Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum ibu-ibu...
.......apa khabar? Dah seminggu saya tidak buka blog. FBpun sebentar cuma. Tempahan cheese cake, versi saya mengikatkan masa saya untuk blogging. Alhamdulillah. Hobi ini menjadikan rezeki tambahan buat saya. 

Saya mencuri masa untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua.


........kebelakangan ini hari berwajah suram. Langit kelam bermuram durja. Namun kedukaan langit itu janganlah diambil hati hingga mencorakkan wajah hati kita pula.

......jiwang saya eh. Sebenarnya sejak dahulu kalapun  saya memang jiwang. Kata orang sekarang. Kata orang sastera pula, berjiwa puitis.


Ibu-ibu.....apapun cabaran yang kena tempuhi dalam hidup kita walaupun segentir  mana sekalipun, usahalah agar wajah kita tetap tersenyum dan ceria. Bak pepatah mengatakan........bibir tersenyum , hati menangis. Jiwang lagi..

Tetapi seriously saya ingin berkongsi ilmu dengan ibu-ibu....bila kita gembira, badan kita akan turut menikmati kegembiraan itu. Maka kita akan awet muda dan sihat sejahtera. Ketika saya membaca maklumat ini, terasa  ingin dikembalikan saya ke usia muda agar saya boleh mempraktikkan petua ini. Namun tidak terlewat bagi ibu-ibu serta adik-adik untuk mengamalkan gaya hidup sihat wanita ini.



Banyaknya kerja dapur yang nak dibuat. Dalam perancangan sudah bersusun. Nak buat birthday kek untuk cucu dan anak bongsu saya. Nak buat kek kukus buah kerana menantu saya suka. Nak buat puding roti pelangi, kegemaran anak dara saya. Cheese kek, nasib baik banyak tempahan. Boleh tumpang yang sendiri punya. Itu kegemaran anak perempuan saya yang tengah berbadan dua. Mampu tak saya buat ni dengan badan yang sudah kurang tenaga. Mudahan, dengan izin Allah.



 Insya Allah....sempena Hari Raya Qurban ni...ibu-ibu berkorban masa dan tenaga di dapur. Jadi jika tidak mampu 'buat Quran', usah bersedih. Qurban itu sendiri luas pengertiannya. Berkorban masa, tenaga dan material untuk anak-anak dan keluarga semata-mata mengharapkan keredhaan Allas swt itu juga korban.



Ibu-ibu...,
kek ini ditempah oleh seorang ibu yang masih dalam pantang bersalin. Tetapi Allah menguji imannya dengan mengambil anaknya sebaik sahaja dia selamat melahirkannya. Dalam keadaan berdukacita ini, sempat lagi dia sms saya untuk buat apa-apa kek sempena hari jadi suaminya.

Ketika saya menghantar kek ini...suaminya belum pulang. Sedih sayu hati saya mendengar kekuatan dia menghadapi ujian Allah ini. Dia meminta saya menulis di atas kek....kata-kata yang dapat mengambarkan situasi yang dialami. Macam-macam idea yang keluar. Kawan serta anak sayapun turut memberi ilham masing-masing. Masih panjang. Saya nak ringkas, padat dan memberi makna kepada suami bila dia membacanya. Alhamdulillah...ilham datang ketika saya memandu pulang dari kerja. Last minute idea. 



Beberapa jam kemudian, dia sms saya. Suaminya sangat gembira dengan kejutan yang dibuat. Suaminya siap pergi gunting rambut, balik dari kerja. Tak sangka dalam keadaan berdukacita, isterinya masih mampu mengembirakan hati suaminya. Inilah sebahagian contoh korban, ibu-ibu. Pastinya saham akhirat sudah dimiliki oleh ke dua mereka. Tentunya arwah anaknya ini sentiasa merindui dan menunggu kedatangan kedua ibubapanya di pintu syurga kelak. Insya Allah. Wallahualam.

Selamat Hari Raya Adha buat semua.
Maaf kepada yang masih belum dapat terima tempahan 
kek masing-masing. Lepas raya ya. Insya Allah. Moga bahagia di hari korban.









No comments:

Post a Comment