Tuesday, November 29, 2011

Mixed Fruit Cake .... kegemaran menantu.


Ya Allah...tiada kebahagiaan yang dapat kami rasakan pada hari ini atau kesenangan yang kami terima, kecuali semuanya itu adalah dari Mu...

Dengar suara anakku di hujung telinga, bertanya khabar dan memberitahu yang mereka akan pulang sempena cuti Maal Hijrah. Kalau macam tu...kenalah aku mengukus kek buah kegemaran menantu.

Aku ingat stok mixed fruit tu masih ada. Rupanya dah abes. Jadi pagi-pagi ku keluar mencarinya. Tersenyum sipu bila anakku memberitahunya tentang tujuan aku keluar. Cari punya cari di pagi hari...jumpalah di kedai kecil. Tapi jumpa yang 100gm jer. Harganya RM3.40. Apa nak buat.....kita penguna Malaysia. Kenalah tambah sendiri bahan-bahannya tu.


Sementara dia masuk Singapura...mak mertuanya mengukus kek kegemarannya. Buat kek buah ni dah banyak kali. Ada yang terlembut dan ada kala terkeras. Yang itu kena catit dalam buku resepi kita. Kenapa terlembut dan kenapa terkeras. Yang macam mana yang terbaik. Sukatan dan caranya itu kena catit. Adakalanya resepi yang dibahagi itu tidak semestinya menjadi. So cuba dan cuba lagi.

Kek Kukus Buah
Sumber : MybakingclassbyAzie

Bahan-bahannya :
500gm  tepung gandum
500gm butter
250gm gula castor ( pakai 200gm aje)
500gm mixed fruit
5 biji telur
250gm gula pasir (jadikan gula hancur)
1 tsp vanila
1 tsp bicarbonate of soda
1 tsp cream of tartar
1 tsp ovalette
1 biji buah pala (ditumbuk halus)
1 tsp esen oren ( guna parutan kulit oren 1 biji )

Cara membuatnya :

Bahan A:
Ayak tepung gandum bersama bicarbonate of soda, cream of tartar dan buah pala.

Bahan B :
Gaul mixed fruit dengan sedikit tepung.

Bahan C
* Pukul butter dengan gula castor hingga gebu sedikit
* Masukkan telur satu per satu
* Masukkan ovalette, vanila dan esen orange kacau hingga sebati
* Masukkan Bahagian A dan gaul rata.
* Akhir sekali masukkan Bahan B.
* Tinggalkan adunan tu sekejap.
* Masak gula pasir hingga berwarna perang.
* Biarkan mendidih sekejap.
* Masukkan gula hangus yang panas-panas ke dalam adunan tadi.
* Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
* Tuang adunan ke dalam Loyang 8x8 dan tutup dengan aluminium foil.
* Kukus selama 4 jam.


Bila cukup saja masa mengukus, tanpa lengah-lengah lagi aku terus mengangkat kek itu dari kukusan dan buka aluminium foil yang panas-panas itu. Aduhaiiii.....bertakung air kukusan dalam loyang kek itu. Aku rasa macam nak menangis.

Apa dah jadi ni? Bungkus foil tu pun dah cukup kemas. Tak mungkin air masuk. Nahh...tu dia. Konon nak jimat aluminium foil. Bukan apa. Hari tu aku nampak kawanku buat begitu. Dia recycle aluminium foil tu. Nak ikut cara dia lah. Mak! o Mak! hati menjerit-jerit memanggil mak ku. Apa nak buat ni? Otakku dah ligat berfikir. Menantu aku dah menunggu nak balik ke KL dah ni...

Buang airnya dan terus masukkan ke dalam oven. Alhamdulilah. Tapi tawarlah sikit. Air gula hangus tu dah keluar bersama dengan air kukusan. Huahuahua.....


Haru hati dibuat menantu. Sanggup juga bawa balik walaupun kek kukusku berendam dalam sawah. Baik punya menantu. Kasihan sangat tenguk dia yang mengharap(Haah,aku ni memang mudah kasihan dengan orang. Muka bengis tapi hati macam tisu )

' Takpe ya...nanti masa nak ke Langkawi, ibu buat lagi. Ibu bekal macam-macam kek nanti.'

Buat janji. Macam ibu dengan anak kecil. Hah..janji?! Tak tunai berdosa. Salah satu tanda munafik..bila berjanji dia mungkiri. Ya Allah..jadilah aku orang yang mengota janji.


Hai...kek buahku sayang. Dalam keadaan diri kau yang basah kemudian kering ini, sempat juga ku jadikan hidangan bila Tok Penguluku datang...singgah dalam perjalanan balik ke kampungku. Tiada apa nak dikirim kepada adik iparku, yang lemah lembut, berbudi bahasa itu. Lalu ku bungkus seperempat dari baki tadi kepada isteri penghulu ni bersama dengan cheese cupcakes yang sudah mula menjadi kegemaran anak buahku yang montel.


Paginya bila ku potong untuk hidangan sarapan pagi sebagai pemanis mulut, aku dapat panggilan telefon. Ustazah dari sekolahku ingin datang untuk dapatkan tandatangan Gurantee Letter. Ustazah yang sering mentarbiahkan aku dan tak kering gusi kalau bercakap dengannya. Ada aja gurau sendanya.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari rumahku, ku hulurkan tupperware yang berisi dengan kek kukus tadi. Tiada apa yang nak diberi kepadanya. Malu-malu dia nak menerima pemberianku.

Aku mengambil baki yang ada di piring. Belum merasa lagi keknya tu.

'Hmmmm....Siska, masih sedap lagi walaupun berendam air, dikukus dan kemudian dibakar.'
Maidku ini tersenyum. Diam-diam dia mengambil dan makan.

Wahai kek ku...banyak benar kau berbakti pada orang. Walaupun ada masalah dalam pembuatan mu, dirimu  paling banyak berjasa. 

Moga mereka yang menerima masih dapat merasai kesedapan kek kukus bakar ini. Resepi baru..hehehehee.


Haaaa....satu pengajaran yang perlu dicatat dalam dairi masakanku. 
Anyway not so bad afterall. It still makes my day.
Tada...
























No comments:

Post a Comment