Hasratnya untuk menyerikan majlis perkahwinan sahabat baiknya disampaikan padaku enam bulan lalu. Sukanya dia pada cheese kekku ini sampai nak dibawa ke dalam majlis itu. Aku mengiyakan sahaja tetapi di dalam hati berfikir...macam mana hendak digubah sedemikian rupa hingga ianya itu sesuai dibawa ke dalam majlis Raja Sehari ini.
Dua minggu menjelang tarikh perkahwinan sahabatnya...mindaku sudah ligat mencari ilham. Googled gambar-gambar kek kahwin. Takde yang berkenan. Cemaslah hatiku dibuatnya. Jika di saat akhir, idea tidak ada. Ku belek-belek cupsnya. Keputusan hati sudah mahu guna yang putih tu sahaja. Aku suka putih digunakan lebih dalam perkahwinan. Baru nampak 'happening' sikit...kata orang sekarang. Dari mana datangnya istilah itu ke dalam bahasa Melayu ni? Tak faham.
Bila aku merayau-rayau di celah-celah barangan pengantin, mataku tertangkap satu riben. Hati berkenan. Telefon cik adik ni, bertanyakan tema utamanya. Temanya pink dan biru tetapi biru yang lebih utama. Orait. Dapat dah idea untuk cupcakesnya. Haii..terasa macam mak pengantin pulak. Seronoknyalah kalau aku jadi mak pengantin. Title nenek adalah. Cucu nak bertambah lagi ni.
Mula-mula nak kosong aje.... |
Bermulalah kerja-kerjaku untuk menyiapkan permintaan customer aku yang kecil molek ni. Bila dah siap, orait gak bila dipasang riben dan sekuntum bunga mawar ni. Teringat kat bunga yang orang lelakiku tersalah beli. Kita nak bunga lain, dibelinya bunga lain. Pada hal contoh dah ada.Rupanya ada guna juga walaupun tersalah beli. Teringat yang di atas....Allah swt sudah menjadikan setiap sesuatu kejadian itu ada sebabnya.
Haiii..berguna juga bunga pink biru yang orang lelakiku tersalah beli ni. |
Alhamdulillah. Tergerak hati nak buat hari Sabtu malam. Rancangan awal nak deco kek tu pagi Ahad. Eeeee...kalau tidak, nangis. Macam mana boleh siap dalam satu dua jam. Bukannya pro.. Mencebur diri dalam baking macam kura-kura merangkak. Bakers yang lain dah macam arnab. Kura-kura pulak dahlah perlahan, boleh berhenti penat sekejap, tidor bawah pokok.
Tingginya cupcakes aku di atas pentas sana.. |
Cheese Kekku di atas pelamin....menumpang seri pengantin yang bersanding |
Alhamdulilah. Dengan pertolonganMu, ku dapat hasilkan yang tidak seberapa ini... |
Melangkah masuk ke dalam dewan, menuju ke singgahsana Raja Sehari. |
Bila melihat pengantin perempuan, teringat aku pada ketika itu. Kurusnya aku. Sekarang orang lelakiku sanggup belikan Herbalife tapi begini jugalah bentuk badannya. Pernah juga teringin nak buat sesi fotografi pengantin sempena ulang tahun perkahwinan, orang lelakiku tidak mahu. Bukan dia saja...Mak Andampun nangis tak sanggup nak make-up aku. Dah gemuk, tua plak pengantinnya. Heheheee...
Merakam saat indah dalam hidup seorang wanita. Pada ketika ini, kita ibarat bunga mawar yang kembang mekar, harum lagi menawan. Tiga puluh atau lima puluh tahun kemudian.....tak terkata. Memasuki dunia rumahtangga tidak seindah yang kita angan-angankan. Anak-anak semakin bertambah, tanggungjawab semakin berat. Insya Allah...jika kita perlihara hubungan kita dengan Allah swt, DIA akan bantu mempermudahkan urusan kita.
Zaman sekarang nak memelihara hubungan rumahtanggapun kena baca buku. Buku ini hadiah dari seorang sahabat. Dierang ni mentang-mentang aku suka membaca, hari jadi aku, bukulah hadiahnya. Cubalah hadiah berlian dari Habib Jewel. Mak oiii...duniawi.
Hai..bukan mudah berkahwin ni....pengorbanan haruslah dibuat untuk mencipta kebahagiaan. Jangan mengharapkan pasangan kita membahagiakan kita sahaja, kitapun kena berusaha membahagiakan dia. Macam aku nilah...berkorban demi kebahagiaan. Dari kurus kering hingga gemuk gedempol badan dibuatnya.
Hari ni dapurku tak berasap. Makan tengahari di majlis tadi. Balik lapar. Nyesal kawal makan. Sekarang Teh 0 dengan biskut kering je. Ngee..
Anyway...thanks Myra for your order. You gave me the space to try out my creativity. Heartiest congrats to Faiza n Hubby. Happy Honeymoon to you both. And to you, Myra....bila lagi? Heheheee...
No comments:
Post a Comment