Tuesday, December 6, 2011

Menu dari negara Matahari Terbit..


When I first saw this dish, I was sceptical of eating it. Not even have the slightest thought of cooking it myself.  Lama cuti jadi telor bila cakap omputih. Rindu kat anak-anak murid. Bagaimanakah bakal muridku 2012? Setiap tahun dapat murid baru. Seronok juga tenguk wajah-wajah baru setiap tahun. Cuma anak murid jelah..sian tenguk muka cikgu yang lama ni. Untuk sementara itu, murid-murid.....lets enjoy our holiday.

Sehari dua ni, aku memang santai. Beli barang dapur untuk dua hari dan hari ini aku benar-benar menikmati erti cuti. Kuda aku tak bergerak seharian. Dia berehat kat garaj. Cuacapun macam kat pantai. Panas sepanjang hari. Kelihatan dari jendela kamar, langit biru dan awan memutih. Jiwa ikut sama dengan suasana cuaca. Riang dan terawang-awang di angkasa. Syukuran Ya Allah...atas kedamaian jiwa yang Engkau kurniakan padaku. Benarlah kata-kata yang selalu ku dengar...'Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.'


Dengan hati yang senang, aku ke dapur. Bukan hari ni aja senang. Hari-hari senang. Terutama hari dapat gaji. Paling senang. Nak try masak  Tahu Jepunlah. Menu dari negara Matahari Terbit. Iya ke menu orang Jepun? Orang Jepun tau tak dish ni? Tak pasti pulaklah. Haii..dah lama Jepun meninggalkan negara yang dijajahnya. Tetapi orang kita tetap mengenangnya dalam kehidupan seharian. Betul tak? Selipar Jepun, Tahu Jepun....ada lagi tak? 

Tau tak nak masak Tahu Jepun ni? Tak tau. Apa susahnya...kalau dulu ada buku resepi. Sekarang di alam maya lagi banyak resepi.  Klik saja di komputer, keluarlah resepinya. Saya belajar masak Tahu Jepun ini dengan tunjukajar oleh guru alam maya iaitu dari My Resepi.

TAHU JEPUN
Sumber : My Resepi

Bahan-bahannya :

2 paket tahu Jepun dipotong bulat ( ikut suka kita )
1 inci halia (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 kiub perasa ayam 
1 biji telur
sedikit air
sedikit tepung jagung

Cara membuatnya:

1. Tahu Jepun yang dipotong bulat itu digoreng dan diketepikan.
2. Tumis halis dan bawang putih hingga garing.
3. Masukkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan tahu Jepun yang telah digoreng tadi.
5. Kemudian masukkan kiub perasa ayam.
6. Masukkan air

(* Kuahnya ikut selera sendiri, nak cair atau pekat. Jika mahu pekat, 
 masukkan tepung jagung.)


Wowww...sedap rupanya. Puas hati bila makanan dimasak sendiri. Lebih sedap dari yang di luar.  Tak hairanlah orang lelaki lebih suka makan di rumah. Memang dari awal, tiada tarikan bila melihat Tahu Jepun ni tetapi saya belajar masaknya ni sebab anak dara saya suka sangat. Dah tahu ni...Lain kali bolehlah buat lagi.

Lama tak keluar dari rumah...sampai jiran setamanku, Mrs. Ping datang menjenguk. Keliling rumah, dia pusing. sampai ke dapur dia mencari aku yang tengah syok melepak kat dalam rumah ni. Privacy is trully a bliss...






2 comments:

  1. Salam Sarimah
    Selamat pagi...
    Tauhu Jepun ni kegemaran ita dan keluarga.. memang suka sangat makan sebab dia lembut kalau makan tu macam tak berasa aje..

    Nanti ita nak cuba resepi ni lah nampak sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. Wslm Ita...looking forward to your creation plak.

    ReplyDelete