Ya Allah.....aku menyerahkan diriku kepada Engkau dan aku menghadapkan mukaku kepada Engkau, dan aku menyerahkan urusanku kepada Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Hmmm....pagi ni terasa macam nak kurangkan makan. Dah banyak kali berjanji pada diri sendiri. Bila makanan di depan mata, segala janji itu berkecai macam debu-debu gunung berapi. Hari ni memperbaharui janji lagi. Sarapan dengan biskut tawar aja. A good start for the day.
Nasi ke yang mengemukkan? Apatah lagi nasi goreng, nasi ayam dan berbagai jenis nasi lagi. Nasi ayam ni, kalau makannya di luar, boleh dikira dengan jari berapa kali aku memesannya. Kurang minat betul. Sanggup lagi makan benda lain. Tapi ahli rumah ni kalau berkumpul.....nasi ayam.
Kalau macam tu, aku tukar makan roti je lah. Hahahahaa...teringat cerita anak lelakiku yang belajar di luar negara. Bila anakku makan tiga keping roti, omputih tu semua terkejut. Dierang makan sekeping atau dua keping aje. Tak boleh nak dibayangkan bagaimana reaksi omputih ni jika dierang tenguk aku yang makan roti. Bukan sekeping, almost sebantal kecil tu habis. Nak-nak disapu butter dengan marmalade. Phewww....nyaman. Pepatah kata orang Labuan.
Tapi bila dah masuk tengahari.....waduhhhh. Perutku pun mula berkerongcong. Badan mula gigil. Ni yang paling aku tak suka. Bila breakfastku ringan sangat, menjelang pukul sebelas pagi, badan dah mengeletar. Pada hal bukan berdiet sangat-sangatpun. Anakku pulak dah ke dapur. Bertanyakan makanan tengahari. Apa ya yang nak dimasak hari ni? Akupun blogwalkinglah. Selalunya blog MasamManis, blog Ita yang memang terkenal di jejari bloggers. Hebat orangnya. Tenguk latest post dia...Nasi Ayam Hainan.
Malaysia memang terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk. Tidak hairan, orang Melayu makan nasi ayam, orang Cina boleh makan roti canai dan orang India makan nasi lemak. Tidak hairanlah kalau tenguk orang Cina beli petai dan makan sambal belacan.
Masa zaman aku sekolah dulu, integrasi kaum ini lebih terasa. Kawan baikku Siew Eng dan Ghanasegaran. Aku boleh menangis bila tenguk Ghana (panggilan aku padanya) memakai jubah peguamnya. Kisah hidupnya yang susah itu dikongsi dengan aku. Bila aku ada duit atau bekalan, kami makan sama-sama. Tidak timbul soal cinta ketika itu. Tak macam budak sekarang.
Sebelum aku pindah ke Labuan, setiap kali aku bersalin, dia datang melawat. Bila aku tidak ada di kampung, dia akan singgah ke rumah, menjenguk ibuku. Paling melucukan...dia sanggup melanggar pantang semata-mata kerana aku. Pada hari perkahwinannya, dia tak boleh keluar bilik. Macam kita juga, pengantin duduk dalam bilik. Tapi kerana aku datang untuk memberitahu aku akan berpindah, dia sanggup keluar. Maknya hanya mengeleng kepala.
Walaupun dia berlainan bangsa dan keturunan denganku, tetapi aku bangga melihat kejayaannya. Simbol kekuatan jiwa dan perjuangan hidup. Bersemangat melawan kemiskinan dan akhirnya mengenggam kejayaan. Ghanasegaran sekarang seorang peguam yang hebat miskipun pada suatu ketika dulu dia hanya anak kampung yang dhaif hidupnya. Siapa kata orang miskin tak boleh berjaya. Sekarang dengan berbagai bantuan sedangkan dulu rata-rata kami sakit perut kerana kelaparan. Pokoknya..'tepuk dada tanya selera.'
Laaaaaa....macam orang politik pulak dia. Berapi-api. Macam nak lelah dah nafas. Asalnya nasi ayam Hainan je. Hehehee...iyalah. Budak sekarang kalau tanya tentang orang Cina ni. Dia tau Cina aje. Tanya tentang India, dia tau orang India tu orang India aje. Tetapi Cina ni dia ada Cina Hainan, Cina Kantonis, Cina Kek dan macam-macam lagi. Perkahwinan Hainan digalakkan dengan orang Hainan je. Sebab tak mau hilang nama keturunannya. Tetapi sekarang ni tak tau. Begitu juga dengan India. Dierang ada kasta. Tertingginya Brahmin. Mereka ni tak makan benda berdarah. Tetapi bila dah majmuk..semuanya jadi rojak. Senang nak sebut dan dikenali....kita kata kita ni 1Malaysia. Itulah saranan PM kita. Macam nak berkempen je? Taklah oiiii...
Nasi Ayam Hainan
Sumber : MasamManis
By : Azlita Aziz
( tapi ubahsuai sikit mengikut keadaan dapurku )
Bahan-bahan :
Seekur ayam saiz kecil
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 inci halia (dihiris)
1 kiub ayam
sedikit garam
Cara membuat :
Mula-mula masukkan seekur ayam itu ke dalam periuk. Isikan isi sehingga tenggelam ayam itu. Masukkan bawang putih yang ditumbuk lumat, halia, kiub ayam dan sedikit garam. Rebus selama setengah jam. Angkat ayam tu dan ketepikan sekejap. Perap ayam itu dengan sedikit kicap cair dan minyak bijan. Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar sekejap. Potong ayam itu apabila masuk dimakan.
Bahan Nasi :
2 cawan nasi (saya pakai beras siam wangi - dibasuh dan ditos)
1 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih (dititik)
2 inci halia (dihiris)
1 sudu minyak bijan
Rempah tumis 4 sekawan
Daun pandan yang disimpul.
2 1/2 cawan air rebusan ayam tadi
Cara Saya Membuat :
Masukkan minyak masak ke dalam periuk. Apabila minyak itu sudah panas, tumis rempah 4 sekawan. Bila terbit bau, masukkan bawang putih yang telah dititik. Garingkan bawang putihnya, baru masukkan halia.Kemudian masukkan beras yang telah ditos dan digoreng seketika. Apabila sudah dikacau rata, masukkan air rebusan ayam tadi, diikuti dengan daun pandan. Masukkan sesudu kecil minyakbijan.Kemudian pindahkan ke dalam periuk elektriknya.
Sopnya :
Panaskan balik air rebusan tadi
Kemudian tapis untuk dapat air sop yang jernih.
Sos Ladanya :
3 biji lada merah
seulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil minyak bijan.
Blend ke semua bahan sos di atas dan rasalah keseimbangannya.
Huuuhhh....sedap rupanya nasi ayam Hainan ni. Bolehlah aku masak lagi bila anak-anak balik.
Sorilah ayam. Malu dia diambil gambar tak berbaju. Kepalanya disorok celah-celah daun salad. Oraitlah..ambk gambarpun bahagian tertentu je. Bahagian censored takpun didedahkan. Aku jaga juga auratmu itu.
Sedapnya. Yum...yum..yum...aku dah terlupa masalah berat badanku.
No comments:
Post a Comment