Sunday, October 23, 2011

Orange Marmalade Cake

Assalamualaikum.....
....dan salam percutian sempena perayaan Deepavali. Begitulah kehebatan dan keistimewaan negara kita yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Orang Hindu raya, kita tumpang cuti. Orang Cina raya, kitapun cuti. Bila kita raya, India dan Cina pulak turut bercuti.

Seronoknya cuti Deepavali kali ini adalah sebagai bonus bagi kitorang yang penat bersukan sejak berminggu-minggu yang lalu. Berlatih pagi dan petang. So semalam kejadiannya dan hari ini, bercuti sampai Rabu ni. Wahh..seronoknya.


Resepi Orange Marmalade kek ini saya dapat ketika menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Puteri Islam Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kasihankan cikgu-cikgu yang bekerja selang Sabtu, maka saya dengan sukarelanya menggantikan mereka ke seminar ini. Terima kasih saya kepada salah seorang daripada guru Penasihat PPIM yang sanggup bersama saya juga. Berbanyak maaf saya mohon kepada cikgu ini kerana tidak habis baca surat makluman seminar itu. Di mana kami beruniform PPIM sedangkan sebenarnya boleh berpakaian biasa. Hahahaha...saya scan aja surat tu. Tenguk tajuk surat, tempat dan masa serta yang terlibat. So bila kami berjalan balik, macam Puteri Umno plak. Hahahaa....soori.


Penceramah tu bermurah hati share resepinya dengan kitorang. So saya share pulak dengan ibu-ibu di sini. 

Resepinya :
4 cawan tepung
1 tsp baking powder
2 cawan gula
2 cawan butter
6 biji telur gred A
2 biji oren yang dibuang kulitnya.

Cara membuat :
Mula-mula pukul gula dengan butter hingga gebu. Kemudian masukkan telur yang sudah diblend dengan 2 biji oren. Bila sudah sebati masukkan tepung yang diayak dengan baking powder beberapa kali. Akhir sekali masukkan kulit oren yang dihiris nipis-nipis. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang 7 x 7. Bakar dengan kepanasan suhu 160 hingga masak.

Layer :
Apabila kek itu sudah masak, keluarkan daripada loyangnya.
Biarkan sejuk. Kemudian potong kek itu dan sapu dengan marmalade seperti gambar di bawah.


Kek ini saya buat untuk seorang insan yang malang nasibnya. Mendengar cerita dari ibu, hati saya bagai ditusuk sembilu. Mengenangkan hidupnya yang terbiar dan tersisih. Hanya menumpang kasih pada seorang nenek yang tidak berdaya. Segera saya menelefon orang lelaki saya. Ajak dia pergi menziarahi insan ini. Gembiranya dia melihat kami datang dengan buah tangan yang dia suka.


Inilah kek yang sudah dipotong. Gebu dan berkrim. Tak sangka famili saya suka bangat dengan kek ini. Terasa orennya. Sesuai sangat untuk minum petang. So cubalah...

No comments:

Post a Comment