Sunday, October 16, 2011

Honey Dew Trifle

Assalamualaikum...
....tika ni ibu-ibu mungkin ada yang berehat di depan TV atau sibuk menggosok baju persekolahan anak. Saya baru je selesai memasak untuk esok. Esok? Haah...balik kerja, tinggal nak dipanaskan saja. Mudahkan?

Selepas berehat lama, saya bagaikan mendapat suntikan tenaga. Dapat siapkan tempahan birthday cake. So baki kek ni bagus juga kalau dibuat trifle.

Macam mana timbangan tak naik. Asyik memikirkan benda manis je. Dessert macam trifle dan puding ni memang kegemaran saya. Kali ni saya nak share dengan ibu-ibu...Honey Dew Trifle. Hmmm....sedap dan dingin bila dia jatuh perlahan-lahan ke dalam kerongkong. Sedar-sedar habiss..


Bagi peminat buah Honey Dew, selain daripada dimakan begitu, anda boleh juga buat trifle daripadanya.

Resepinya :
Beberapa keping sponge cake
1 paket jelly perasa Honey Dew
Buah Honey Dew
1/2 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 sudu kastad

Cara saya buat :
Mula-mula letakkan kek di dasar gelas atau mangkuk mengikuti pilihan hati. Siram kek itu dengan air buah-buahan campuran. Letakkan di atasnya buah Honey Dew yang dipotong dadu ( pastikan buahnya masak ranum ).Tuangkan jelly perasa honey dew yang direbus dengan 400ml air di atas buah tadi. Biarkan dia membeku. Sementara itu rebus susu cair bersama dengan 1 sudu kastad hingga masak. Biarkan dia sejuk sedikit. Kemudian tuang kastad itu di atas jelly yang sudah keras. Akhir sekali taburkan buah-buahan campuran di atas kastad.


Beginilah rupanya bila sudah siap. Sebenarnya kalau, ibu-ibu perasan, ejaan trifle saya ni asyik berubah-ubah. Sekejap truffle, sekejap triffle. Tu lah pakai ikut je. Bila saya semak, ejaan sebenarnya adalah trifle. So maafkan saya di atas kesilapan ini ya. Apapun cubalah....memang sedap. Apatah lagi kalau dimakan sejuk-sejuk. Mengigil sampai saya terpaksa pakai sweater. Hehehee...



No comments:

Post a Comment