Wednesday, August 31, 2011

Puding kastad

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Kalau tidak kerana raya, tentu meriah sambutan kemerdekaan kita. Kita berasa sangat lega kerana bebas dan merdeka daripada penjajahan Barat yang sudah lama membelenggui kita. Namun begitu jiwa kita masih belum merdeka. Kerana merdeka ini mempunyai seribu satu makna.

Semangat merdeka itu tidak cukup sekadar melaungkan perkataan Merdeka atau mengibarkan bendera jika kehidupan kita masih dikawal oleh satu kuasa yang menentukan nilai dan kos hidup kita. Bila tiba musim raya, gula pun naik harga. Harga mentegapun turut mendadak naik. Telur ayam pun tidak ketinggalan bertambah harganya.  Semua bakers pening kepala. Nak naikkan harga kek atau biskut, pelanggan merungut. Tetapi kerana keterpaksaan, bakers terpaksa naikkan harga dan pelanggan pun terpaksa membeli. Begitulah bila hidup kita sebenarnye belum merdeka kerana masih lagi boleh diperkotak-katik satu bangsa lain.

Namun begitu, bakers Melayu sudah ramai seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Ibu-ibupun sudah pandai buat kek walaupun yang simple sudah mencukupi melepasi piawaian halal. Itu pencapaian yang amat membanggakan. Siapa kata Melayu tidak hebat malahan boleh setanding dengan bakers asing.

Sayapun turut melibatkan diri dalam dunia ini. Pada mulanya untuk mengisikan kesunyian kerana anak-anak sudah besar dan tinggal berjauhan pula. Lelama jadi seronok memasak ni. Membeli di kedaipun jarang kecuali terdesak. Bulan puasa yang lepas ni hanya sekali saya beli di luar dibandingkan dengan tahun lepas. Bila memasak terasa lain daripada kita beli diluar. Paling jelas...makanan kita terasa segar.

Di sini saya ingin berkongsi resepi. Ia merupakan kegemaran keluarga. Saya pernah pergi belajar untuk buat puding ni tapi resepi yang dibagi tidak menjadi. Bila saya berjalan-jalan....mengintai-intai sana sini, sempat singgah di satu dapur, Lilies and Lavendar yang dipunyai oleh Malaysian Home. Setelah meminta izin daripadanya untuk mencuba....apa lagi tunggu anak-anak balik. Dengan semangat dan kasihsayang, maka menjadi dengan cantiknya. Tidak berbiji dan tidak keras. Resepinya tulin kerana dengan sekali buat sudah menjadi.

Teramat gembira, lalu post di Facebook. Sifu saya ni pun berhajat nak rasa sendiri bila dia turun ke Johor.
Mudahan kata-katanye itu gurauan semata. Gelabah dibuatnya. Maklum Malaysian Home ini rupanya Datin Elly. saya terasa seperti Gagak di rimba. Hahahahaa....takut nak jumpa. Dia pesan lagi jika datang Kuala Lumpur nak jumpa. Saya rasa self conscious macam nak pegi dating kali pertama. Hahahahaa.......

Lamanya coleteh saya. Bosanlah awak semua. Maklumlah orang tua memang selalu begitu. Saya nak share resepi puding ni. Ada kawan saya dah bertanya. Hah...jom tenguk, apa yang perlu ada untuk puding kali ini.



PUDING KASTAD
By : Datin Elly ( Malaysian Home )
      Lillies and Lavendar

Bahan-bahannya

200 gm tepung kastad
1/4 cawan susu evaporated(sejat)
1/4 cawan gula
2 liter air

Campurkan kesemua bahan dan kacau diatas api perlahan-lahan hingga adunan agak likat/pekat.Jangat biarkan ia terlalu pekat/kental.Tuankan segera kedalam bekas acuan.Sejukan sebelum di hidang.

Bahan-bahan untuk kuahnya

1/2 cawan gula
1/2 tin susu evaporated
2 biji telur (ambil kuning sahaja)
sedikit esen
daun pandan
200 ml air

Campur kesemua bahan didalam periuk dan kacau diatas api yang kecil.Setelah mendidih,tapiskan dan sejukan.

Bahan-bahan hiasan
1.1 kotak jeli Nona(masak seperti yang tertera pada bungkusan/kotak)
2.1 tin fruit cocktail
Cara menghidang
Senduk adunan puding kedalam mangkuk koktail atau mangkuk kecil, dengan sedikit jeli Nona, sedikit fruit cocktail dan akhir sekali tuangkan kuahnya.


So ibu-ibu dan adik-adik...bolehlah mencuba untuk dijadikan hidangan dessert buat santapan suami dan anak-anak. Mudahan dengan air tangan kita ini dapat mengikat kasihsayang dan kemesraan.  Selamat Mencuba. Salam sayang dari saya dan jumpa lagi di lain lembaran.

2 comments:

  1. Terujanya saya baca posting u ni..Terima kasih kerana sudi mencuba resepi saya ni...Love u Sarimah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengizinkan saya cuba dan berkongsi dengan yang lain. Moga ilmu yang dipanjang-panjangkan ini memberi pahala kepada Lilies and Lavendar.

    ReplyDelete