Tuesday, September 27, 2011

Cornflakes Honey Cups

Assalamalaikum semua....

Apa khabar semua? Harap-harap sihat dan tidaklah seperti saya. Kebelakangan ini saya letih. Adakah kerana berpuasa Isnin, letihnya membawa ke hari ini? Almaklum bila usia sudah menjelang senja...pelbagai nikmat ditarik Allah swt perlahan-lahan. Kalau dulu saya lincah di dapur, sekarang ni pergerakan terbatas. Mengangkat benda-benda berat, adakalanya tak sempat tunggu tenaga lelaki. Kalau merajuk dengan suami, almari besar dan katil yang berat boleh diangkat macam Si Badang. Tu tika merajuk........

Nak kejadi cerita buat kudapan ni di malam-malam begini, anak perempuan bongsu sayalah. Datang dari dapur dengan sekotak cornflakes. Dah lama dia bercakap nak buat. Tapi nak juga tunggu saya. Janji lepas saya tuition malam nanti. Turun aje ke bawah, semuanya dah menanti. Dalam kelat-kelat mata yang dah mengantuk..dibuat jugalah  dengan bantuannya.



Buat kudapan ni...senang sangat. Sambil ngantukpun boleh buat. Resepi ni sesuai bagi remaja yang ingin hendak mula belajar-belajar memasak. Bahan-bahan yang diperlukan di bawah ni tak semua saya ikut sebab anak saya tak suka letak kacang dan kismis. Kalau kacang badam bolehlah. Tapi yang siap hirisan badam takde. Kenalah panggang dan potong-potong kasar. Pecah biji mata saya ni kalau nak buat tu seme. Jadi ceri ajelah ya..

Bahan-bahan A
200 gm mentega
150 gm gula
4 camca besar madu

Bahan-bahan B
200 gm Cornflakes
100 gm kacang badam (dipanggang), dihiris kasar-kasar
100 gm kismis
60 gm ceri merah, dicincang
60 gm ceri hijau, dicincang

 Cara saya buat :

Mula-mula saya cairkan mentega bersama gula dan madu. Dikacau hingga pekat likat. Matikan api. Kemudian masukkan esen vanila. Lepas itu masukkan bahan B dan gaul sebati. Sudukan aduan tadi ke dalam kertas cawan yang kecil dan bakar dengan suhu kepanasan 160C selama 10 minit. Lepas tu......jadilah seperti di dalam gambar di bawah ini.


Bila dah sejuk, sebelum masuk ke dalam bekas-bekasnya...sayapun suruh mereka berposing depan kamera saya sekejap. Berbagai-bagai aksi dibuatnya. Cuma selepas diedit sana-sini, yang bertuah saja yang terpilih untuk keluar dalam blog saya ni. Selesai saja sessi shooting ni, tenguk-tenguk anak bongsu perempuan saya dah senyap. Tinggallah saya dalam kepekatan malam. Di luar sana, dah terdengar desiran angin. Langsir-langsir saya dah melayang-layang ditiupnya Pintu-pintu dan tingkap bergegar. Tanda-tanda macam nak hujan. Hmmm...sedap tidur malam ni. So everyone....good nite n sleep tight.




No comments:

Post a Comment