Thursday, November 10, 2011

Say....Cheeese!!!

Assalamualaikum....
....tengahari yang tenang. Sunyi dan tenteram. Jelas kedengaran bunyi air jatuh di kolam saya. Mungkin keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Saya letih benar hari ni tapi tak pandai tidur siang. Terasa rugi benar kalau masa tu saya habiskan dengan tidur. So saya posting entry sebagai satu cara saya berehat.


Alhamdulillah. Saya diberi kesempatan untuk berehat hari ini. Esok, pagi-pagi dah keluar menghadiri Kolokium Kepimpinan Pendidikan. 

Sempat juga, rakan sepejabat berhenti di pintu bilik saya dan bertanya, 'Resepi apa hujung minggu ni?'

Saya jawab, 'Kolokium..' Disusuli dengan ketawa kecilnya.


Memang ada sesuatu yang ingin saya cuba. Bahannya terbiar di dalam peti ais saya. Hati kecil bertanya bila. Minggu-minggu akhir ini tempahan cheesecake bertalu-talu. Ada yang untuk birthday. Ada yang untuk party atau jamuan akhir tahun dan ada untuk makan-makan saja. Bersyukur sangat saya. Tak sangka cheesecake versi ini begitu diminati.



Ada yang minta saya share resepinya. So here it is now.  Boleh buat dalam one whole cake atau into small bites. Size S is adorable. Everyone suka. So pick your choice.

Resepinya
375gm tepung optima
75gm air
75gm butter cair/minyak jagung
1 tsp vanilla
5 biji telur

Resepi asal :
250gm tepung optima
2 sudu besar minyak jagung
3 biji telur

Cara membuat :
Ibu-ibu boleh pilih mana satu. Satukan ke semua bahan di atas dan pukul sehingga kembang dan gebu. Masukkan ke dalam loyang 9" atau ke dalam cawan kertas. Kalau dalam cups, bakar selama 35 minit dengan suhu 160c. Kalau dalam loyang selama 45 minit.

Toppingnya :
1 kotak cream cheese (Philadelphia)
1 kotak Cheddar cheese (diparut halus)
3 sudu besar gula aising.

Cara membuatnya :
Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula aising dan putar hingga kembang, gebu dan sebati. Sapukan di atas kek dan taburkan Cheddar cheese.




Hampir lupa...lebih enak dimakan sejuk-sejuk. So bila dah siap, masuklah ke dalam peti sejuk dulu. Lebih kurang satu jam barulah boleh menikmatinya.


Masa masuk ke dalam fridge atau freezer, pastikan ia berada dalam kotak atau bekas tertutup. Jika kita dedahkan dia begitu saja, nanti parutan cheese itu kering macam meehoon.



Kedengaran guruh berguling-guling, terjemahan dari I can hear the thunder's rolling....langit gelap, rintik-rintik hujan sudah kelihatan.....tapi air di tempayan jangan dicurahkan lagi ya.

Before I'm off...enjoy your weekend.
Happy trying them...
Adious.





No comments:

Post a Comment