Sunday, October 9, 2011

Ais Laici Jagung Nata De Coco

Assalamualaikum.....
........saya baru sahaja selesai trimming pokok anggur. Buang daun-daun kering serta mana-mana yang merimbun. Sudah ada beberapa gugus buah yang keluar. 

.......tetapi ketenangan berkebun di taman yang besarnya tak seberapa ni tergugat dengan bunyi kelentang kelentung kayu yang orang lelaki saya ambil dari hutan kecil berhadapan dengan rumah saya.

Sebenarnya dia memasang kayu-kayu penongkat pokok anggeriknya. Saya beri dia kawasan luar rumah untuk dia  mengekpresikan ilhamnya. Dah beberapa kali tak sependapat bila berbincang dengan susunan idea di taman ni. Jadi biarlah dia buat apa saja dia suka di luar pagar rumah. Dengan tanah di lereng bukit yang kecil ni, dia menghabiskan masa hujung minggu dia. Manalah tau Majlis Perbandaran berkenan dengan designnya. Maka diambil sebagai pekerja sambilannya.

Bunyi kayu yang dicampaknya ke tanah tu buat rasa teringat pesan arwah nenek saya. Bila suami dah lama buat sesuatu kerja, cepat-cepat sediakan air buatnya. Lalu saya berhenti kerja, terus ke dapur.


Hajat hati nak buat Ais Jelly Kelapa Cincau. Tetapi sibuk melayani hajat anak...yang lelaki nak beli baju dan tie. Anak perempuan saya, sorang nak beli kasut dan sorang lagi nak beli maternity pants. Terfikir dalam hati, nape tak beli je kat KL. Iyalah...bukan mudah nak keluar membeli kalau balik kerja dah malam. Akhirnya terlupa nak beli kelapa muda.


Buka kabinet, tenguk apa yang boleh dibuat dengan yang ada. So cuba semak senarai keperluan di bawah ni, ada tak juga dalam kabinet dapur ibu-ibu.

Bahan-bahan:
* 1 tin laici, toskan airnya.
* 300 ml air laici
* 200gm jagung manis, rebus.
* I tin Nata De Coco
* 1 biji lemon
* 200ml sirap laici
* 500 gm ais kisar
* 1 bungkus serbuk agar-agar.

Cara saya buat :
Mula-mula rebus serbuk agar-agar dengan satu liter air. Bekukan. 
Rebus jagung manis.
Satukan jagung manis, nata de coco dan laici di dalam bekas kaca.
Masukkan sirap laici dengan ais kisar ke dalam bekas jagung.
Perah 1/2 biji lemon dan airnya masukkan ke dalam sirap laici tadi.
Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan agar-agar (dadukan atau carik-carikkan)
Hiaskan dengan baki lemon ( dipotong, bulat-bulat nipis) dan jika mau masukkan ke dalam air tadi.


Rasa lemon ni lebih lembut jika dibandingkan dengan limau kasturi. Bila digabungkan dengan laici, dia ada rasa masam-masam manis. Bila kita minum air ni, kita dapat rasa kekenyalan nata de coco dan agar-agar yang dicarik-carik bersama ais yang diblend. Hmmmmm....mendinginkan di hari yang panas begini.










No comments:

Post a Comment