kita ambil sekali isi kelapa tu dan suap ke mulut. Rasanya? Walla!
Lepas ni bolehlah panjat pokok kelapa di belakang rumah ataupun mulalah menanam pokok kelapa ni di halaman rumah. Selain dijadikan sumber bahan puding ini, boleh juga dijadikan sebagai hiasan halaman rumah. Bersantai di bawah pohon kelapa yang rendang sambil menikmati kesejukan puding kelapa ini pada hari cuaca yang panas. Tambahan pula bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, terasa seperti di tepi pantai. So next time bila nak makan puding di halaman tu, sedialah topi besar dan sunglass. Macam pelancung gitu!
Seronok baca entry kak Sarimah.......celoteh2 u mmg menghiburkan disamping lagu2 yg dipilih.......aah mmg betul ramai jatuh sakit raya thn ni....maybe due to weather condition..Take care of yr health too,kak .Luv u
ReplyDeleteSalam perkenalan Sarimah.Suka lihat Blog Sarimah ni...
ReplyDeleteTerus follow.
Sedapnya puding kelapa tu....apa lagi kalau dimakan ketika cuaca panas. Memang menyejukkan tekak.