Tuesday, October 4, 2011

Mee Hailam


Assalamualaikum ibu-ibu...

Bila hari-hari duk tanak nasi.....masih boleh lagi ke, kita kata menanak nasi, ya? Saya ni bukan cikgu bahasa. Maka kurang arif dalam tatabahasa ni. Nama je orang Melayu. Tapi matapelajaran bahasa di sekolah disebut Bahasa Malaysia, bukan Bahasa Melayu. So saya tau bahasa Malaysia bukan bahasa Melayu. Tau sikit-sikit ajelah bahasa melayu ni. Marahlah orang Melayu kat saya. Pepatah kata Tun Mahathir Mohamed, orang Melayu selalu lupa. 

Lari dari tajuk perbualan asal lagi....bila hari-hari duk memasak nasi, tetiba teringin nak makan mee yang ade rasa masam, masin dan manis. Rasa sebegitu, bagi saya..ada dalam Mee Hailam. Saya belajar  buat mee  ni ketika saya di Terengganu. Jiran saya, anak-anak dara yang comel lote yang ajar saya ni. Apa khabar mereka semua tu? Dah lost contact, kata orang puteh. Tapi pahala tetap akan mengalir kepada  mereka, setiap kali saya menyediakan resepi ini untuk keluarga.
                                                                      

Resepi saya :

1 kg mee kuning
1/2 kg udang basah ( besar)
*Ambk sebahagian kulit udang, digoreng dan diblend.
3 ekor sotong basah (besar)
1 keping dada ayam 
sedikit air rebusan ayam
1 biji lada Benggala merah dan hijau, dipotong tiga segi.
6 keping cendawan tiram, dihiris
seikat sawi ( saya tak suka kobis )
semangkuk cina taugeh ( suka taugeh, bagus untuk wanita)
Tomato di belah 4  (untuk hiasan)
Daun bawang dan daun sop (untuk hiasan)
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
*5 biji bawang merah, digoreng kemudian ditumbuk lumat.
*3 camca besar sos tiram
*2 camca besar sos lada hitam
*1/2 camca teh minyak bijan
*1 camca besar kicap pekat
*3 camca besar air juice asam jawa
1 camca besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
*sedikit garam dan gula.

P.S : Saya satukan bahan-bahan yang bertanda *

Cara saya :
Tumis bawang putih yang ditumbuk lumat tadi. Apabila terbit bau, masukkan ke semua bahan-bahan yang bertanda *. Tumis sampai terbit minyak. Baru saya masukkan udang, sotong dan ayam yang sudah direbus memasing awal-awal kecuali udang. Apabila kulit udang sudah berubah warna dan kelihatan garing, barulah saya masukkan meenya. Mee tu selalunya saya siram dengan air panas atau jelur sekejap untuk hilangkan minyak dan rasa kapurnya. Selepas itu, saya masukkan sawi dan taugeh. Akhir sekali saya masuk air stok ayam dan bancuhan air tepung jagung. Pastu rasalah untuk seimbangkan masam, masin dan manis itu. Hiasilah dengan tomato serta daun sop.

Selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin mencuba variasi Mee Hailam saya ni.
Jangan lupa bagi saya rasa sikit, ya?


·  

No comments:

Post a Comment