Sunday, November 13, 2011

Telur Dadar Sausage Black Pepper

Assalamualaikum...
.....saya menghitung hari untuk bercuti setelah setahun saya tidak bercuti. Urat tegang. Kepalapun dah sebu. Mudahan dengan bercuti ni tenaga dan semangat dicas kembali.

....pastinya lebuhraya sesak bila tiba musim cuti nanti. Masing-masing bergegas dengan program percutian yang sudah dirancang awal-awal lagi.

Setahun dulu, saya pengguna tetap lebuhraya utara selatan. Kerap juga menggunakan lebuhraya timur barat. Kerap sangat melihat kemalangan. Percutian saya dari Terengganu ke Kuala Lumpur, saya sempat melihat 9 kejadian di sepanjang perjalanan tu. 


Paling tidak lupa, saya terperangkap dengan kemalangan bas dengan beberapa buah kereta yang meragut dua belas nyawa. Saya terkandas di lebuhraya dari jam 6 petang hingga 4.30 pagi. Dalam keadaan terlalu mengantuk kereta saya terlanggar kereta depan. Tetapi dia memahami keadaan yang memasing keletihan dan mengantuk. Nasib baik kena bayar seratus ringgit sahaja.


Sebelum terperangkap dengan kemalangan ngeri itu, saya ternampak sekumpulan anak-anak muda bermotosikal sedang berhenti di Hentian Rehat. Sejurus kemudian, mereka menderu memotong kereta saya. Tidak lama selepas itu, nyawa saya bagai direntap, apabila melihat salah seorang dari mereka terbujur kaku di atas jalanraya. Manakala yang lain memandang sayu.


Bercerita tentang percutian dan kemalangan jalanraya, terlupa pulak nak share resepi yang saya masak tengahari tadi. Anak-anak suka sausage black pepper ni. Saya kawankan dia dengan telur. Jadilah telur dadar bersausage black pepper. Sedapppp...

Resepinya :
5 biji telur
2 batang sausage 
1 biji bawang besar (dimayang halus-halus)
1 ulas bawang putih (didadukan halus-halus)

Cara membuat :
1. Mula-mula masukkan telur ke dalam bekas dan pukul   
    ringan.
2. Masukkan sausage yang dipotong bulat-bulat.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Kacau rata ke semua bahan.
6. Panaskan minyak dan goreng.
7. Hiaskan dengan salad, timun dan tomato.
8. Boleh juga disiram ke atas telur itu dengan sos tomato, 
    jika suka.


Hmmm....sedappp. Sekejap aje dah licin. Anak perempuan saya suka sangat dikawankan dengan sausage black pepper ni sebab dia bagi extra taste kepada telur dadar tu. Tak caya? Cubalah!


So ibu-ibu...rancanglah percutian awal-awal. Rancangkan destinasi. Pandu cermat, jiwa selamat. Jangan lupa bawa bekal telur dadar bersausage black pepper. Boleh makan bila berhenti rehat. 



No comments:

Post a Comment