Thursday, December 22, 2011

Langkawi, Permata Kedah.....My Holiday Destination 2011


Friday,16 Dec 2011
11.00 a.m

The excitement begins when packing everything into the car. My brother, Pak Teh is so ecstatic sampai tak sabar-sabar nak mula journey early in the morning. Memang tulah awal rancangannya. Tapi my son kat BP nak ikut gak sedangkan dia ada kelas on that day. Janji gather kat my house before we convoy to KL.  Tunggu punya tunggu my big bro, Pokde janji sampai jam 12 tak sampai-sampai. Rupanya dia kerja separuh hari.

So punya tak tahan hati memasing dah mengeletek nak holiday, janji jumpa kat first Hentian di highway after Air Hitam. Itu bermakna my big bro has to drive his own MPV there. Hahahaa...dia ni ada fear sikit nak masuk KL. Bila jumpa my son  kat Hentian tu, he will follow my brother to Melaka to drop his gf's car before they lead to KL. While my big bro and I pursue our journey to KL. This time I tak drive, my daughter takes over behind the wheel. 

The best part of this journey is watching my big bro. Sekejap laju, sekejap perlahan. Bila banyak sikit traffiknya, nampak dia mengelabah. Punyalah slow kiterang ni dibuatnya sampai kat Tol Sungai Besi, my son, Pak Teh and his gf, Myra dah sama-sama sampai. Kiterang tunggu di tepian jalanpun die tak nampak. Hahahaaa..punyalah panik. My hubby takes over and drive sampai ke rumah my eldest son. Fuhhhhh!!! My big bro rasa legaaa....someone drives for him.

9.30 p.m
Sampai,  terus ke dapur. Masak apa yang ada dalam fridge menantu. Tak payah makan kedai. Jimat masa. Put everything on the table termasuk bekalan dari JB. Buffet style. My daughter yang preggie tu ada. So bagi dia cheese cake and mixed fruit cake for her hubby. Tak dapat ikut sebab hubby die offshore. Sedih gak bila dia tak ikut sama coz everyone pegi. Anyway,  she better stays rather than following us ngan keadaan dia begitu. 

Dia kata, 'Once sampai Langkawi, ibu akan lupa dia yang dah tak larat nak jalan. Tertinggal dia sesorang kat belakang. Baik stays aje'. Hahahaha....

11.15 p.m
Everyone is set to go. Dengan MPV, SUV and MyVi....we convoyed membelahi malam ke arah utara. My preggie daughter, Nur sama-sama keluar. Satu jalan.  She's off to Damansara and we....Langkawi.....here we go!



Sat.17 Dec 2011
7.30 p.m

Reached Kuala Perlis almost after Subuh. Need to wash myself. My goodness...the tiolets are disgusting. Nilah satu-satu perkara yang I abhor betul bila travel. Finally after the long queue, kiterang dapat 9.30 a.m ferry to Langkawi. 

Semasa queueing terdengar orang lelaki di depanku berkata kat kawan dia,

 'Aku ni datang sini kerana perempuanlah ni....'

I can't imagine how his wife persuades him to go to Langkawi with a mere intention of shopping. Hahahahaa.....keras-keras lelaki boleh termakan pujuk rayu perempuan. 


Dengan orang yang beratusan ni, kaunter pembelian tiket dibuka cuma satu.  Sabarrrrr....


Masjid Kuala Perlis ini ada persamaan dengan Masjid Terapung Kuala Ibai, Terengganu which has a scenic view of Straits of Malacca with beautiful landscaping and breathtaking scenery.


Sempat ambil gambar feri yang membawa penumpang ke tanah besar, Kuala Perlis. 


Mungkin ini bot nelayan yang mencari rezeki untuk menyara keluarga. 
Bestnya mereka ni dapat menikmati makanan laut yang segar.


Puncak Pulau Langkawi yang dapat ku rakam dengan kamera digitalku ini.




Seronoknya jika aku ni seorang jurugambar yang profesional.
Tentu aku boleh capture gambar-gambar yang lebih berkualiti.
Takde akar, rotanpun berguna juga kan?


Ahli terkecil dalam keluarga yang turut serta dalam percutian ini.
Tapi sian dia ya...mummy n daddy tertinggal a bag of her clothing.



One row of the seats are occupied by my anak-anak. Ramainya anak dia.
 Anak-anak, anak menantu and anak buahlah.


Anxiously waiting for the hired transportation to venture Langkawi. Tapi bila sampai kat Homestay tu, semua lepak...tidor setengah hari. Cover malam tadinya tak tidur, driving.


These two maids, adik beradik ni turut bercuti atas tajaan. Hai...nasib badan. Everything ditaja. Siap shopping kat Idaman Suri lagi. Bawa balik ke Indonesia nanti pinggan mangkuk serta sudu garfunya. Hahahaaa... Enjoy yourselves and have a good time. Sian pulak buat kerja rumah je. Sesekali bawa tenguk dunia luar.

3.30 p.m

Bangun dan bersiap untuk makan tengahari. It's not easy to find a restaurant that served good food. Should have better info about food the next time I go to Langkawi. Then jalan-jalan kat kedai Haji Ismail. Actually there are many shops yang jual those pinggan mangkuk ni. Cuma yang famous ialah Haji Ismail and Idaman Suri. But yang ada dalam kedai Haji Ismail tu tak dapat capture my interest in buying them. Bila adik-adik beli choklatpun, still tak beli apa-apa. 


5.30 p.m

Ke Dataran Lang, tanda mercu Pulau Langkawi. Admiring the workmanship. Wonder mcm mane they did and painted it. Really a masterpiece. Taken several photos sebagai kenangan.


Menyusuri jalan ke parking kereta, terjumpa seorang lelaki dengan ular-ularnya. Offers RM5.00 untuk sesi pergambaran. So my children menguji keberanian memasing to hold them. Dierang kata, nampak je ular itu lemah lembut, tetapi ada muscles. So itulah agaknya, kita tak dapat berlawan dengan ular bila dia membelit kita. Tapi kata lelaki tu...bila nak orang buat baik dengan kita, kita juga kita kena buat baik dengan orang. Pengajaran yang dia perolehi dari ular yang dibelanya itu. Well...it's true, very true indeed. I'll make sure kata-kata orang lelaki ini menjadi amalanku kelak.





Their guts are tested and proven....


Dinner at Thai Seafood Restaurant yang almost buat kiterang cuci pinggan. Dierang ni betul-betul sembelih leher pelancung walaupun pelancung tu pelancung tempatan. Kalau food served tu berbaloi dengan yang dikeluarkan, tidaklah terasa. Hai kalau nak businesspun, ingat-ingat jugalah hukum agama.

Sun,18 Dec 2011

It is almost mid-day when we go to Underwater World  Langkawi. Located at the popular Cenang Beach. I think kat sini lebih happening dari Kuah kot. Tu my pendapatlah. Dah pernah pergi Waterworld Singapore but here is the largest underwater world in East Asia. Itu yang difahamkan. It is a delightful experience especially for our young ones to watch the magnificient underwater creatures. Here are some pictures yang I captured.


Ada tak yang tak termasuk dalam pic ni?









2.00 p.m

Keluar dari Underwater World tu, menyeberang ke kedai-kedai pakaian yang berderetan di sepanjang jalan. Boleh tahan bajunya. Kebanyakan one-piece atau 2 piece. Maklumlah ada pantai di situ. Berkenan kat satu blouse. Berkenan sangat. Tenung baju, kemudian tenung badan sendiri. Ngeleng kepala. Terkilan. Badan tak fit ngan baju. Panggil adik ipar and menantu masuk kedai. Paksa dierang beli. Tak dapat pakai, tenguk dierang pakaipun dah kira puas hati. Hahahahaaa....


After makan di kawasan situ, kiterang bertolak ke Laman Padi Langkawi. Terasa macam petani. Sambil menanam, sambil menyanyi..Padi, padiku....masak berwarna emas, Rasa hatiku, gembira paling puas... 


Teringat masa mengajar di sebuah sekolah kampung dulu. Sekolah tu tiada Pusat Sumber. Jadi PIBG bersama guru-guru buat projek menanam padi untuk mendapatkan dana membina pusat tersebut. Tak boleh nak bayang apabila kakiku ini memijak tanah bendang tu. Tanahnya lembut sangat macam nak menyedut aku. Nak jerit, segan kat ibubapa. Aku jerit dalam hati....Eeeeeeeeee...gelinya. Tapi bila berada di tengah-tengah bendang tika padi menguning, perasaan tu tak dapat nak dibayangkan dengan perkataan. Tenang dan bahagia. Bila aku nyatakan perasaan itu pada ibubapa, tau apa dierang kata.

'Tak sempat nak rasa tenang dan bahagia. Sibuk dengan padi masa tu cikgu....' 

Tersengih aku seketika. Memang kenangan itu takkan dapat aku lupa kerana ketika aku berpantang 42 hari bersalin dengan tangkal di ibu jari kaki, aku gergaji batang pokok kelapa buat tempat duduk anak muridku. Di manalah mereka tu semua sekarang? Apa jadi dengan mereka tu semua? Tak dapat aku lupa kenangan pahit manis di situ. Ketika aku berpindah keluar dari sekolah itu setelah 6 tahun berkhidmat, bukan murid je yang menangis, ibubapapun menangis. Hehehehee...perasan. Jangan marah. Kata GB tika itu pada arwah bapaku...banjir kampung ni dengan airmata orang kampung bila cikgu ni bertukar. Apataknya bukan setakat mengajar murid, buka kelas macam kelas KEMAS di hujung minggu. Tapi apa yang aku pelajari di situ ialah budi. Orang miskin tapi kaya budi. Patutpun Rasulullah memohon agar baginda berjiran dengan orang miskin di syurga kelak. Berada di samping mereka ni, hati kita tenang. Berdamping dengan orang kaya yang tak seberapa kaya ni yang miskin budi boleh buat sesak nafas.  Cakap ikut sedap mulut. Tak kira kata-katanya itu menyakitkan orang atau tidak. Janji lepas. Tetapi yang betul-betul kaya tu, taklah pulak. Masih ada peradaban dan tawaduknya juga. Haii...dunia. Ya Allah...peliharalah aku dari golongan itu. Amin.


4.30 p.m
Meluncur ke Kota Mahsuri. Tak banyak shot ambik. Hujan renyai-renyai. Aku fobia sikit kalau pegi kuburan atau makam. Lemah semangat. Kalau dicerita kat sini, larilah pulak tajuknya. Jadi cerita misteri di malam hari pulak. Lagipun mendukung si cucu comelku ini untuk membagi peluang maid adik beradik tu bersiar-siar di Kota Mahsuri ini.



6.00 pm

Berada di pantai Cenang ni memang buat hati kita sungguh cenang. Heheheeee....memenuhi permintaan anak bujang yang dua orang ni kerana mereka akan balik awal sehari dari kiterang kerana cuti sampai di situ sahaja. Seronok sungguh kat sini. Rasa tak puas. So next time, kena plan another visit and spend a lazy day here.



8.45 pm

Nasib baik flight boys ni delayed. So the men akan hantar dierang ke airport while me and the mummies akan buat last shopping event kat a very well-known shopping point, yang memang tak boleh tidak...MESTI visit. IDAMAN SURI!

OMG!!! Speechless. Everything dalam tu menarik my attention macam magnet. Tadi dalam kereta dah cakap tak mau beli banyak coz tak minat sangat dengan pinggan mangkuk English Country ni yang almost every house ada. Tapi....bila my eyes jatuh kat satu kek stand, tak pikir panjang. Terus ambil masuk bakul. Why? RM18!!!!!!

OMG!!! Suddenly announcement suruh salesgirls dalam tu stop working and everyone is ushered to the counter. Tak boleh ambil satu barangpun lagi. Ya Allah....15 minit sampai. Tak sempat apa-apa. I merayu-rayu nak dapatkan satu barang je. An English tea set costs only RM36. Merayu sampai nak meleleh air mata, a sympatetic salesgirl just pushed the box into my basket. I pun tersengih and she understood my gratitude.

In the car, we had a good laugh. Giggled all the way back to our homestay. Sampai kat pintu, my boys dah nak bertolak ke airport. Masa cium pipi dierang, sempat bisik...bestnye tempat tu!. My boy geleng kepala tenguk ibu dia yang dah hysterical. Hehehee....



Monday, 19 Dec 2011
9.45 a,m

Make our last shopping drop. Bukan mudah nak persuade my hubby to stop sekejap kat sini. So apa lagi....bila green light dah dapat,  we all shop till drop. My hubby kata kat sinilah para isteri lupa suami dan  para suami akan kehilangan isteri memasing.

Nanti ada announcement... " Puan-Puan...jika ada sesiapa yang kehilangan suami yang berpakaian kemeja T biru, berseluar panjang, berwajah lesu kerana tidak makan seharian. Sila dapatkan suami puan di kaunter sekarang kerana dia sudah macam mahu pengsan kelaparan."

Hahahahaaa.....ketawa dengan lawak my hubby. Perlilah tu...



After half an hour delay, kiterang selamat sampai ke Kuala Perlis at 3 o'clock before heading to Air Hitam for a short visit. Sarat. Nasib baik the two boys tu balik awal. Kalau tak kena duduk atas bumbung kereta.


Eventhough ada a little upsetting incident, my hubby's bags terjatuh laut but that doesn't spoil our holidays. Apa yang terkilan ialah sikap pentingkan diri sendiri. Berebut-rebut nak naik and turun bot dulu daripada orang lain...someone tersepak those bags and doom! masuk ke dalam laut. Sempat another person snatched them but barangan one of them tak dapat diselamatkan. Sikap pentingkan diri sampai menolak-nolak orang tua dan kanak-kanak kecil sungguh menjelekkan mata memandang.


Tetapi sebagaimana niatku ketika melangkah keluar untuk bercuti...itulah dia yang Allah swt beri. Aku belajar banyak perkara dalam percutian ini. Selain melepaskan ketegangan dan tekanan di tempat kerja, percutian ini memberi ruang untuk kami mengeratkan hubungan kekeluargaan kami dan menjalinkan siratulrahim. Kami sempat berkongsi tempat duduk dan berbual mesra serta makan durian dengan satu keluarga di Hentian Bukit Guntung walaupun pada ketika itu sudah pukul 2.30 pagi. Aku sempat berkawan dengan seorang wanita dalam mencari tempat bersuci hingga membawa kami berdua berjalan menuju ke Masjid Kuala Perlis.

Percutian ini mengajar aku tentang sikap dan perilaku manusia yang boleh ku contohi dan yang mana aku perlu  hindari. Aku belajar mengenali alam Allah swt serta Sang Penciptanya yang Maha Hebat lagi Perkasa. Merasai nikmat syurga menerusi keindahan alam semestaNya.


Till then....Sayonara.
Mata Aimasho, Langkawi.
















No comments:

Post a Comment