Sunday, October 9, 2011

Kek Choklat - Ekpresi Kasih Seorang Ibu


Selamat Hari Jadi, Anakku....

Assalamualaikum ibu-ibu....
juga kepada sesiapa sahaja yang sudi melawat laman saya ni.

.....tika saya upload entry ni, semua anak-anak saya sudah bertolak balik ke KL. Ketika itu, hati saya hanya Allah yang ketahui. Segala rawan digantikan dengan doa mengiringi kepulangan mereka. Tapi syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada  dua orang lagi, pengubat saya di sini. Jika  perempuan yang ada ini disunting orang, tinggallah saya dengan si bujang bongsu. 

....begitu hati seorang ibu. Kasihnya sepanjang zaman. Ditatang bagai minyak yang penuh. Dari lahir hinggalah terpisah nyawa ibu. Kasihnya takkan pudar. Begitu prihatin. Tau kegemaran dan keinginan anaknya. Inilah hati seorang ibu yang menempah kek harijadi anaknya, yang sangat gemar dengan choklat.


Jadi saya 'bake' choklat moist kek. Untuk ada rasa masam dan manis, saya 'filling'kan dengan blueberry. Toppingnya dengan choklat ganache. Hiasan shellnya itu, saya tambahkan dengan bebola choklat Van Houlten yang berintikan kacang dan kismis. Saya letakkan sebiji besar strawberry yang dipotong nipis untuk timbulkan seri pada kek tu. Strawberry tu saya susun di atas putaran krim putih dengan tujuan menyerlahkan lagi hiasannya. Sebiji strawberry kecil diletakkan bersebelahan sebagai temankaribnya. Hehehee....Mudahan hasiltangan saya yang tidak seberapa ini dapat memenuhi selera anak ini. Selamat Hari Jadi,  Amirul.  Mudahan hidupmu dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah swt.

Kepada ibunya, Puan Habibah....terima kasih sudi menempah dengan saya. Insya Allah...saya akan menyiapkan kek tempahan puan yang akan datang. Insya Allah.




No comments:

Post a Comment