Assalamualaikum....happy semua kan?
Selamat kembali bertugas buat semua walaupun masing-masing masih lagi dalam mood raya. Harap-harap bila berjalan masuk kelas tu, tak terlanggar pintu. Harap juga mata tak kelabu, asyik menghadap ketumpat, lemang dan rendang. Moga jelas wajah-wajah anak murid kita. Lagipun dah puas bercuti kan. Tetapi para surirumah ni tak pernah ada cuti. Sentiasa sibuk. Bulan puasa, bangun pagi nak siapkan makanan untuk sahur. Hari sekolah, bangun pagi-pagi menyiapkan sarapan dan mengurus anak sekolah. Dalam erti kata lain tak kira siapa …memasing tetap sibuk dengan urusan memasing.
Selamat kembali bertugas buat semua walaupun masing-masing masih lagi dalam mood raya. Harap-harap bila berjalan masuk kelas tu, tak terlanggar pintu. Harap juga mata tak kelabu, asyik menghadap ketumpat, lemang dan rendang. Moga jelas wajah-wajah anak murid kita. Lagipun dah puas bercuti kan. Tetapi para surirumah ni tak pernah ada cuti. Sentiasa sibuk. Bulan puasa, bangun pagi nak siapkan makanan untuk sahur. Hari sekolah, bangun pagi-pagi menyiapkan sarapan dan mengurus anak sekolah. Dalam erti kata lain tak kira siapa …memasing tetap sibuk dengan urusan memasing.
Sebenarnya bulan puasa atau tidak, kita ni tetap kena bangun pagi. Azan subuh yang berkumandang di pagi yang hening itu membangunkan kita dari tidor yang nyenyak. Kalau tidak, malu dengan burung, ayam itik serta lembu dan kerbau yang bangun pagi dari kita.
Agaknya penat berkebun petang semalam tak habis. Bergotong royong dengan kaum Adam saya menanam okid. Kononnya menanda kertas sambil memantau anak mengulangkaji yang tak lama lagi nak dok exam UPSR. Entah bila saya tertidor. Sedar-sedar dah pukul 6 pagi. Apa lagi kelam kabut. Lepas turunkan anak di sekolahnya…saya memecut ke destinasi saya.
Bila bertembung dengan cikgu muda ni apabila saya keluar dari kelas, teringat saya pada janji untuk memberi dia resepi Pad Thai. Dah abes puasa dah. Sian dia.
Pad Thai ni saya dapat, sebenarnya hasil saya mengikuti rancangan Food Network di Astro Beyond Channel 706. Itulah kerja saya bila TV tu tidak dimonopoli oleh anak-anak. Pernah satu ketika Channel tu siarkan masakan ayam. Saya terliur hingga sanggup keluar..pegi beli ayam KFC. Biarpun tak sama dengan ayam di dalam TV tu tetapi saya makan ayam jugak. Hahaaa..
So lepas tenguk chef tu masak dan makan Pad Thai depan saya, terus saya surf internet dan cari resepinya. Sedap sangat nampak bila tenguk chef tu makan Pad Thai dengan mulutnya yang berbunyi-bunyi. Nak meleleh air liur saya dibuatnya. Nasib baik takde isi dalam. Heheheee… Takkan nenekpun berisi ya?
Resepi yang saya nak share kat sini ni boleh didapati di Bangkok. Sesiapa yang nak pegi holiday ke Bangkok, bolehlah cari mee ni kat sana, Tapi katanya mee ni mempunyai ratusan variasi. Kalau nak tenguk rupa Pad Thai ni tenguklah kat gambar yang saya upload ni.
Pad Thai
- 1 egg
- 4 teaspoons fish sauce
- 3 cloves minced garlic
- 1/2 teaspoon ground dried chili pepper
- ground pepper
- 1/2 lime
- 1 minced shallot
- 2 tablespoon sugar
- 2 tablespoon tamarind
- 1/2 package Thai rice noodles
- 1/3 cup extra firm tofu
- 2 tablespoon vegetable oil
- 1/2-1/4 lb shrimp Optional
- 1/2 banana flower Optional
- 1-1/3 cup bean sprouts Optional
- 1-1/2 cup Chinese chives Optional
- 2 tablespoons peanuts Optional
- 1 tablespoon preserved turnip Optional
- 1 biji telur
- 4 sudu teh fish sauce
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1/2 sudu teh chili kering diblend
- 1/2 biji limau - untuk hiasan
- 1 bawang merah - ditumbuk
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air asam jawa
- 1/2 packet Thai rice noodles
- 1/3 cawan taufu
- 2 sudu besar minyak masak
- 1/2-1/4 lb udang
- 1-1/3 cawan taugeh
- 1-1/2 cup daun bawang
- 2 sudu besar kacang - digoreng dan ditumbuk kasar
- 1 sudu besar lobak asin
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, lobak masin dan taufu. Kacau hingga kekuningan. Kemudian masukkan mee. Kacau segera. Lepas tu saya masukkan sos. Sos ni dibuat dari bancuhan air asam jawa,gula, lada kecil, lobak asin. Sos ni mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kacau lagi. Kemudian tolak mee tu ke tepi kuali, untuk bagi ruang mengoreng telur. Hancurkan telur tu dan gaul bersama dengan mee tu. Ambil satu helai mee tu dan rasa. Bila rasanya dah cukup...masukkan udang, Gaul sebati dan renjis sedikit dengan lada putih. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun bawang. Taburkan kacang goreng bila menghidang. ( Saya tak guna kacang sebab kurang suka tapi ia tidak merubah rasa)
Tetapi hasil Pad Thai saya tak serupa gambar di atas tu. Mee kering Pad Thai saya jumpa di supermarket tetapi kerana was-was saya ganti dengan mee biasa. Kalau nakkan resepi originalnya, bolehlah pegi kat sini http://www.thaitable.com/thai/recipe/pad-thai
Ni lah hasilnye. Nampak kurang ceria tetapi rasanya sedap. Jangan pandang sebelah mata. Belum rasa belum tau. Anak perempuan saya yang payah nak makan ni pun..bukan main bertambah lagi tauu. Anak lelaki saya pulak selepas makan mee ni...mendera saya untuk masak mee selama beberapa hari berturut-turut. Pening memikirkan resepi mee yang seterusnya.
Haaa...kan? Tu dah cukup membuktikan sedapnya mee Pad Thai ni. So apa lagi? Salinlah resepinya. Cubalah. Tak rugi mencubakan? Langkah pertama untuk memulakan sesuatu tentunya bermula dengan cubaan pertama dulukan?
Salam senyum untuk semua. Semoga hari ini hari yang baik untuk kita.
No comments:
Post a Comment