Friday, December 30, 2011

Welcoming a distant cousin of Cream Puff.....Eclairs.


Beautiful sunny Saturday. My meeting with my long-lost friend canceled. Received sms from someone, on behalf of her saying that she is up with  a terrible gastric. Hope she gets well soon.

Setiap jodoh dan pertemuan, ajal maut semuanya dalam ketentuan Allah. Siapa sangka persahabatan yang terjalin di sekolah menengah dulu kembali bertaut setelah masing-masing membawa diri dengan kerjaya masing-masing. Itulah dia kebaikan Facebook...siratulrahim yang terputus, dapat disambung kembali.

Bercerita pasal Facebook ni...saya amat bersetuju dengan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus yang menyarankan agar menggunakannya dengan sesuatu yang memberi pahala dan kebaikan buat kita, berkongsi ilmu, menyambung siratulrahim, menyampai info, ingat mengingati dan seribu kebaikan yang boleh kita fikir.

Usahlah kita guna FB ini untuk perkara-perkara maksiat yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan rumahtangga. Ada kawan saya yang mengadu hal perilaku suaminya yang bercinta dengan dua wanita melalui FB. Adakalanya chatting lagi. Sedihnya, wanita-wanita itu sudah bersuami. Kalau wajah dan gayanya macam artis tu, munasabahlah kalau lelaki tergoda. Tetapi bila kita tenguk photo-photonya nampak begitu 'decent.' aje. Memanglah lelaki juga bersalah dalam hal ini, tetapi kita juga sebahagian dari punca isunya.

Wahai anak, adik ataupun kakak yang terlibat dalam perkara sebegini, kembalilah kita ke pangkal jalan. Hargai suami kita. Ada di antara kita ni yang ingin bersuami tetapi jodohnya belum ada. Kita yang ada ni, jangan sia-siakan suami kita. Dikuatiri Allah akan ambil suami dari kita, baru kita sedar betapa berertinya suami itu pada kita. Ramai lagi kawan-kawan sejenis yang boleh kita jalin persahabatan.  Takutilah Allah kerana siksaanNya sangatlah pedih. 


Banyakkan aktiviti yang sihat menggunakan Facebook ni. Hubungan kekeluargaan yang jauh didekatkan dengan upload gambar-gambar keluarga yang membangkitkan nostalgia. Kita ketawa dan bersenda gurau dengan keluarga melalui gambar tersebut. Gambar-gambar tu pun boleh diprivatekan juga. Bila kita fikirkan yang positif maka jadi positiflah ia.

N3 kali ni saya menyambung siratulrahim Cream Puffs dengan sepupu jauhnya, Eclairs. Eclairs ni sama adunannya dengan Cream Puffs. Bezanya, dia ada topping choklat masakan. 

Resepi Eclairs ni saya dapat dari Kak Wan yang hebat di dapurnya, Citarasawan. Terima kasih berkongsi. Cuma sepupu di belah Kak Wan cerah-cerah sikit. Belah saya, sepupunya berkulit gelap pulak. Tapi gelap-gelap si tampok manggis, sungguhpun gelap dirasa manis.

ECLAIRS
Sumber : Citarasawan
By          : Kak Wan


60gm marjerin (saya pakai butter)
120ml sugar segar
75gm gandum
1/4 sudu teh garam
2 biji telur B 

Hiasan:
100gm coklat masakan hitam atau putih, cairkan secara double boiler.
Mani Hundred thousand atau coklat rice jika suka.

Cara Membuatnya :

1. Masak susu segar, garam dan mentega hingga mendidih, tutup api. Masukkan tepung
    gandum dan kacau dengan cepat hingga menjadi segumpal doh. Buka api dan kacau
    2 - 3 minit lagi hingga terbentuk lapisan nipis di dasar periuk. Tutup api dan biarkan
    suam/

2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan gaul hingga licin menggunakan senduk kayu.
    Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair dan boleh mengekalkan bentuk apabila 
    dipaipkan.

2. Masukkan ke dalam piping bg yang telah diletakkan dengan muncung nozzle yang disukai.
    Picit panjang 6sm ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan parchment paper
    atau kertas minyak yang telah digriskan terlebih dahulu.

3. Bakar di rak atas pada suhu 180C selama 15 minit kemudian tukar suhu pada 160C dan
    bakar selama 15 minit sehingga kekuningan. Sejukkan.

4. Potong di tengah Eclairs itu, jangan putus kerana akan diisikan dengan krim dan celupkan
    dengan choklat masakan.


KRIM KASTAD

Bahan-Bahannya:
150ml susu cair
50ml whipping cream
25gm gula pasir
1/8 sudu teh garam
20gm tepung jagung
1 kuning telur, pukul ringan
1/4 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Sejukkan dahulu
   sebelum dipipekan ke dalam Eclairs.

Sepupu Cream Puffs belah KakWan...berkulit cerah, menarik.
Sesiapa yang berminat sepupu berkulit cerah, bolehlah melawat citarasawan.



Saya punya Eclairs topping chokat jer. Whatever your choice is....Eclairs tetap delicious when they enter your mouth. Creamy dengan kastad and chocolate. Close your eyes and enjoy the taste. Hmmmmmm............





No comments:

Post a Comment