Friday, October 14, 2011

My Fair Lady Cheese Cake


Assalamualaikum...
Wahai ibu-ibu......perasan tak  ketika kita di dapur samada memasak lauk ataupun membakar kek, kita sebenarnya melalui satu proses didikan jiwa yang hebat tanpa kita sedari. Didikan secara tidak langsung dari Allah swt.

Untuk membuat sebiji kek, pelbagai bahan kita gunakan. Setiap bahan itu pula ada kuantitinya. Tak semuanya sama sukatannya. Walaupun tepung itu 250 gm tapi tanpa 1 sudu teh atau ½ sudu baking powder, kek itu takkan menjadi sempurna. Untuk menjadikan sebiji kek yang kembang dan gebu, kuantiti bahan yang digunakan itu ada sukatannya yang tertentu. Bermakna setiap bahan yang ada itu memainkan peranannya masing-masing agar kek itu menjadi gebu dan sedap dimakan. Begitu indah didikan Allah pada kita kan?

Bila kita implikasikannya ke dalam jentera rumahtangga atau jentera  perkhidmatan, setiap daripada kita ini ada peranan dan fungsinya masing-masing. Kalaulah kita rasa kita hebat kerana besarnya kuasa kita, seperti banyaknya tepung dalam adunan kek jika dibandingkan dengan sesudu teh baking powder, hasilnya tidak seindah mana. Hebatnya ketua yang mengurus sesebuah jabatan tanpa tukang kebun, pejabatnya tak berseri  kerana tiada jambang bunga yang sihat dan menghijau. Tanpa pencuci tandas,  pejabatnya tiada harum baunya. Tanpa tukang sapu, pejabatnya tidak akan kemas dan bersih. Bermakna sesebuah kejayaan itu tidak akan dicapai hanya dengan sendirian sahaja. Justru itu, timbullah pepatah Melayu, Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


Jadi, untuk mendapatkan sebiji kek My Fair Lady ( nama di Semenanjong Malaysia kot ) .....di Labuan, kami panggil Cheese Cake je.....tentunya ada bahan-bahan tertentu dan sukatannya. 

Resepinya :
150gm tepung superfine
150gm gula castor
5 biji telur gred A
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
1 sudu teh baking powder

Cara membuatnya :

1. Satukan gula, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek itu benar-benar ringan.

2. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

3. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi berukuran 8 inci dan griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak

4. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak.

5. Telungkupkan dan keluarkan daripada tin pembakar

Topping
 1 kotak cream cheese Philadelphia
1 kotak Cheddar Cheese
2 sudu gula asing
10 ml susu segar ( susu cair pun boleh )

Pukul cream cheese, gula asing dan susu segar hingga kembang dan gebu. Selepas itu tuang ke atas keseluruhan kek. Kemudian tabur dengan parutan Cheddar Cheese. Boleh dihias dengan strawberry seperti dalam foto saya.

                    
Tempahan cheese cake dalam cups dari Cik Noramira dari Melaka untuk birthday daddynya. Thank you Myra ya.

                   

Tempahan dari Puan Habibah yang baru saja mengorder chocolate cake untuk birthday anak lelakinya pada minggu yang lalu. Kek ini adalah atas permintaan anak perempuan yang suka dengan cheese. Terima kasih sudi mengorder dengan saya.
                       
Cheese cake yang ini pula dari anak saya untuk cikgunya. Upah takde. Heheheee....tanda terima kasih kami kepada cikgu-cikgunya.

Tempahan yang ada hiasan strawberry ni dari cikgu Salina Musa dan Umi Rafakah. Cikgu Umi Rafakah ni sudah menempah hampir ke semua variasi kek yang saya tahu. 

Nampaknya akhir tahun ni ...saya kena menjelajah untuk belajar lagi. Ilmu baking saya  hanya sejengkal jari kelengkeng saja. Apapun terima kasih atas kesudian puan-puan mengorder dari saya.

No comments:

Post a Comment