Lambatnya ilham datang. Entah kali ke berapa...dipegang kemudian disimpan. Cuti kali ini berjanji akan siapkan ke semua tempahan...termasuk yang ini. Cik Latifah kita begitu sabar dengan kelewatan ini. Berjanji dengannya untuk menambah kristal di celah-celah batu Cinanya ini. Inilah hasilnya Cik Tipah oii...
Sambil mengikatnya itu, otak ini mencari-cari idea untuk menyambung batu-batu ini dengan apa. Insya Allah..nanti adalah ilham yang diberi Allah buatku. Moga cepatlah ilham tu datang. Tak sabar nak siapkan. Malu bebenor dengan Cik Tipah...
Saya ni pencinta assesori. Pernah dimarahi ibu kerana tiada koleksi emas permata. Paling memuaskan hati kerana ianya hasil tangan saya sendiri.
Ini adalah rantai leher dibuat daripada kristal Swaroskzi, diamond shape yang dianyam menjadi bebola kristal. Shape dan warnanya ada kod yang tersendiri. Saya misplaced kad kodnya ini.
Sekarang ni saya lebih banyak memakai rantai tangannya. Rantai leher jarang sebab terlindung oleh tudung. Hai...orang perempuan. Kalau tak menunjuk tak boleh, kata suami saya. Hahahaa...
Yang ini paling saya suka. Cuboid shape. Merah putih. Hampir boleh pakai dengan semua baju saya. Tapi sayang rantainya hanya boleh dipamer saja. Yang selalu berada di tangan saya rantai tangannya.
Swarozki kristal memang kegilaan saya. Itulah yang mak saya marah. Duit habis tak bernilai, katanya. Tapi bila hati sudah berkenan. Lagipun buat sendiri, tak kena kos upah...kan?
Alasan pada mak saya...ianya selamat dipakai. Tak perlu risau nak pakai di luar rumah. Senang disimpan di rumah. Tak perlu nak sorot sana-sini bila nak berjalan.
Ada satu lagi yang saya sayang. Kristal topaz (warna kuning). Berbentuk hexagon. Sekeping harganya ketika itu RM15. Tapi kakak saya berkenan sangat. So saya beri dengan senang hati. Pertama dia kakak saya. Kedua, pesan arwah ayahanda saya....bila nak memberi sesuatu pada seseorang itu samada hadiah ataupun sedekah...berilah yang terbaik.Yang paling kita sayang ..... yang itu makin besar pahalanya. Saya ingat pesan arwah ini sampai bila-bila.