Assalamualaikum....
......Selamat menyambut Maal Hijrah diucapkan kepada semua umat Islam di mana sahaja mereka berada. Alhamdulilah. Kita sudah memasuki Tahun Islam yang ke 1433.Moga doa akhir dan awal tahun yang kita panjatkan ke hadrat Allah swt itu diterima hendaknya..
Bermula dengan diri kita sendiri, marilah kita berusaha untuk melakukan penghijrahan. Penghijrahan yang dimaksudkan adalah perubahan sikap dan minda. Kita mulakan perubahan itu dengan diri kita sendiri dan keluarga. Apabila setiap keluarga itu berubah, secara tidak langsung masyarakat itu pun turut berubah.
Agen pengubah sikap dan minda yang paling berpengaruh adalah para ibu. Mereka adalah orang yang terlibat secara langsung dalam sesebuah institusi keluarga. Terdidiknya anak-anak terletak di tangan ibu. Bukan saya menafikan peranan bapa dalam usaha penghijrahan ini. Tetapi bapa adalah raja yang keluar mencari rezeki untuk menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Tambahan lagi sifat semulajadi seorang ibu yang pengasih dan penyayang serta kelembutan dan belaian kasihsayangnya itu menyentuh naluri anak-anak. Jiwa yang kaya dengan kasihsayang ibu ini mudah dilentur dan dibentuk. Maka unsur nilai-nilai murni akan mudah dan cepat menyerap ke dalam jiwa yang begini.
Perkahwinan kali ke dua, lelaki ini dapat dilihat satu perubahan yang besar dalam kehidupannya. Dari seorang lelaki yang tidak terurus menjadi seorang lelaki yang kemas dan segak. Bukan itu sahaja...anak-anaknya cerdik dan petah. Siapa yang bertanggungjawab ke atas perubahan yang istimewa ini. Isterinya.
Agen pengubah sikap dan minda yang paling berpengaruh adalah para ibu. Mereka adalah orang yang terlibat secara langsung dalam sesebuah institusi keluarga. Terdidiknya anak-anak terletak di tangan ibu. Bukan saya menafikan peranan bapa dalam usaha penghijrahan ini. Tetapi bapa adalah raja yang keluar mencari rezeki untuk menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Tambahan lagi sifat semulajadi seorang ibu yang pengasih dan penyayang serta kelembutan dan belaian kasihsayangnya itu menyentuh naluri anak-anak. Jiwa yang kaya dengan kasihsayang ibu ini mudah dilentur dan dibentuk. Maka unsur nilai-nilai murni akan mudah dan cepat menyerap ke dalam jiwa yang begini.
Pada entry kali ini saya nak share satu resepi yang menggunakan Honey Dew Melon. Tetapi izinkan saya bercakap tentang penghijrahan sikap dan minda sebagai satu azam Tahun Baru Islam.
Saya ceritakan dalam bentuk 'case study' sebagai bukti keberkesanan pengaruh ibu dalam didikan anak. Perkahwinan yang atas dasar cinta sama cinta berakhir dengan perpisahan. Isterinya adalah seorang wanita yang cantik. Saya sangat mengagumi wanita ini kerana sudah beranak tiga, badannya macam anak dara. Tetapi yang menyedihkan, dia hanya nampak dirinya daripada keluarga. Suami mengurus keperluan hidup macam orang bujang. Bangun pagi, gosok baju dan buat sarapan sendiri sedangkan isterinya yang tidak bekerja tidur hingga meninggi hari. Nak kata mengantuk berjaga malam kerana anak, si suaminya yang tersenguk-senguk membuai anak. Dipendekkan cerita jodoh sudah berakhir di situ. Anak-anak tidak menjadi. Seperti ibu, mereka hanya tau mencantikkan diri.
Image dari Saidaonline |
Perkahwinan kali ke dua, lelaki ini dapat dilihat satu perubahan yang besar dalam kehidupannya. Dari seorang lelaki yang tidak terurus menjadi seorang lelaki yang kemas dan segak. Bukan itu sahaja...anak-anaknya cerdik dan petah. Siapa yang bertanggungjawab ke atas perubahan yang istimewa ini. Isterinya.
Isteri yang 3 dalam 1...seorang isteri, ibu dan penjawat awam (betul tak BM saya ni). Pernah di dapurnya tidak ada apa-apa....dia boleh menjadikan lada besar dan bawang menjadi lauk hidangan keluarganya. Dapurnya jarang tak berasap (memang zaman sekarang dapur tak berasap) Dia baca buka cerita untuk anak-anaknya. Bila anaknya ada homework Seni misalnya...dia sama-sama membantu. Rumahnya macam tadika dan dia macam cikgu tadika. Bila semua anak dan suami tidor, barulah dia keluarkan kerja yang perlu disiapkan. Orangnya sederhana.tetapi didikannya dalam keluarga sangat cantik. Andai semua ibu-ibu seperti dia...alhamdulillah. Bila keluarga terdidik..masyarakat turut terdidik.
Kerja seorang ibu ni memang sangat penat. Tiada rehat melainkan ketika merebahkan kepala ke bantal. Dan yang paling sedih...kerja ibu TIADA CUTI. Hanya Allah swt yang tahu menghargai pengorbanan ibu..iaitu menyediakan pahala yang tidak terhitung banyaknya. Allah menhapuskan dosa-dosa ibu sebanyak rambut yang ada di kepala anak kita jika kita ikhlas menyikat rambut anak dengan belaian dan ciuman kasihsayang.
Panjang dah celoteh saya. Jangan bosan ya ibu-ibu. Jom tenguk apa yang boleh kita kongsi untuk hidangan keluarga di hari cuti begini.
Puding Sagu Tembikai Susu
Bahan-bahannya :
1/2 biji tembikai susu dibuang kulitnya dan diparut kasar-kasar
1 tin susu cair
2 cawan sagu biji
2 cawan air
gula secukupnya
sedikit pewarna merah atau sirap.
Cara membuat :
Sagu direndam terlebih dahulu. Kemudian panaskan 2 cawan air di dalam bekas. Masukkan sagu yang direndam tadi. Masukkan gula ( sekadar manis-manis buah) jika suka. Kacau hingga masak. Kemudian ke tepikan.
Kuah pudingnya :
Rebus 11/2 tin air ( saya ikut sukatan tin susu ). Bila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan susu cair dan gula. Kacau hingga gula larut. Kemudian tutupkan api.
Cara menyediakan :
Di dalam bekas ( ikut idea sendiri) samada dalam mangkuk kecil atau dalam gelas, masukkan sedikit sagu tadi. Kemudian masukkan tembikai susu yang sudah diparut. Akhir sekali masukkan kuahnya. Sejukkan sebelum dimakan. Rasanya? Mendamaikan......
Buah tropika ini sangat berkhasiat. Ianya baik untuk pengidap kencing manis dan pesakit jantung. Ia juga membantu melawan penyakit kanser - payu dara, usus dan prostate. Banyak lagi khasiatnya. Google aje...dan infonya di hujung jari ibu.
Saya biasa sebut Honey Dew Melon. Tak tau rupanya inilah dia Tembikai Susu. Kalau ini tembikai susu...inilah buah yang dicari-cari selama ini. Kenapa? Sebab inilah dia buah yang selalu arwah ayahanda saya buat untuk anak-anak dia. Dia sagat dengan sudu isinya. Kemudian dia masukkan susu tepung dan air batu. Sedapnya.
Itu adalah hidangan yang tersangatlah istimewa buat kami yang hidup susah ketika itu. Dapatpun kata omputih, Once in a blue moon. Saya mengimbas kenangan lalu yang mencuit hati dalam hidangan yang sama tetapi resepi berbeza. Masa dulu guna tepung Dumex, susu adik. Hahahaha..... Sekarang susu cair Ideal.
AlFatihah buat ayahandaku.
Moga Allah swtnmencucuri rahmat ke atas rohmu
dan tempatkan dirimu di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment