Saturday, September 24, 2011

Meehoon goreng Singapore

 Assalamualaikum semua...

Buat apa tu? Tentunya memasing tengah sibuk di dapur ketika ni. Di hujung minggu begini, bagi yang ramai ahli keluarga, tak menang tangan ibu dibuatnya. Pelbagai aktiviti dirancang maka pelbagai masakan yang hendak disediakan. 

Para ibu tetap berusaha menyediakan segala menu yang diminta. Segala kepenatan dan kepanasan di dapur terhapus bila melihat ahli keluarga berselera menikmati masakan kita. Begitu indah ciptaan Allah swt pada  kaum Hawa yang memiliki jiwa yang halus, penuh kasih sayang dan pengorbanan.

Saya pula..santai aja minggu ni. Hujung minggu yang lapang. Bukan selalu dapat hujung minggu yang selapang ini. Ahli keluarga yang ada di rumah ni pun tak ramai. Semua dah balik ke tempat mencari rezeki memasing. Jadi saya sediakan hidangan yang simple dan jimatkan masa di dapur. Saya mencuba meehoon goreng Singapore.


Resepi ini mudah aje bagi mereka yang handal di dapur. Tapi  berguna bagi adik-adik yang baru mendirikan rumahtangga. Baru-baru kawin ni tentunya excited nak sediakan masakan, hasil tangan seorang isteri untuk suami tersayang. Tapi beberapa tahun kemudian, " Bang, kita makan luar jelah. Mah, penatlah hari ni...' Heheheheee....


Resepi ni bukan original dari saya sebab saya bukan rakyat Singapore. Saya ambil dari adik Dek_Ma. Terima kasih ya Dek_Ma. Sedappp!!! Sekejap dah habis. Boleh buat lagi lah kiranya tu.. Kepada adik-adik atau ibu-ibu  ingin mencuba, bolehlah semak senarai  bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana memasaknya.


Bahan2:
  • 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
  • 1 cawan udang basah
  • 1 keping dada ayam-hiris nipis2
  • 1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 batang carrot-di parut kasar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 2 biji telur
  • Minyak secukupnya
Cara saya buat :
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan udang dan ayam.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam.Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
  • Gaul sebati hingga masak.Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap..

Berasap-asap dapur tadi. Hah...nilah dia hasilnya. Mungkin rupanya tak sama dengan Dek_Ma.  Jika diberi kepada 10 orang, satu resepi dengan bahan dan cara memasak yang sama, pasti hasilnya 10 macam rasa dan rupa yang berlainan. Itulah namanya air tangan. Jadi, marilah kita gunakan kelebihan air tangan kita buat keluarga tersayang. Jom..cuba-cubalah. Tu...cikgu-cikgu saya yang nak kawin tu....cepat buat!


No comments:

Post a Comment