Assalamualaikum warga Malaysia...
.....tentu sekarang ni memasing sibuk membicarakan isu Belanjawan Negara yang baru dibentang semalam. Pelbagai reaksi yang diterima. Pelbagai pendapat yang diberi. Ada yang pro dan ada yang kontra. Apa juapun mudahan belanjawan itu diterimabaik oleh semua terutama yang terlibat.
....walaupun yang terlibat itu gembira dengan penyelarasan gaji, dengan kenaikkan hingga 13 peratus tetapi pada masa yang sama penyelarasan mutu kerja perlu juga dibuat. Dengan kenaikan yang sebanyak itu, penambahanbaikan dalam urusan kerja juga perlu ditingkatkan.
Adakala bila kita melawat kaunter-kaunter perkhidmatan awam, masih lagi dapat dilihat mutu kerja kita masih di takuk lama. Output tidak seiring dengan input.
Walaupun kita boleh menepis atau mendiamkan diri dengan kritikan pelanggan kita, tetapi apa yang harus kita ingat, rezeki yang berkat datang dari kerja yang berkualiti. Bila buat kerja lebih, mulalah kita fikirkan keluarga. Suami tak izin, isteri cemburu... Sebelum kita mengawini pasangan kita, kita patut fikir corak pekerjaan calon kita. Andai bakal kita tu, asyik kerja malam, sibuk memanjang...fikirlah masak-masak. Ishhh...cakap lebih dah. Nanti kang, ada yang panas. Kena baling ngan botol nanti. Takpe....kat sini saya sediakan dessert yang dingin, sejuk, anjal, lembut dan lemak manis. Bisa menyejukkan perasaan.

Resepinya
dari Azlita Aziz
7 gm gelatin
3 sudu besar air
21/2 cawan susu full cream strawberry
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
strawberry diblend ( jadikan puri)
1 paket serbuk agar-agar dimasuk dengan 1 liter air dan bekukan.
Cara membuat :
Mula bancuhkan gelatin dengan 3 sudu besar air dan biarkan ia kembang.
Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan rebus hingga keluar buih-buih kecil.
Tutup api dan masukkan esen strawberry serta gelatin yang sudah kembang.
Tuangkan separuh dari adunan itu ke dalam gelas dan simpan dalam peti ais selama 4 jam.
Apabila sudah beku, masukkan sedikit strawberry puri dan agar-agar dadu.
Tuangkan baki susu ke atasnya dan hiaslah dengan buah strawberry.
Lihatlah hasilnya. Saya pasti bila ibu-ibu buat, persembahannya berbeza. Mungkin lebih menarik dan menyelerakan lagi. Tentunya pasti diminta buat lagi. So selamat mencuba ya.
No comments:
Post a Comment