Wednesday, November 9, 2011

Chicken Chop with Baked Beans

Assalamualaikum.....
 Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt di atas kekayaan yang telah dikurniakanNya kepada rakyat Malaysia di mana perut sentiasa kenyang dengan pelbagai jenis makanan. Restoren serta gerai bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Suasana lebih ceria dan meriah di waktu malam. Makan lewat malam atau supper....kata omputih sudah menjadi amalan biasa di kalangan kita. Amalan inilah yang menyebabkan rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. 

Image dari Google

Obesiti di kalangan murid sekolah merupakan isu yang hangat diperkatakan di media massa pada suatu ketika dulu. Dalam hal ini, guru juga turut terheret dalam permasalahan obesiti murid. Sian cikgu. Tak lulus, salah cikgu. Ponteng sekolah, salah cikgu. Murid obesepun salah cikgu.  Katanya, kerja cikgu ni banyak pahala. Tetapi ketahuilah....... pahala itu sukar dikutip kerana kita pasti berdepan dengan ujian dan cabaran.

image dari Google
Apapun ibu-ibu....masalah obesiti ini perlu ditangani oleh semua pihak. Ibubapa, guru-guru, badan-badan kerajaan dan juga NGO perlu memainkan peranan masing-masing daripada saling menuding tangan dan melepaskan tanggungjawab ini ke atas bahu sebelah pihak sahaja. 


Walau bagaimanapun, jom tenguk apa yang saya nak share kali ini. Chicken Chop yang simple ni kerap juga diminta oleh famili untuk sarapan pagi. Kitorang suka makan dengan sos baked beans. Ada yang suka makan dengan sos cendawan dan ramai yang makan dengan sos black pepper. Terpulanglah pada selera masing-masing.

Resepinya :

5 keping dada ayam (diketuk-ketuk dulu)
10 keping biskut tawar (Cream Crackers) - diblend atau tumbuk halus.
2 biji telur

Bahan perap :
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dicincang halus)
1 sudu sos Lee & Perrins (saya tak pakai)

Cara membuat :
1. Dada ayam itu diketuk-ketuk rata.
2. Perapkan semalaman dengan bahan perap.
3. Cucuk-cucuk daging itu dengan garfu supaya dapat
    menyerap bahan perap.
4. Celupkan dada ayam itu di dalam adunan telur yang 
    dipukul sedikit.
5. Salutkan dengan tepung biskut dan goreng secara 
    'deep-fry'.

Sos Baked Beans

Bahan :
1 tin kacang panggang
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
1/2 sudu tepung jagung.
sedikit garam dan gula

Cara membuat :
Mula-mula tumis bawang besar dan halia hingga terbit bau. Selepas itu masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata. Kemudian masukkan kacang panggang. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Boleh juga tambah sedikit air mengikut kepekatan sos yang ibu-ibu mahu.Masukkan garam mengikut rasa dan gula jika mahu.


Ibu-ibu tak perlu teragak-agak mencuba. Insya Allah...akan menjadi. Sedap? Hmmmm....sama di restoren tu. Bezanya, persembahannya iaitu cara menghidang dan tempat makan. Cuba ibu-ibu hidang ikut gaya hotel sikit...meja makan tu dihias serta semarakkan suasana makan tu seperti di taman, di gazebo atau di patio....memang sedapppp. Tidak sedar berapa ketul ayam tu masuk ke dalam perut kita. Hah....jangan lebih-lebih. Nanti obese!




2 comments:

  1. sedapnya makan chicken chop.mmg betul2 sedar2 dah berapa keping masuk mulut :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    sedanya nampak chicken chop tu...dh tk yah mkn nasi lagi...hmmmm...enak!

    ReplyDelete