Wednesday, October 12, 2011

Buttercream Cheese Cake


Intai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan....

Assalamualaikum
.....apa khabar agaknya rakan sejawat saya selepas bersara ni? Pastinya jadual kerja rasmi sudah tidak ada. Tiada migraine lagi. Tentunya sibuk melayani kucing, hadiah paling istimewa yang diterimanya. Kucing merupakan haiwan kesayangannya. Saya? Kucing? Ampunnn...geli sangat-sangat dengan haiwan ni.


     Dia terima hadiah seekor kucing pada majlis 'sending off'nya. Di majlis makan malam pula, saya diam-diam membuat sebiji kek untuknya. Sepintas lalu, saya terdengar dia teringin nak rasa cheese cake. Lalu saya menyimpan hasrat untuk menghadiahkannya di hari persaraan. 

Pesan arwah ayahanda saya, jika kita berkesempatan dan berkemampuan, gembirakanlah hati orang...apatah lagi rakan yang akan menamatkan perkhidmatan dan tidak akan bekerja sebumbung lagi. 

Bila dia personali datang, berterima kasih pada saya, satu perasaan halus menyelinap ke dalam diri saya. Dada terasa lapang dan ringan. Inilah yang arwah ayahanda saya kata bila kita berbuat baik pada seseorang. Suatu kebahagiaan yang tiada terucap.


Inilah butter cream cheese cake yang saya hasilkan buatnya. Tidak seberapa tetapi keinginan mengembirakannya lebih dari segalanya. 

Moga Puan Zunaidah Zainal bersara dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan. Saya akan menyusulinya enam tahun lagi.



2 comments: