Assalamualaikum….
Suramnye petang ni. Takde cahaya matahari. Hujan sejak tadi. Udara terasa sejuk. Terasa malasnya nak bergerak. Lepak di bulan puasa masih terasa. Rasa letih dan lesu. Malam ni ada solat hajat di sekolah. Sejuk-sejuk dan mengantuk begini malasnya nak bergerak. Tambahan nak memandu sendirian malam-malam begini. Adoiiii….. Ada sesiapa yang boleh tolong bawakan kereta tak????
Susah jugak kalau banyak vitamin M dalam badan. Kalau anak murid malas, kita marah. Tapi kalau kita marah, siapa berani marah hei? Takpe lah…nanti rajinlah tu.
Tapi masih rajin lagi nak share resepi kat sini. Kali ni nak share resepi Tomyam. Nak makan dengan nasi pun orait. Nak campur dengan mee pun lagi orait. Anak-anak saya suka makan meehun tomyam.
Selalunya kalau nak makan tomyam yang kaw, kiterang pegi makan kat Restaurant Raudah. Nak pegi selalu malu jugak. Asyik2 makan free ataupun bil tu dikurangkan. Isteri owner restaurant tu bekas pelajar suami saya semasa suami saya jadi pensyarah di maktab perguruan dulu.
Sape sangka ya…isteri tuan punya restaurant ni cikgu anak saya juga. Baiknya cikgu ni. Mendidik dan menjaga anak saya macam anaknya sendiri. Anak saya yang tetiba demam kat sekolah diurusnya dengan baik hingga saya datang mengambilnya pulang. Siap bekalkan makan dan minum lagi. Dia adalah seorang guru yang mengambil berat kebajikan anak muridnya. Pada ketika itu kami belum berkenalanpun. Saya baru berpindah balik dari Sabah. Moga Allah swt membalas segala kebaikannya dengan sebaik-baik ganjaran.
Nak dipanjangkan hubungan kami dengan guru ni….kami dapat tau dia bekas pelajar suami saya. Ketika suami saya hadir di Hari Penyampaian Hadiah sekolah anak saya, cikgu ni perasan bila suami saya berjalan pulang, menuruni tangga sekolah bersama anak saya. Suami saya nampak seorang guru perempuan berlari-lari ke arahnya sambil memanggil-manggil namanya. Rupanya suami saya berjumpa kembali dengan bekas pelajarnya dan bekas pelajar dia ni pula mengajar anak kami. Subhanallah….satu kebetulan yang indah.
Apabila kami pergi makan di restaurant Raudah…atas rekomen cikgu sekolah saya. Lagi sekali terkejut. Rupanya restaurant ni dia punya. Sejak tu ..kalau tak makan free, banyak mana order, bayar dua puluh ringgit aje. Lelama kiterang malu sendiri.
So mulalah saya belajar-belajar buat sendiri. Saya dapat resepi ni dari Encik Hassan, staf sekolah saya. Katanya tomyam ni mirip-mirip rasa tomyam Raudah. So sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah ambik pen ngan kertas. Hahahaaa…tu cara lama. Cara sekarang…copy n paste je.
Bahan-bahan :
1/2 kg udang
1/2 kg sotong
1/2 kg ketam (jika mahu)
2 labu bawang besar
5 batang serai
11/2 inci lengkuas
2 - 3 biji limau nipis
daun limau purut
daun pudina
10 biji cili padi
1 sudu susu pekat manis
1 sudu sos ikan
1 paket tomyam paste putih (serbuk)
Cara membuat :
Mula-mula rebus udang, ketam dan sotong dengan air yang sedikit. Rebusnya pun sekejap. Kemudian tos dan asingkan. Kemudian masakkan air ...lebih kurang 2 mangkuk besar. Apabila mengelegak masukkan paste tomyam putih serbuk. Masukkan bawang besar yang dimayang. Lengkuas dan serai diketuk dan dimasukkan ke dalam air rebusan tadi. Masukkan sekali daun limau purut dengan cili padi. Pastu saya masukkan 1 sudu pekat manis. Baharulah saya masukkan udang, sotong dan ketam yang direbus tadi. Lastly perah limau ( jangan termasuk bijinya, nanti pahit) dan masukkan sos ikan. Rasalah masinnya. Seimbangkan masam, masin dan manis tu.
Hmmmm....sangatlah sedapnya. Dihidangkan bersama telur dadar dan sambal belacan. Bertambah-tambah nasi. Cubalah. Kalau ada sesiapa yang pernah merasai tomyam Raudah yang meliurkan tu..yang ini lebih kurang sama. Terima kasih kepada Encik Hassan yang mengajar saya. Mudah, segar dan menyelerakan. Sesuai dengan saya yang ingin menurunkan berat badan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment