Tuesday, December 27, 2011

December Birthday Fiesta with Chocolates and all lots...


Selalunya bulan Mei dan Disember adalah antara bulan celebration...meraikan birthday ahli keluarga yang paling ramai lahir pada bulan tersebut. Jika bulan Mei, birthday para daddy. Disember, birthday the ladies pulak. Last year, celebrate kat Malay Village. Mula-mula nak celebrate masa percutian di Langkawi tapi tak jadi. Siang jalan, malam dah lepak. Bila anak-anak bercuti panjang after 25th, so lebih baik celebrate saja di rumah. Meriah jugak kan?

Kurang sorang sebab daddynya bertugas, standby banjir.


Sebenarnya celebrate birthday ahli keluarga ni dapat mengumpulkan ahli  yang selalunya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Maklumlah....dengan kemajuan  yang semakin pesat, tuntutan dan kehendak kerja  begitu mencabar maka kommitment pada kerja juga perlulah tinggi. Kekadang kesibukan yang mengikat masa kita itu membuatkan pertemuan antara ahli keluarga itu jarang berlaku. Bila ada aktiviti keluarga, siratulrahim itu semakin erat dan terpelihara.

So everytime, takwim kerja keluar, that will be the  time to lay it out and discuss our family events for the year. So bila kerja...kerja, kerja, kerja so tak terasa how swift  time flies and tetiba family event pun sampai. 



Nak meraikan  birthday the ladies tu, ibu nipun masak Nasi Ayam Hainan. Tapi ayamnya tu masuk dalam oven sekejap. Yoooo.....sedap. Sekejap je abes. Pak Teh yang berdiet giler tu, bolehlah makan sebab ayamnya tidak bergoreng. Gfnya, birthday lady order Pavlova dari kawannya. Meleleh air liur dibuatnya especially dimakan dengan passion fruit.

Dessertnya, ku buat mangkuk choklat dan diisikan aiskerim vanila bersama dengan strawberry, blackberries, Australia berries. Sedap rupanya makan aiskerim dengan fresh fruits ni. Pelanggan sampai order dua mangkuk. Heheheeee.... Nanti mangkuk choklat N3nya tunggu dulu ya...




Chocolate Indulgence Cake
Sumber  : Resepi Citarasawan
By           : The Best from KakWan

Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang
    menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar 
    selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di 
    potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)

2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor                                          
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
(simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan :  Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam.  Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya.  Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1.  Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin 
     larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan 
    choklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam 
    adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul
    hingga rata

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin 
    larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan 
    choklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam 
    adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang 
    diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan  
    dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya 
    mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk.  Apabila 
    hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :

1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat 
    putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya 
    dan  ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan 
    dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti
    semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan 
    sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru 
    dihias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Note : Jika mousse choklat hitam masih lagi cair setelah dimasukkan gelatin, simpan dulu
           beberapa jam di dalam peti sejuk baru disapu ke permukaan kek.

*** For the layer, I used hanya mousse choklat hitam jer. Tak buat mousse putih.
     Thank you very much pada KakWan for this delicious choklat kek yang sangat-
     sangat sedap dengan rasa choklatnya.






For you, ladies...wishing you all the great things in life, hope this day will bring you an extra share of all that makes you happiest. Count your life by smiles, not tears. Count your age by friends, not years. Hoping that your day will be as special as you are. May the years continue to be good to you. Happy Birthday!






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wslm. Salam perkenalan ku sambut dengan hati yang gembira. Terima kasih sudi bertandang ke laman saya.

    ReplyDelete