Wednesday, December 7, 2011

Mulakan Hari Anda dengan Rolls...


Ya Allah...kami menghadapMu dan mengharap kasihanMu. DariMu sumber segala kebaikan dan kebahagiaan. Hamparkan Yaa Allah tangan kemurahanMu..

Matahari memancar dengan terangnya. Melimpahi cahayanya ke seluruh alam. Terbentang langit yang cerah menaungi bumi. Seluruh alam begitu ceria menyambut hari baru. Jadi aku mahu mulakan  hari baruku ini dengan sarapan yang memberi tenaga. Kabohiderat, vitamin dan protein.

Aku tidak menggalakkan pengambilan junk food walaupun sekali sekala aku ada memakannya tetapi tidak untuk anak-anakku. Untuk itu aku pastikan roti perlu sentiasa ada samada roti bantal atau buns. Untuk minggu ni stok roti berlebihan. Aku beli roti dan anakku juga beli roti. Dua paket kecil dan satu paket bonanza. Kenalah bersarapan roti setiap hari dan akupun kenalah kreatif memikirkan roti apa yang  nak disajikan di meja pagi.


Sandwich Rolls

Bahan-bahannya :
8 keping roti
300gm daging campur atau ayam
sedikit salad (pilihan)
sedikit bayam (pilihan)
sedikit tauge(pilihan)
1 biji bawang besar(dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia(dihiris halus)
sedikit rempah kari
sedikit kicap
sedikit tepung jagung
sedikit air

Cara memasak intinya :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih serta halia hingga terbit bau.
2. Masukkan daging 
3. Masukkan rempah kari dan kicap, kacau rata.
4. Apabila daging sudah masak, masukkan sayur.
5. Akhir sekali masukkan sedikit garam.

Cara membuat roti :
1. Leperkan roti dengan pengelek.
2. Ambil 2 keping roti untuk jadikan satu keping yang panjang.
3. Cantumkan kepingan itu dengan tepung jagung yang dibancuh dengan air tadi.
4. Letakkan intinya di atas roti dan gulung.
5. Habiskan ke semua roti dan akan dapat 4 keping sandwich rolls.
6. Bungkus sandwich rolls itu dengan pembalut  plastik dan simpan di dalam peti ais 
    selama 1 jam. Lagi baik semalaman. Esok potong dan terus makan.


Roti rolls ini lebih sedap kalau dibuat dari sebantal roti dan dipotong melintang. Payah nak jumpa sekarang. Masa anak-anak kecil, duduk kampung....ada kedai kecil yang bakar roti pakai ketuhar lama. Selalu minta dia potong melintang. Jadi rollsnya akan jadi lebih tebal dan besar.

Pagi ni tinggal aku berdua dengan sibongsu. Maidku berpuasa. Apa lagi...duduk di atas bola besarnya itu, dia mengunyah sandwich rolls ini sambil menonton History Channel. Seronoknya...jadi si bongsu.





2 comments:

  1. Salam kak, nampak sedap roti gulung nie.

    ReplyDelete
  2. Wslm Rohah..tq. Cubalah untuk hidangan keluarga. Lebih sedap kalau dimasukkan inti sayur bayam. Resepi asalnya.

    ReplyDelete