Monday, October 24, 2011

Pulut Serawa Durian

Assalamualaikum...
......senyap jer? Tido ke semua? Tengahari begini memang sedap menjamu mata. Suasana sunyi sepi. Angin sepoi-sepoi bahasa. Lali mata dibuatnya. Beruntunglah bagi mereka yang pandai tidur siang. Saya kurang sikit bab ni. Ada juga sekali sekala. Itupun kalau terlalu letih. Habis-habis saya buat, guling-guling atas katil jer. Menikmati kesejukan bantal dan tilam.

Jadi masa ibu-ibu berlayar di lautan mimpi, saya melayari senduk saya dalam periuk kat dapur. Hehehee... Ni tengah sibuk buat serawa.

Tak rancang nak buatpun. Kebetulan nak beli kelapa muda, lalulah kat gerai durian. Orang lelaki sayapun mencuit-cuit saya. Kalau begitu, tau lah saya. Nak saya beli durian dan buat apa yang sepatutnya. Apa lagi kalau tak serawa durian dimakan bersama pulut. Langsung belilah bahan-bahan yang diperlukan. Orang lelaki saya kata...tunggu saja kat sini. Tunggulah saya dan dia datang dengan semua keperluannya. Rajin dia kalau pasal serawa derian ni.


Rasanya nak buat serawa ni, ramai ibu dah tau. Tentunya banyak versi. Zaman mak saya muda-muda dan sihat, saya tenguk dia letak serbuk kayu manis. Zaman saya tak payah, sebabnya MALAS...nak tumbuk. Hehehee...tapi sedap juga tau. So saya letak jugalah resepi saya kat sini. Manalah tau ada anak dara ataupun bakal-bakal pengantin nak belajar buat serawa. Atau ada juga ibu-ibu yang nak cuba versi saya kan?


Resepinya :
4 biji isi durian ( nak isi dengan bijinya sekali pun orait )
3 cawan santan cair.
1 cawan santan pekat
2 keping nisang (bahasa Terengganu ..hihihihi)
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
beberapa helai daun pandan

Cara saya buat :
1. Mula-mula saya letak tepung gandum dan telur ke dalam bekas yang berisi 1 biji kelapa. Perah dan ambil santan pekat 1 cawan. Ketepikan.

2. Kemudian perah lagi untuk dapatkan 3 cawan santan cair. Masukkan santan cair itu ke dalam periuk. 

3. Selepas itu masukkan durian, gula nisan dan beberapa helai daun pandan ke dalam periuk yang berisi santan cair. Masak sehingga santan menjadi pekat dan isi durian masak.Masukkan secubit garam jika suka untuk beri rasa lemak. Akhir sekali masukkan santan pekat.


Hah....beginilah rupanya bila mereka bertemu dalam periuk. Belum mesra lagi tu. Tunggu lama sikit bila api  memanaskan mereka. Mereka akan jadi pekat, likat, lemak dan manis. Bila disiram atas pulut....hulamak!!! 

Cuba jangan tak cuba....








No comments:

Post a Comment