Thursday, December 1, 2011

Bahulu Bukan Sebarang Bahulu....Bahulu Datang Dari Negeri Kenyalang.....



Balik dari Headquarter Celcom. Kecewa bercampur sedih. Hajat untuk memiliki broadband tak tercapai. NokiaN97 aku ni kena pakai USB untuk serve internet. Ditunjukkan senarai handphone yang ada built-in modem tapi harganya buat aku telan air liur. Biar dululah...Kesedihanku melarat bila duduk depan TV. Selalu Channel Masakan atau Discovery yang ku minati. Aikkk...sedap pulak drama Korea. Dahhh....aku melayan pulak cerita sob ni. Bertambahlah sedih dibuatnya.



Telefon berbunyi. Panggilan dari SU ku. Hai...tetiba tanya ada kek pulak kat rumah ni. Kenapa? Hah...nak antar pokok buluh yang aku tempah. Alamak! Tiada apa di dapur. Kalau dibawanya isteri dan anak-anak yang cute mute tu.....apa yang nak ku hidangkan? Kek semua dah abes. Hari ni kononnya nak ke Celcom. Tak buat apa-apa.

Macam mana ni? Nak buat apa? Kek? Kek apa? Serta merta teringat satu resepi yang belum aku cuba. Kalau gitu ke pasar sekejap lah. Brooooommm.....




Insya Allah...sempatlah siap bahulu ni. Baking timenya satu jam sahaja. Dia nak datang malam ni. Sempatlah nak sedia apa-apa lagi. So here we go...baking time. Maid aku bukan main suka kalau baking time. Cerdik budaknya. Cepat tangkap apa yang aku buat. Kata orang lelakiku...jangan terkejut, satu hari nanti di pekan Tembilahan ada kedai kek Siska.




Siska...kamu tolong kak long iya....ayak 3 cawan tepung gandum sama 1 1/2 baking powder dengan secubit garam.  Hmmmm...cepat dia bertindak.


Sementara itu...aku masukkan 2 1/2 cawan  gula pasir dengan 8 biji telur. Ku masuk dalam mixer dan pukul selama 15 minit. Kemudian aku masukkan 1 1/2 cawan minyak jagung, diikuti dengan kelapa dan tepung yang sudah diayak tadi. Gaul sebati.


Ku tuangkan adunan itu ke dalam loyang bersaiz 9 inci dan bakar selama 30 minit dengan suhu kepanasan 180. Setelah habis 30 minit itu, keluarkan kek dan bungkus atasnya dengan aluminium foil. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 30 minit.



Bolehlah  bahulu ini dijadikan hidangan tetamu yang datang malam ini dan hari esok. Sementara aku menunggu bahulu ini masak, aku berjalan-jalan di taman miniku mencari sudut di mana mahu ku letak ke dua-dua pokok buluh itu. Hah...di sinilah di tepi birai patio berdekatan dengan kolam ikan ni.


Tada....siap dah. Rupa macam kek tetapi sebenarnya bahulu. Bahulu dari negeri Sarawak. Bahulu Sarawak. Lain kan dengan bahulu kita? 

 Bahulu bukan sebarang bahulu,
Bahulu datang dari negeri Kenyalang,
Berguru bukan sebarang guru,
Guru cemerlang, murid terbilang.

Pe ni...pantun lari dari tajuk. Apa kena mengena dengan bahulu ngan murid ni. Tu lah diri ni bukan cikgu BM. Masa sekolah menengah dulu, pernah kena panggil ngan cikgu BM. Kena marah. Hiiiii....dikatanya aku ni memalukan orang Melayu. BM dapat 3. Malu ah...lari duk bawah tempurung. Ehh..tak mau. Nanti dikatakan katak bawah tempurung. 


Mana dia yang nak antaq pokok ni? Haaaa....waalaikumussalam. Panjang umur. Dah sampai dahpun dia. Jemput masuk. Hah! Tu dia....bapak pokok rupanya. Tak muat lah tempat yang ku sudah sediakan tu. Kena cari sudut lain lah pulak. 


Selamat datang ke tamanku wahai mahluk Allah. Sejukkan kediamanku dengan kehijauanmu. Serikan tamanku dengan lentukkan dedaunmu pabila bayu datang menyapa. Bersama-sama kita berkongsi alam ciptaan Allah. Sememangnya tumbuh-tumbuhan sepertimu ini adalah kawan baik manusia. Cuma manusia kurang memahami dan sengaja tidak mahu mengerti.











4 comments:

  1. saya fas,boleh saya tau,bahulu sarawak tu mmg tepung 3cawan atau campuran kelapa dgn tepung jadi 3cawan...?tkasih

    ReplyDelete
  2. Tepung 3 cawan n kelapa parut tu 2 cawan. Terima kasih kembali. Terima kasih melawat blog saya.

    ReplyDelete
  3. Tepung 3 cawan n kelapa parut tu 2 cawan. Terima kasih kembali. Terima kasih melawat blog saya.

    ReplyDelete
  4. sama2..tkasih share resepi ya..

    ReplyDelete