Firman Allah swt yang bermaksud....."dan Kami wajidkan manusia berbuat kebaikan kepada ke dua ibubapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempuh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
Pagi-pagi aku bergegas pulang ke kampung. Keperluan harian bondaku sudah kehabisan. Sudah menjadi tanggungjawab memenuhi harapan arwah ayahandaku dan memegang amanah Allah. Tambahan lagi aku anak sulong dalam keluarga. Berasa bertanggungjawab atasnya, segala keperluannya ku cuba penuhi. Cuma satu yang aku tidak mampu...membawa dia tinggal bersamaku. Seminggu berada di rumahku sudah tidak betah lagi mahu pulang. Dikatanya rumahku sempit. Pergerakannya terbatas. Tapi pada pandangan anak ini, sememangnya pergerakannya sudah terbatas kerana dia sudah berkerusi roda. Segalanya terpaksa diangkat dan didukung. Tapi yang dimaksudkan ialah 'the sense of belonging' tu bukan di rumahku tapi di rumahnya sendiri.
Dalam perjalanan ternampak pisang tanduk, hmmmm....kegemaranku ni selain dari pisang nangka. Payah jumpa pisang nangka sekarang ni. Jadi singgahlah beli sebatang. Tu pun tak abes. Berapa orang je kat rumah. Pisang nangka tak ada. Ganti dengan nangka. Nangka tu kegemaran orang lelakiku. Jadi adillah...dalam pengat tu dua-dua ada.
Sumber : Memandai sendiri
Pengat Pisang Nangka bersagu
( Ni lah dia. Tanduk yang boleh dipotong-potong dan dimakan. Pisang Tanduklah)
1/2 batang pisang tanduk (dipotong-potong)
6 ulas nangka ( dihiris )
2 sudu sagu biji
1 1/2 cawan santan pekat.
1 keping gula nisang
sehelai daun pandan
secubit garam
Cara saya buat :
1. Rebus pisang tanduk dengan 2 cawan air
2. Bila pisang itu kelihat separuh masak, masukkan sagu.
3. Kemudian masukkan nangka yang dihiris dan gula nisang
4. Biarkan mendidih, baru masuk santan pekat dan secubit garam.
5. Kecairan kuah bergantung kepada diri sendiri.
Nyamannya tekak ni bila pisang tanduk dan nangka meluncur masuk. Terasa biji-biji sagunya. Sambil melayan mata melihat ikan-ikan menari-nari...menayangkan ekornya yang panjang itu, tak sedar semangkuk pengat dah licin di tangan. Tak sedar berat badan perlahan-lahan menambah. Sedar tak sedar bila nak bangun kepayahan...baru tersedar betapa comelnya badan ini.
Takpe..azam 2012. Aku MESTI kuruss!!!
No comments:
Post a Comment