Wednesday, December 28, 2011

Sepetang di Johor Premium Outlets.....menjentik hatiku.


Johor Premium Outlets, the only outlet seperti ini di Malaysia. Everyone is so thrilled with the presence of this outlet.  Orang sanggup datang jauh-jauh semata-mata kerana outlet ni, inikan pula it is just a few kilometres from my house. Kenalah juga tinggalkan kesan tapak kaki kat outlet ni. Kalau boleh nak tulis kat mana-mana batu...I was here....tapi tak jumpa pulak batu besar kat situ. Heheheee...

Cerita tentang outlet ni macam pisang goreng panas. All sort of stories dengar. Ada friends yang tag gambarnya sekali di MyFB.  Thanks anyway....she knows I ni suka sangat menjamu mata dengan Coach. 



It would be out of question to ask my hubby jalan-jalan kat sini. Just nak window shopping jer  lagilah sorry. So tunggu jelah masa yang sesuai nak pergi sana. Fortunately, my children balik. When I mentioned about it, my menantu was esctatic to go. So left my hubby at home...let him had the privacy nak layannn lagu-lagu oldies favourite dia,  Albert Humperdick.




Pergi pada hari Krismas. Ramainya sampai nak berjalanpun tak selesa. Seronok tenguk gaya dan gelagat orang ramai. Sama-sama queue denganku nak masuk Coach outlet, seorang ibu muda di belakangku memberitahu anak-anaknya untuk memilih satu bag Coach seorang sedangkan di bahu memasing tersandang sling bag Coach dah. Betapanya tinggi taraf hidup orang Malaysia sekarang. Bertuahnya hidup anak-anak tu..






I first kenal dengan jenama ni when my daughter gave me a wristlet. Then my son bought a handbag for me. Lepas tu bila duduk sesama dengan family, they talked about Coach. Slowly jadi berkenan dengan Coach. Jadi kenalah menghargai pemberian anak-anak yang mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk ibu mereka. Mungkin mereka mahu ibu mereka merasa nikmat memakai beg berjenama.

Bila flashed back, my days dulu-dulu, life was so difficult. I did not have a proper bag to school. My granny made me a bag of many colours. Kain perca yang dicantum-cantum untuk dijadikan sebiji beg, Berlinang air mata terkenang detik itu. Terjentik hati mengingati detik-detik my granny duduk menjahit beg tu for me dengan cermin mata uzurnya jatuh di kaki hidungnya.

Ini juga mengingatkan aku pada kisah Dolly Parton yang ceritanya mirip-mirip dengan aku. Kalau aku, nenek menjahit beg tapi dia pulak maknya jahitkan coat dari perca kain. Bila dia diejek memakai coat yang beranika warna, maknya mereka dan menyanyikan lagu Coat of Many Colours untuk menghiburkan hatinya yang kemudiannya  lagu itu menjadi hits.

Nak masuk satu-satu outlet, kena beratur panjang dan lama....

Tak sampai beberapa jam, dah terasa nak balik. Nak duduk-dudukpun tak boleh. Nak masuk cafe, paham-pahamlah chargenya. Semuanya berbaris. Maklum tioletpun berbaris seorang demi seorang. Balik jelah.  On the way ke kereta disapa oleh seorang makcik.

'Hai, balik tangan kosong aje?'

'Haah makcik, tak cukup kemampuan nak beli. Datang nak melihat suasana je. Sekurang-kurangnya dah datang.'

Iyalah. Purse sebesar tapak tangan harga sebelah tangan campur satu. Baiklah disimpan duitnya untuk perbelanjaan anak  ke sekolah menengah ni. Lainlah kalau diberi sebagai hadiah. Heheheee....



Sekarang kaum Hawa memakai bukan sekadar sebiji beg tangan biasa, beg yang berjenama, lambang berprestij menjadi pilihan mereka. Simbol kemampuan dan kemewahan hidup. Begitulah taraf kemodenan hidup generasi menuju ke era 2020.

Bagi diriku, walaupun aku memiliki beg berjenama begitu, tetapi itu bukan lambang kemewahan tetapi ianya satu bukti kehidupan yang amat perlu disyukuri. Namun aku tetap mengabadikan kisah silamku. Tidak akan lupa akar umbiku. Kesusahan dan keperitan hidup zaman kecilku. Lantas setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah swt atas limpahan rezekiNya buatku dan keluarga. Moga dimasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur padaNya. Amin.















No comments:

Post a Comment