Wednesday, October 26, 2011

Ais Jeli Raspberi

Assalamualaikum....
.....masih bercuti lagi bagi sebahagian anak-anak yang bersekolah. Isnin depan baru sekolah dibuka. Bagi sekolah saya, esok dah sekolah. Kenapa? Sebab kami rajin. Ece..ceh..masuk bakul angkat sendiri. Hahahaa...

Walau bagaimanapun, bagus juga dibuka sekolah cepat. Dapatlah cikgu-cikgu membuat ulangkaji  dalam tempoh tiga hari ni sebelum peperiksaan akhir tahun bermula pada hari Selasa. Takkan nak beraya lama...orang lain raya, kita pulak yang lebih. Lain bunyinya? Jeleslah tu tak dapat cuti panjang macam orang lain. Hahahaha....


Seronok menghabiskan cuti akhir Deepavali ni dengan menyediakan minuman ni. Ais Jeli Raspberi. Orang lelaki saya sibuk bertanyakan air. Kalau dia tanya begitu,  taulah saya,air apa yang dia mahu. Resepi air ni pun sudah lama ditenguk-tenguk, ditenung-tenung, hari ni baru dapat cuba.


Lepas makan tengahari, memang sedap dan lengkap hidangan tu bila dihidangkan dengan minuman sebegini. Kebetulan adik saya datang dengan kawannya. Hmmm...langkah kananlah, kata orang tua-tua.


Ohhh...hampir terlupa nak share resepi tu kat sini. Tapi sebenarnya resepi asal guna strawberi. Saya guna raspberi. Rasanya pun lebih kurang aja. Strawberi masam sikit. Raspberi ni ada yang manis dan ada yang masam.



Resepinya :
Diadaptsi dari Majalah Sedap

Bahan jeli raspberi :
300ml air
1/2 bungkus jeli segera
30ml sirap raspberi
50gm raspberi, dipotong dua

Bahan air :
200gm nata de coco
1 susu teh selasih
1 tin isi buah mata kucing
1 tin kotel buah-buahan

Bahan sirap :
1000ml air
5cm kayu manis
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan air perahan lemon

Bahan pelengkap :
400gm ais kisar
200gm susu pekat

Cara membuatnya :
1. Jeli : letakkan sepotong raspberi di dalam acuan ais 
    separuh bulat
2. Rebus air, jeli segera dan sirap raspberi sambil dikacau
    sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan. Bekukan.
3. Rebus bahan sirap sehingga mendidih di atas api kecuali
    air perahan lemon. Kacau rata. Masukkan air perahan
    lemon. Kacau rata.
4. Masukkan nata de coco, selasih, buah mata kucing dan
    kotel buah-buahan. Sejukkan.
5. Hidangkan jeli ais buah bersama air kisar dan susu pekat 
    manis.


Hilang penat bila hasil tangan kita dimakan orang dengan seleranya. Berbaloi. Insya Allah...adalah ganjaran yang disediakan oleh Allah untuk kita, kaum wanita. Berkhidmat untuk keluarga tanpa pencen. Maknanya tu...tak ada duit pencenlah. Hai nasib wanita.....tapi pahala banyak jika kita ikhlas. 


Macam biasalah...dah siap masak, shooting pun bermula. Tapi kali ni krew saya yang sorang ni dalam pantang. Bukan pantang bersalin. Pantang berpotong. Shhhh...cakap perlahan-lahan sikit. Nanti ada orang malu. So hari ni sayalah pengarah, prosedur dan krew. Hero dan heroin ikut aje. Senang arah diorang ni. Dengar kata. Menitik peluh dibuatnya. Berapa shot ambk dah. Shoot, cut, shoot, cut. Bukan mudah jadi pengarah ni ya....jadi cikgu jelah! Heheheee.....






No comments:

Post a Comment