Saturday, October 8, 2011

Roti Arab @ Roti Puri

Assalamualaikum semua.....
Selamat pagi. Matahari memancar dengan terangnya. Langit membiru. Awan memutih. Udara segar. Burung berkicauan. Alhamdulilah....kita diberi kesempatan untuk menikmati hari baru lagi. Mulalah hari baru dengan sarapan pagi yang berkhasiat. Sarapan yang memberi kita tenaga untuk kita bergotong-royong membersih rumah atau melakukan apa-apa aktiviti keluarga di hujung minggu begini.

Dah bersarapan? Belum lagi? Masih sibuk di dapur? Tentu meriah dapur kita bila tiba hujung minggu dengan kerenah anak-anak yang meminta kita menyediakan sarapan kegemaran mereka. Nikmatilah kebersamaan dengan anak-anak semasa mereka berada di sisi kita. Apabila mereka keluar meninggalkan kita,  masa bersama sebegini tidakkan kita miliki lagi.


            Sarapan keluarga saya hari ni adalah roti Arab. Nama yang diberi oleh kawan FB saya di Kedah. Kawan saya kat sini panggilnya roti puri. Jika dohnya ini ditambah dengan kentang rebus, ianya lebih sedap dan lembut. Pertama kali buat, sampai hantar sms kat kawan saya ni. Nak tau cara mengorengnya dengan tepat. Alhamdulillah menjadi.

             Bertambah gembiranya saya bila orang lelaki saya kata dia suka. Pada mulanya anak-anak saya lalu aje tepi meja. Saya pun risau. Tak abeslah jawabnya. Tapi bila mereka cuba.....licin! Memang sesuai sebagai hidangan sarapan pagi. Jadi bolehlah saya share resepinya di sini.

Resepinya :
(untuk 10 orang makan)
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak masak (saya pakai minyak jagung)
* 2 sudu besar gula
* 300ml air suam
* 6 gm yeast
* 500 gm tepung gandum

Cara :
Mula-mulanya mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam. Sementara tepung digaul dengan yeast. Kemuan campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental. Masukkan doh itu ke dalam bag plastik atau bekas yang bertutup dan perapkan selama 1 jam. Selepas itu, uli semula dan buat bulat-bulat sebanyak 18 biji. Canai nipis-nipis lebih kurang 0.4 cm. Panaskan minyak dan goreng sebiji-biji.
Tunggu roti itu kembang, baru terbalikkan. Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging. Kalau makan dengan sambal tumis pun sedap.


Ini rupa kari daging saya yang dimakan bersama dengan roti arab tadi. Saya belajar kari daging ini dengan seorang kawan yang hebat di dapur. Satu-satunya resepi yang dia ajar saya. Resepi lain semuanya rahsia. Seperti kata Siti Norhaliza...biarlah rahsia.

No comments:

Post a Comment