Assalamualaikum......Masih sibuk beraya?
Iyalah...selagi ada Syawal selagi itu kita beraya. Kalau begitu ......sebulan bulan Syawal ni kenalah ada 30 helai baju raya. Hehehehe....terburai poket dibuatnya. Tapi jangan terkejut orang lelaki Brunei ada yang sampai 8 pasang baju raya. Ini kerana mereka ni kalau beraya pakai baju Melayu. Mula-mula terkejut juga dengar. Tetapi rupanya memang sudah kebiasaan mereka begitu. Bagi kita di sini baju Melayu tu hanya dipakai di pagi raya pertama saja.
Hari ni saya rasa seperti beraya di hari raya pertama. Bertenaga dan gembira. Kegembiraan saya ni kerana anak perempuan saya balik beraya dengan ibunya di sini. Walaupun hari ini sudah hari raya ke empat. Si ibu ni pun mulalah memasak sesuatu yang istimewa menyambut dia pulang. Beginilah kita ni..... ya ibu-ibu. Kerana anak, ibu sanggup buat apa saja. Mudahan bila saya tua nanti, sudi jugalah dia menjaga saya. Memang dah tua pun ni...tengah menunggu cucu ke tiga.
Saya pun mulalah membuka buku nota kecil yang saya catat ketika berbual dengan staff ofis saya. Sekadar berbual-bual, membantu dia hilangkan ngantuk di bulan puasa. Sambil dia mencetak kertas periksa, saya bertanya-tanya tentang resepi itu dan ini. Dia ni hebat juga dalam memasak.Selalu dipanggil orang kampung untuk memasak kenduri kawin. Tapi orangnya 'low profile.' Ibarat padi, makin tunduk makin menjadi.
So saya pun menerai (rosak bahasa)...marah Samad Said...resepi ni untuk dibuat masa anak saya balik nanti.
Sebelum memasak...sehari awal saya dahpun menyemak bahan-bahan yang perlu saya ada untuk membuatnya. Marilah tenguk catatan yang saya tulis tempohari.
NASI BRIYANI
Bahan-bahannya:
1 kilo beras Basmathi
1 tin kecil minyak sapi (saya pakai Ghee)
sedikit minyak jagung
2 biji bawang besar dimayang
8 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu tomato paste
1/2 tin susu cair
Cara membuat :
Mula-mula berasnya saya rendam selama 20 minit dan tos. Saya masukkan Ghee dan minyak jagung. Tumis bawang besar yang dimayang. Apabila layu sedikit, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Bila dah garing atau terbit bau, saya masukkan tomato paste. Masukkan beras yang ditos tadi. Lepas tu, saya masukkan susu cair dengan sedikit sunquick. Lastly masukkan sedikit kuah daging briyani dan kacau rata. Letak sehelai daun pandan untuk mewangikan nasi.
Apabila nasi sudah nak masak, buat satu lubang ditengah-tengah dan letakkan daging dan kuah briyani. Tutup balik dengan nasi. Biarkan hingga ia masak. Opps...lupa...renjis sikit pewarna kuning.
Kata Encik Hassan, sebelum masak nasi briyani ni, eloklah dulu kita masak lauk briyaninya supaya kuahnya itu boleh digunakan untuk nasi. Dia tidak bagi saya sukatan yang tepat...anggaran yang sesuai dengan kuantiti daging yang saya guna. Sayapun memandai-mandai membuat anggaran sendiri. So kalau ibu-ibu atau adik-adik nak buat, kenalah agak-agak sukatannya dengan daging atau ayam yang nak dimasak. Untuk lauk briyani saya ni, saya pilih daging sebab saya suka daging. Kebetulan di petang raya tu, ada jual daging segar di pasar berdekatan dengan rumah saya.
Daging Briyani
Bahan-bahannya:
* 2 kilo daging lembu atau kambing
* Bawang besar dimayang
* Bawang merah - dikisar
* Bawang putih - dikisar
* Halia - dikisar
* Lengkuas - dikisar
* Lada merah & hijau - dikisar
* Gajus dan badam - digoreng dan dikisar
* Daun pudina & daun ketumbar - dihiris halus dan dikisar
* Rempah briyani
* Sos tomato
* Sos cili
* Tomato puree
* Tomato juice
* Minyak Ghee
* Susu cair
* Madu
* Garam secukupnya
* Kismis - untuk hiasan
* Gajus - untuk hiasan
* Daun sop - untuk hiasan
Cara membuat :
Mula-mula saya panaskan minyak sapi. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar yang sudah dimayang bersama dengan bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas yang sudah diblend. Setelah terbit bau, masukkan lada besar yang dikisar tadi dengan diikuti daun pudina dan ketumbar. Kacau rata. Kemudian masukkan rempah briyani. Selepas itu masukkan badam dan gajus. Masukkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan sos tomato, sos cili, tomato puree dan juice tomato (4 biji tomato diblend). Masukkan daging. Lastly, masukkan susu cair, madu dan garam. Masak dengan api yang kecil hingga pecah minyaknya.
Sejujurnya, inilah kali pertama saya cuba. Tak pernah buat nasi briyani atau nasi minyak. Tapi berkat ikhlas tunjukajar dari Encik Hassan ni ..... MENJADI. Menantu saya sampai bertambah makan. Seronoknya jadi ibu mertua rupanya...hahahahaa. Anak saya yang tengah berisipun turut berselera.
Inilah keistimewaan air tangan ibu. Memasak untuk anak-anak. Dijamin bersih, halal dan segar. Boleh dimakan tanpa was-was malahan berkat dengan izin Allah swt. Marilah kita, ibu-ibu...didik anak-anak kita dengan air tangan kita. Mudah-mudahan, anak-anak kita akan membesar dengan baik. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment