Assalamualaikum...
.....bila tiba musim hujan begini, perut asyik berkerongcong. Berbagai lagu yang dimainkannya. Sekejap lagu ini, sekejap lagu itu. Bila perut berlagu, tangan dan kakipun menari-nari.
Bangun tidor, tiba-tiba teringin nak makan seafood. Asyik makan daging korban je. Ya? Baca doa bangun tidor? Bacalah. Sempat solat lagi.
Taklah bangun terus ke pasar. Masa terjaga tu, mata terkebil-kebil, berangan sekejap. Tu yang datang teringin tu. Ada apa-apa? Ishhh...mana ada. Hajat nak makan ikan tapi terpandang sotong yang besar-besar tu. Air liurpun meleleh. Hihihiii....
image dari Google |
Sotong yang saya nak masak ni, bukanlah yang terdampar di pantai tu. Tu image dari Google je. Jumbo squid. Sotong saya ni besarnya sesuai dengan pinggan hidangan je.
Siap membersih dan memotong sotong tu, sayapun menyediakan bahan-bahan yang hendak dimasak.
Bahan-bahannya :
6 ekor sotong
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
16 tangkai lada kering
3 sudu besar air asam jawa
minyak masak untuk menumis
Cara saya masak :
Lada kering dipotong dan direbus. Kemudian diblend hancur. Bawang besar, bawang putih dan halia diblend berasingan.
Di dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang diblend itu hingga garing. Baru masukkan lada kering. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan sotong yang berpotong. Kacau rata. Lepas tu masukkan air asam jawa. Bila sudah keluar air sotong dan pekat, bolehlah tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan gula jika mahu sebagai penganti bahan perasa.
* Jika tidak suka asam jawa, boleh gantikan dengan tomato
biji. Masukkan lada besar merah dan hijau sebagai penyeri
masakan kita.
Gembira melihat anak-anak saya menikmati masakan ini kerana sotong merupakan sajian yang amat disukai mereka. Puas hati apabila melepaskan anak lelaki saya pulang ke universitinya selepas menikmati air tangan saya. Moga dia memandu dengan cermat dan selamat sampai ke destinasinya. Amin.
No comments:
Post a Comment