Tuesday, December 6, 2011

Bersarapan Semosa Roti Berinti Daging....


Allah Maha Besar dengan kebesaran yang sesungguhnya, segala puji bagi Allah dalam sebanyak-banyaknya dan Maha Sucilah Allah pada pagi dan petang. Sesungguhnya aku menhadapkan diriku kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi dengan hati yang penuh kesedaran dan kerendahan hati.

Dari semalam aku merancang untuk bersarapan roti. Aku pernah memiliki satu buku resepi khas untuk roti sahaja. Tetapi bila berpindah-pindah, buku itu hilang tanpa dikesan. Ada dua resepinya yang mudah yang aku masih ingat walaupun berbalam-balam ingatanku macam pulau yang jauh di tengah lautan.


Semosa Roti Berinti Daging
Sumber :  Daya ingatanku
( jika ada dengan orang lain, itu kebetulan saja.)

Masak Inti Dagingnya.
Bahan-bahannya :
300gm daging hancur.
2 biji kentang dipotong, dadu kecil-kecil.
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris halus-halus
sedikit kicap.
sedikit rempah kari.

Cara membuatnya :
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu..
4. Masukkan sedikit kicap untuk mengelapkan sedikit warna daging tu.
5. Masukkan rempah kari jika suka.
6. Akhir sekali masukkan garam dan kacau hingga daging empuk dan masak.
7. Angkat dan ketepikan.

Rotinya :
6 keping roti tawar yang dipotong tepinya.
Leperkan tepinya dengan kayu pengelek.
1 biji telur - dipukul dengan garpu.

Cara Membuat :
1. Ambil sekeping roti dan isikan inti didalamnya.
2. Kemudian lipat dua hingga ia membentuk tiga segi macam semosa.
3. Rapatkan tepinya dengan sedikit tepong yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Celupkan roti itu ke dalam bancuhan telur yang dipukul tadi.
5. Goreng hingga kekuningan dan angkat.

Hidangkan dengan sos lada 


Wowww...anak bongsuku makan sampai tiga keping. Menjelang tengahari, sementara aku memasak, dia makan lagi dua. Bila anak masuk masuk remaja, selera makan mereka bertambah. Dulu kalau bab makan, menangis disuruh makan. Akupun senang hati melihat dia makan dengan berselera.


Seronok hidup ini agaknya kalau aku tak bekerja? Boleh sedia sarapan pagi, kemas rumah, sapu sampah, masak, baking, berkebun bunga dan macam-macam lagi. Kemudian blogging. Hehehee..Tak pasti. Ada tak kawan-kawanku yang macam ni? Bahagia hidup...

Tetapi bagaimana keadaan hidup kita sekalipun, nikmatilah dengan penuh syukur. Hirupilah udara yang segar, rasailah kehangatan matahari, lihatlah dunia yang berwarna-warni, dengarilah beburung yang berkicauan. Anugerah Allah swt pada kita tidak ternilai.






No comments:

Post a Comment