Assalamualaikum......
......pagi ni awal-awal dah hujan. Rahmat dari Allah swt. Menyejukkan bumi, menyegarkan udara serta menyuburkan tumbuh-tumbuhan. Kitapun turut merasai menikmati pemberian ini dari Allah swt. Syukran Ya Allah.
Sementara nak masuk dapur, saya ambil peluang dengan kelapangan masa ini, cuti yang tinggal sehari untuk post satu entry di blog saya. Berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang melawat blog saya.
Ibu-ibu,
.....dari hasil pembacaan komen samada di blog atau FB, terdapat komen-komen yang menyatakan bahawa mereka tidak pandai membuat sesuatu resepi itu. Malahan ada di antara mereka yang merasa rendah diri kerana kurang mahir dalam bidang ini. Lalu saya terfikir untuk memberi sedikit buah fikiran saya mengenai isu ini.
Ibu-ibu lihat choklat ini. Inilah choklat yang saya buat kali pertama dan tidak pernah buat lagi setakat ini. Buat inipun tergesa-gesa...tak pernah menyertai kelas pembuatan choklat. Ketika membuat ini.....niat saya untuk bekalan cucu tersayang pulang ke Kuala Lumpur. Biarpun tidak sehebat dan seterror ( rosak bahasa ) dengan mereka yang terror....tapi memadailah untuk keluarga kita.
Cupcakes yang tidak seberapa tapi hati tersenyum lebar. |
Nawaitu saya ketika keluar belajar membuat kek adalah untuk anak-anak dan cucu-cucu saya ataupun cicit saya. Itupun jika dipanjangkan usia dan kudrat masih ada buat mereka. Memadai dengan niat membuat sesuatu itu untuk keluarga. Menyediakan sesuatu makanan dari air tangan kita sendiri. Biarpun tidak seindah dan sehebat mereka yang di luar sana, memadailah untuk hidangan orang-orang tersayang kita. Pada masa yang sama, jangan putus asa. Tingkatkan usaha dan rajin-rajin mencuba. Pasti tukang-tukang masak dan chef yang hebat bermula dengan kekurangan seperti yang kita miliki.
Tidak pernah pergi kelas cupcakes so cupcakes saya comot dan tidak cantik tapi oraitkan ? |
Maka ibu-ibu tidak perlu rasa malu atau segan dengan hasil tangan yang tidak seberapa. Lihat gambar cupcakes saya di atas. Tidak cantikpun. Ini adalah cupcakes pertama saya. Untuk cucu saya. Pengkritik makananpun kehilangan idea untuk mengkritik cupcakes saya yang sebegini rupa. Tetapi bila tenguk cucu kita makan dan menghabiskannya, nilaian pujian atau kritkan orang maupun wang ringgit tiada nilainya.
Baru cuba-cuba belajar menghias cupcake. YouTube sumber saya. |
Kita tak perlu bandingkan diri kita dengan mereka yang hebat. Kalau kita sendiri sudah pandaipun, tidak perlu bersaing atau cuba menunjuk-nunjuk kepandaian kita. Pastinya yang hebat itu ada lagi yang hebat. Yang paling hebat tentunya ada yang MAHA Hebat iaitu Allah swt. Segala ilmu masakan ini adalah datang dariNya, diberi kepada hambaNya mengikut kehendakNya. Yang ini diberi sedikit, yang ini diberi banyak, yang itupula diberi hebat. Dan ada yang tidak diberi langsung tapi jika dicuba dan diusahakan akan memperolehi ilmu itu.
Rajin mencuba tangga kejayaan. |
Justru itu, ilmu lebih diberkati bila berkongsi. Kita saling memberi dan menerima. Saling menunjukajar dan bertukar idea. Bukan untuk menunjuk diri pandai tetapi berkongsi ilmu dan idea. Di sini, saya telah mencuba kek choklat, idea dari Puan Nordiyana. Saya buat kek ini untuk hari jadi cucu saya. Kata Nordiyana, keknya mudah dan simple. Tak perlu perlu pakai mixer. Jest kodek-kodek aje. Jadi saya namakan kek choklat saya ini Kek Choklat Nordiyana.
Kek Choklat versi Kukus, Nurdiyana |
Kek Choklat (kukus atau bakar)
sumber : Kongsi Resepi Sedap
by : Nurdiyana Abdul Rashid
Resepinya :
Resepinya :
Bahan A
2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula halus
1 sd teh garam
2 sd teh baking powder
2 sd teh soda
(semua diayak)
Bahan B
1/2 cwn minyak
1 cwn susu cair
2 biji telur
(digaul sebati)
Bahan C
1 cwn air panas
Cara membuatnya :
2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula halus
1 sd teh garam
2 sd teh baking powder
2 sd teh soda
(semua diayak)
Bahan B
1/2 cwn minyak
1 cwn susu cair
2 biji telur
(digaul sebati)
Bahan C
1 cwn air panas
Cara membuatnya :
1. Ayak bahan A dan letakkan ketepi dahulu.
2. Satukan kesemua bahan B dan gaulkan sebati.
3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
4. Apabila Bahan A dan B sudah sebati, masukkan Bahan C.
5. Boleh dibakar atau dikukus. Saya memilih untuk kukus.
6. Kukus 1 jam
7. Jika dibakar, suhu 130 C selama 30 minit.
* Kek ini saya layerkan dengan chocolate whipping cream
jenama RICH. Saya letak chocolate jejari di atas cream tu.
Sedaapppp...
4. Apabila Bahan A dan B sudah sebati, masukkan Bahan C.
5. Boleh dibakar atau dikukus. Saya memilih untuk kukus.
6. Kukus 1 jam
7. Jika dibakar, suhu 130 C selama 30 minit.
* Kek ini saya layerkan dengan chocolate whipping cream
jenama RICH. Saya letak chocolate jejari di atas cream tu.
Sedaapppp...
Kesimpulannya ibu-ibu, buangilah jauh-jauh rasa rendah diri.
Rendah diri tidak patut wujud dalam diri kita. Yang patut ada
ialah rendah hati. Itu sifat terpuji. Usaha didik diri kita untuk
rajin mencuba dan menimba ilmu walaupun diri kita sudah
tua dimamah usia. Pada masa yang sama, hindari sifat iri
hati serta dengki khianat dengan kehebatan kawan-kawan
kita. Usah juga kita mendabik dada dengan kehebatan kita
kerana apa yang kita miliki itu mungkin anugerah atau ianya
juga mungkin musibah (ujian Allah)
So.....teruskan usaha ibu-ibu untuk meningkatkan ilmu
memasak. Insya Allah...pasti berjaya.
Kepada mereka yang rajin berkongsi ilmu, teruskan usaha
murni anda itu kerana ianya sifat terpuji.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment