Tuesday, November 29, 2011

Cuba Teka.......Buah Apa Bila Masak Jatuh Ke Atas? Tada...Buah Melaka lah!


Baru tadi aku diingatkan oleh ustazah agar jaga makan. Sekarang terkebil-kebil memikirkan apa nak dimakan di waktu petang begini. Berdiri di jendela memerhati hujan yang turun lebat. Titik-titik kasarnya jatuh di atas dedaun teratai. Ikan-ikanku bukan main riang bermain hujan. Melompat-lompat di celah-celah daun teratai yang melebar itu.

Menjengah ke dapur. Hmm....ada tepung pulut dan gula nisang ( bahasa Terengganu ). Buka peti atas kelapa. Jomlah...buka internet. Tenguk-tenguk apa yang boleh dibuat dengan tiga bahan yang ada ni.


Jalan-jalan ke dapur kawan-kawan blogger masakan, berkenan pulak nak cuba buat buah yang bila dah masak ranum jatuh ke atas. Teka-teki yang cikgu Bahasa Melayu aku beri masa sekolah dulu. Punyalah penat memikirkannya. Ingatkan buah..rupanya kuih, kuih traditional.

Jadi mintak izin ya Cik ke Puan...tak pasti. Norhayati Ahmad. Comel and putih orangnya.

Onde-Onde - Buah Melaka

Sumber dari : Journey to remember
Owned by     : Norhayati Ahmad

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2  ketul gula melaka ( saya pakai 2 keping gula nisang )
1/2 biji kelapa parut ( ambil bahagian putih sahaja)

Cara membuatnya :

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga 
    adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan
3.Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila bebola pulut itu timbul, angkat dan toskan dalam tapisan,
7. Golekkan bebola pulut itu di atas kelapa parut yang sudah dicampur sedikit garam.
8. Hidangkan.


Yang bestnye...kuih ni. Bila kita gigit, air gulanya tu mengalir. Aduhhhhh...sedap. Rasa gula tu lemak manis. Kena dengan kelapa dan pulut. Lengkap secara rasa. 

Terkenang ketika aku berpantang anak bongsuku. Di bulan puasa ketika itu. Semua anak-anakku yang tinggal di asrama balik. Mereka sepakat untuk membuat kuih ni untuk berbuka puasa. Yang kakak berdua tu bukan main sibuk di dapur. Abang yang tua tumpang sama. Seronok dan riuh rendah dapur dibuatnya.

'Ibu..ibu..tenguk Pie ni. Dia buat buah ni bentuk lonjong.' jerit adiknya. 

Abangnya kata, ' Bu..Pie nak buat spaceship lah bu.'


Dalam berpantang tu, aku turun ke bawah. Hah...dua orang duk atas pokok sambil menangis kerana tak dibenar oleh kakak-kakak dan abangnya. Kasihan tak dapat nak bermain ( buat kuih itu bersama kerana kakak-kakaknya geli dengan airtangan adik berdua ni )

Sekarang dah besar-besar anak-anakku ini. Cepatnya masa berlalu. Oppppssss....aisey..aku terlupa. Aku dah langgar pantang. Takleh makan pulut. Adussss.



No comments:

Post a Comment