Tuesday, October 4, 2011

Sebiji Kek Tanda Kasih dan Ingatan....

Kek Choklat Lembap untuk harijadi tersayang.


Asalamualaikum...
.........tentunye memasing sudah nyenyak dibuai mimpi indah. Sedangkan diri ini baru selesai menyiapkan tempahan kek harijadi. Ditempah istimewa buat anak tersayang. Sebiji kek tanda kasih dan ingatan pada hari yang begitu bersejarah. Hari anaknya dilahirkan, penyeri hidup, pengikat kasih. Bagi diri ini pula, sepanjang membuatnya, bibir sentiasa basah menyebut kalimah Allah...moga setiap suapan membawa berkat dari Illahi.


Memenuhi permintaan, diletakkan edible image yang memang menjadi kegemaran anak-anak kecil perempuan. Moga kecantikan seorang gadis itu adalah seperti sekuntum bunga mawar yang berduri. Indah dipandang mata, wangi dihidu, cantik di jambangan tapi pabila disentuh terkena duri. Namun begitu tinggi nilainya. 



Terima kasih Cikgu Fauzi kerana percaya dan sudi menempah dengan diri ini yang ilmu tak seberapa, kemahiran hanya sedepa. Selamat Hari Jadi, Hidayah. Moga dirimu menjadi jambangan bunga mawar yang indah terpelihara di dalam taman Cikgu Fauzi.


No comments:

Post a Comment