Monday, December 5, 2011

Tahu Goreng Berencah Ayam...sedapppp.


Subhanallah. Jika ada supplemen yang boleh menghilang sikap pemalas ni, mau juga aku beli dan makan empat, lima kali sehari. Hari ni, aku macam ular menyusur pokok...tersadai atas sofa sambil tenguk TV.  Aduhhh...cuaca menambahkan kemalasanku lagi. Suasana suram, sejuk dan senyap  menjadi begitu kondusif untuk mata ni. Kalau letak badan atas tilam, bantal-bantal keliling badan...mau seminggu tak bangun.


Hari ni ada temujanji. Tapi kemalasan punya hal. Sekejap lagi lah. Sekejap lagi lah. Sampai dia dah sms. Aku boleh jawab...minggu depan boleh? Dah berani pulak menangguh temujanji tu. Ini semua gara-gara kemalasan yang tiada terhingga. Ahli bomba...tolong selamatkan aku yang terjerelus dalam pasir kemalasan ni. Nak tarik badan sendiri, punyalah berat.

Tapi kalau ahli bomba tu datang,  tentu dia kata, 'Tariklah badan sendiri, Kalau badan tu cantik, nak juga saya tolong tarik.'

Sampainya hati. Maid aku ni berpuasa sunat. Malu pulak cakap. Majikannya tak puasa. Tinggallah aku dengan sibongsuku ini. Sejak-sejak masuk ke alam remaja, selera makannya,kuss..semangat. Tenguk Channel Food lagilah bertambah semangat nak makan.


Nak masak something yang simple and yet sedap dimakan. Blogwalking again. As usual aku pergi kat blog MasamManis....kerjanya kemas dan teliti. Pandai capture pic dan cari angle. Tak macam aku ni pakai petik je.  So why not try Tahu Goreng Berencah Ayam. Cicah dengan sambal lada kicap tentu sedap. Tenguk jap bahan-bahan yang perlu ada di dapurku ini.

Tahu Goreng Berencahkan Ayam
Sumber : MasamManis
By          : Azlita Aziz

Bahan-Bahan Tahu

4 keping Tahu - digoreng dengan bahan-bahan di bawah.

Tepung Jagung
Lada Sulah
secubit garam

Campurkan ke semua bahan di atas dan salutkan tepung itu dengan tahu.
Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
Angkat dan ketepikan.

Ayamnya :

1 keping daging ayam - dipotong dadu.
1 biji bawang dihiris nipis-nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis-nipis.
sedikit minyak bijan.
sedikit lada sulah.
sedikit daun bawang 
sedikit  kicap manis
secubit garam.

Cara membuat :

Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila sudah layu, masukkan daging ayam.
Bila air ayam sudah sedikit kering, masukkan kicap manis, lada sulah dan garam.
Kacau rata. Bila sudah masak, renjiskan sedikit minyak bijan.
Ambil sedikit daging ayam ini dan letakkan di atas tahu yang digoreng tadi.
Hidangkan bersama dengan sambal kicap (aku memandai sendiri)


Sebenor-benornya, aku ni bukanlah pengemar tahu. Pelik tenguk kawan yang makan tahu sumbat sampai dua tiga keping. Tapi mungkin kerana lapar. tenguk gambar tahu Ita, teringin plak nak cuba makan. Mungkin gorengnya tu tak lah segaring tahu sumbat.. Bila aku makan cicah dengan sambal kicap... fuhhhh....terangkat kepala.

Sepatah kata maidku ini, 'Waduhhh...sedap juga iya dimakan bersama sambal kicap ini..'

Tersadai aku di sofa setelah  dua keping tahu dimakan dengan begitu nyaman sekali. 
Alhamdulilah. Syukur di atas rezeki yang diberi untuk hari ini.
Esok? Hanya Allah yang Maha Mengetahui....










No comments:

Post a Comment